Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HABIB BUKA BILIK PAMERAN KE-31 DI PAVILION BUKIT JALIL


Menyambut tahun baharu, HABIB, jenama terulung barangan kemas tempatan melabuhkan tirai tahun 2021 dengan pembukaan bilik pameran yang ke 31 di Pusat Membeli-Belah Pavilion Bukit Jalil


Lokasi strategik serta kedudukan bilik pameran yang terletak berhadapan dengan pintu masuk utama dan ruang legar pusat membeli belah memudahkan orang ramai untuk berkunjung. 



Dengan berkeluasan 4,414 kaki persegi, ini merupakan bilik pameran HABIB yang terbesar dan menawarkan pengalaman membeli belah terbaik dengan ruangan yang disediakan lebih lapang, sesuai dengan peredaran di zaman norma baharu. 


“Pelanggan lebih cenderung untuk datang sendiri ke bilik pameran bagi merasai dan mencuba sendiri barangan kemas yang bernilai tinggi sebelum membuat pembelian. Pelaburan kami dalam bilik pameran Pavilion Bukit Jalil baharu ini adalah bukti komitmen dalam memenuhi permintaan yang sentiasa berubah dan ia membezakan serta meletakkan kami selangkah ke hadapan. Walaupun dengan norma baharu, pelanggan boleh terus membeli-belah dengan selesa dan tanpa bimbang,” kata Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB.



Meer menambahkata, pembukaan bilik pameran terbaru dan terbesar di Pavilion Bukit Jalil ini memberi kemudahan dengan jarak perjalanan yang lebih pendek untuk pelanggan yang berada di sekitar Bukit Jalil. 


"Sebanyak lebih daripada 2,000 rekaan yang unik merangkumi pelbagai koleksi barangan kemas yang pasti menepati citarasa untuk setiap lapisan umur terdapat di sini. Antaranya, koleksi terbaru sesuai buat golongan muda dan kanak-kanak meliputi koleksi Disney x HABIB Frozen menambahkan kepelbagaian barangan dalam memenuhi permintaan yang berbeza”. 


Selain itu, bilik pameran berkenaan menampilkan seleksi pilihan barangan kemas terbanyak antaranya, koleksi Oro Italia 916, berlian dan batu permata, serta berlian bersijil antarabangsa iaitu GIA dan juga Hearts On Fire® yang merupakan potongan berlian yang paling sempurna di dunia.



Di samping itu juga, uniknya bilik pameran ini, terdapat ruangan kolaborasi yang merupakan kawasan khas bagi menampilkan kempen istimewa malah turut disedaiakan ruangan komuniti untuk acara peribadi dan pameran eksklusif untuk memberi keselesaan dan privasi kepada para pelanggan.


Sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada HABIB sejak lebih 63 tahun, HABIB sentiasa menjadikan pelanggan sebagai keutamaan dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang.


Sehubungsn itu, HABIB berbesar hati berkongsi hadiah kebahagiaan dengan menjadi sebahagian daripada detik istimewa pelanggan untuk setiap majlis, acara dan perayaan


Untuk informasi lanjut dan terkini mengenai HABIB, layari laman sesawang HABIB di Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).


Nak tengok cepat KLIK SINI



#HabibJewels #PavilionBukitJalil #HeartsOnFire #OroItalia916 #BatuPermataEmas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan