DR. KO DERMACUETIKAL BUKA CAWANGAN KELIMA DI MIDVALLEY
SEBUT sahaja Dr KO, rasanya siapa yang tak kenal kan khususnya kaum wanita yang sentiasa pentingkan pemeliharaan kulit wajahnya.
Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai “Klinik Kulit, Laser dan Estetik Terbesar di Malaysia” Klinik Pakar Kulit KO telah membuka 37 klinik di seluruh Malaysia manakala 4 di Indonesia.
Produk penjagaan kulitnya mendapat pengiktirafan secara meluas dan terbukti berkesan dalam menyelesaikan masalah jerawat, pencerahan kulit, anti-penuaan, kulit kering, dan juga masalah jeragat.
Terbaharu, Dr. KO membuka sebuah lagi cawangan di Malaysia bertempat di pusat membeli-belah popular, Midvalley Megamall, menjadikan Dr KO Dermaceutical mempunyai lima cawangan keseluruhannya termasuk di Sunway Pyramid, Midvalley Southkey, Johor Bahru, Pavilion Bukit Jalil dan Gurney Plaza di Pulau Pinang.
Bahkan, khabarnya, pengguna juga boleh menantikan lebih banyak lagi cawangan Dr Ko Dermaceutical yang akan dilancarkan di pusat beli-belah utama di seluruh negara bermula dengan Terengganu, Pahang, Sabah & Sarawak.
Dr KO Dermaceutical dijangka meluaskan bahagian pasaran dalam perniagaan penjagaan kulit dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ini juga untuk mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran Malaysia dan Indonesia sebagai penjagaan kulit pilihan utama apabila dikaitkan dengan permasalahan kulit.
“Dalam tempoh lima tahun akan datang, jenama ini juga akan terus menubuhkan 15 cawangan di Malaysia serta pengembangan secara progresif di seluruh Asia Tenggara bermula dengan Indonesia dan Vietnam,” ujar Dato Dr. Ko Chung Beng ketika ditemui pada majlis pelancaran pembukaan Dr. Ko Dermaceutical di Midvalley Megamall yang disempurnakan bersama oleh Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Menurut Dr. Ko, unit penyimpanan stok (SKU) syarikat ini kini berada pada 53 dan akan terus bertambah kepada 50% dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Saya sangat teruja melihat perkembangan cawangan yang kelima ini, dengan membawa produk dan perkhidmatan Dr KO Dermaceutical lebih dekat kepada pengguna. Cita-cita kami adalah untuk mencipta produk penjagaan kulit profesional yang khusus untuk permasalahan kulit orang tempatan malah lebih gembira apabila melihat senyuman dan keyakinan yang diperoleh oleh pelanggan selepas menggunakan produk Dr Ko Dermaceutical,” tambah Dr. Ko.
Sambungnya, penjagaan kesihatan kulit adalah penting, apatah lagi ketika pandemik covid 19 yang telah membawa banyak tekanan kepada orang ramai.
“Tekanan mental adalah salah satu faktor yang memudaratkan kulit kita. Penggunaan topeng muka yang berterusan juga menimbulkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan keradangan kulit. Dengan memperluaskan jangkauan kami semasa pandemik, kami gembira dapat membantu mereka yang bergelut dengan masalah kulit,” tambah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr KO Dermaceutical ini.
Produk penjagaan kulit Dr KO Dermaceutical hanya menggunakan bahan-bahan gred perubatan yang berkualiti tinggi.
Dr. Ko percaya bahawa tabiat penjagaan kulit yang konsisten dan penggunaan produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan keadaan kulit anda, impian memiliki kulit yang licin dan berseri bukanlah sekadar mimpi.
Sehingga kini, Dr KO Dermaceutical mempunyai 4 rangkaian produk penjagaan kulit iaitu:
- Dermax Clinicare
- Ko Dermacare
- Three Series
- Ko Perfect
Pengguna beragama Islam tidak perlu risau kerana Dr KO Dermaceutical menawarkan rangkaian produk mesra wuduk, sesuai untuk orang Islam.
Ini termasuk – Bio Hydro Gel Moisturiser, Vitality Purifying Essence, Clarifying Mist dan banyak lagi.
Sementara itu, dalam ucapan perasmianya, Hj Hasnol Zam Zam Hj Ahmad berkata:
“Perluasan jenama penjagaan kulit dan pakar kulit tempatan yang terkenal di Malaysia ini, telah menetapkan Malaysia sebagai salah satu destinasi yang ideal untuk kesihatan kulit. Dengan kehadiran dan pengiktirafannya yang sedia ada dalam pasaran tempatan, kami percaya jenama ini mampu mencapai kejayaan dan berkembang di seluruh negara serta di Asia Tenggara.”
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari https://drkoskincare.com/ atau http://koskinspecialist.com atau KLIK INI
Kak Fas: Selamat Tahun Baharu 2022, siapa yang nak kulit berseri sebagai langkah menyambut gaya baharu di tahaun baharu ini bolehlah dapatkan rawatan di mana mana cawangan Dr Ko Dermaceutical terdekat ya...Ingatlah kita sekarang berada dalam kehidupan mengikut norma baharu... terima se adanya jika itu kehendak Allah SWT.
#DrKoDermaceutical #RawatanKulit #KoPerfect #ThreeSeries #KoDermacare
Tiada ulasan:
Catat Ulasan