CARING PHARMACY RAI 10,000 HARI, SUMBANG 10,000 KOTAK NEUTROVIS
"SAYA selalu membeli-belah di Caring," akui Tengku Datin Paduka Setia Zatashah, anakanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tatkala bertitah pada majlis sambutan ulang tahun 10,000 hari Caring Pharmacy bertempat di pintu utama pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bertepatanlah undangan sebagai tetamu kehormat diberikan kepada Tengku Zatasha apatah lagi penampilannya yang jelita dan kecil molek menambahkan lagi seri majlis yang turut dihadiri Penolong Pesuruhjaya (PA) Abdul Wahab bin Haji Rahim, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Pejabat Perdana Menteri serta Pengarah Urusan Maystar Beauty, Zayn Puah dan Pengarah Urusan Caring Pharmacy, Chong Yeow Siang.
Turut bersama meraikan majlis gilang gemilang itu meliputi wakil-wakil dari Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Persekutuan Rantaian Runcit dan Francais ASEAN (ARFF) serta Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd.
“Jenama tempatan seperti Caring Pharmacy menjadi kebanggaan kita melalui usaha mereka di dalam memberi bantuan kepada yang memerlukan. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan ikhlas mereka, setiap usaha diambil kira, dan setiap tindakan ada impaknya. Bersama-sama kita mampu melakukannya,” tambah Tengku Zatashah.
10 penerima sumbangan adalah seperti berikut:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ianya memberikan kebanggaan kepada saya untuk merayakan sambutan 10,000 hari ini dengan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui 10 buah persatuan tersebut. Ini merupakan pencapaian bersejarah dan amat bermakna buat kami, untuk membantu orang awam dalam urusan kesihatan dan kesejahteraan mereka," ujar Chong Yeow Siang.
Tambahnya, seperti nama farmasi, pihaknya amat prihatin terhadap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.
"Sebagai rangkaian farmasi terbesar tempatan, kami akan terus berkhidmat menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan yang paling relevan semasa dan selepas pandemik ini," akhirinya.
Sementara itu, Abdul Wahab Haji Rahim berkata, “Saya menyokong usaha Caring Pharmacy yang masih menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik di sebalik sambutan ini dan juga NEUTROVIS dengan kerja-kerja CSR luar biasa mereka pada tahun lepas. Jenama-jenama tempatan ini menjiwai slogan #KITASUPPORTKITA dengan mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan saudara kita yang berbilang kaum di Malaysia, pada masa-masa yang diperlukan."
Malah bagi Zayn Puah pula katanya, “Saya berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Caring Pharmacy dalam kempen ini, kerana objektif kami adalah sama iaitu melindungi rakyat Malaysia dan menyumbang kembali kepada masyarakat. Setelah melibatkan diri di dalam kerja-kerja CSR, saya tahu usaha di dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan memberi makna. Ia membuatkan kita tidur lebih lena, dengan mengetahui kita telah berbakti kepada masyarakat Malaysia."
Zayn melahirkan kebanggaannya dengan pencapaian 10,000 hari Caring Pharmacy yang bersedia menyumbang kembali kepada masyarakat dan memberi impak pada kehidupan ramai, termasuk dirinya.
"Ini amat penting terutamanya pada masa yang mencabar ini, dan kita perlu berganding bahu demi menolong saudara kita yang memerlukan,” ujar Zayn.
Untuk rekod, Caring Pharmacy ditubuhkan oleh 5 orang ahli farmasi bertujuan menyediakan kemudahan barang-barang penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik untuk para pengguna.
Setelah 27 tahun beroperasi, Caring Pharmacy telah berkembang kepada 158 buah cawangan di seluruh negara, termasuk di kompleks membeli-belah terkemuka.
Kini, mereka memperluaskan perniagaan mereka melalui program-program kesetiaan, melancarkan aplikasi mudah alih Caring, pengambilalihan 36 buah cawangan Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy, serta menembusi pasaran Asia Tenggara.
Menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, selebriti tempatan popular, Nadia Brian dan Tong Bing Yu turut menyertai sambutan dengan menggunakan pengaruh mereka untuk memberi kesedaran tentang kepentingan penggunaan pelitup separuh muka gred perubatan yang efektif untuk melawan COVID-19, dan mengingatkan semua orang supaya sentiasa mematuhi SOP untuk melindungi orang tersayang dalam menyambut kehadiran Tahun Harimau.
Dalam majlis ini, Nadia Brian dan Tong Bing Yu dilihat mengagihkan Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium NEUTROVIS kepada orang awam di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur.
Bersempena dengan sambutan ulangtahun 10,000 hari, Caring Pharmacy akan memberi 1,000 mata ganjaran tambahan kepada 10,000 orang ahli terawal yang berbelanja sebanyak RM100 ke atas di cawangan Caring Pharmacy.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari https://caring2u.com/ atau KLIK SINI.
#CaringPharmacy #Neutrovis #TengkuZatashah #KitaSupportKita #NadiaBrian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan