Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

IDW CIPTA SEJARAH MILIKI APLIKASI PERTAMA HIASAN DALAMAN DI MALAYSIA



SELEPAS 15 tahun menempa nama dalam industri reka bentuk dalaman,  IDW Design & Build Sdn Bhd (IDW) kini melangkah maju ke hadapan dengan memiliki aplikasi sendiri di telefon pintar.


Aplikasi yang dikenali sebagai IDW Design ini secara langsung telah menjadikan syarikat bumiputera yang diterajui  IDr Lokman Hakim Ahmad Subki dan IDr Rabiatul Adawiyah Rasol itu sebagai syarikat yang pertama di Malaysia hadir dengan aplikasi reka bentuk dalaman.


Majlis pelancaran aplikasi berlangsung pada 12 Januari lalu serentak dengan kejayaan syarikat itu dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Reka Bentuk Dalaman Terbaik dan Anugerah Pereka Bentuk Dalaman Inovatif Lelaki di Nona Superhero.

 

Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Syamil Fahim, Pengarah Urusan Ideaktiv Sdn Bhd.,  bersama pengasas IDW, IDr Lokman Hakim dan IDr Rabiatul Adawiyah dengan kehadiran ikon tanah air seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr. Azizan Osman,  Datuk Jamal Abdillah, dan ramai lagi.



Menurut IDr Lokman Hakim, aplikasi itu sejajar dengan peningkatan penggunaan telefon pintar dan hubungan 'akrab' manusia dengan gajet berkenaan.

 

"Kami percaya sekarang ini hampir setiap masa di mana saja, telefon pintar dekat dengan kita untuk mengakses pelbagai perkara, menempah makanan, menonton hiburan dan macam macam lagi.

 

"Jadi kami berasakan rekaan bentuk dalaman juga perlu dekat di hati semua. Kehadiran aplikasi ini yang boleh dimuat naik menerusi platform IOS dan Android.



"Menempa kejayaan sulung pembuka tahun 2022 di anugerah Nona Superhero dan serentak dengan kehadiran aplikasi ini dapat membantu lebih ramai orang memiliki rumah idaman mereka dengan sentuhan reka bentuk dalaman yang mengagumkan," katanya.

 

Tambah IDr Lokman Hakim lagi, menerusi aplikasi itu juga IDW mahu terus memberi fokus dan tumpuan dalam membantu orang ramai mendapatkan khidmat reka bentuk dalaman sehingga mampu memiliki sebuah rumah idaman.


Kini, rumah bukan sahaja tempat berteduh, malah, dalam mendepani fasa pandemik COVID-19 ini, rumah menjadi tempat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan membina kerjaya.



Lebih-lebih lagi apabila anak menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ibu bapa bekerja dari rumah termasuk usahawan yang menjana pendapatan dalam talian.

 

"Kami sedar ramai sebenarnya di kalangan masyarakat yang ragu ragu, teragak agak dan takut mengambil khidmat pakar  hiasan dalaman kerana tidak arif dan tidak tahu secara lanjut mengenai ilmu berkaitan.

 

"Pendek kata ada yang idam rumah cantik, tapi tidak tahu cara memulakannya. Ada yang memerlukan bimbingan pakar tapi tidak tahu bagaimana selain kekangan masa.

 

"Justeru, aplikasi ini yang boleh diakses di telefon pintar secara tuntas dapat membantu ramai orang berjinak jinak dengan perkara berkaitan hiasan dalaman," katanya.


Tunjang IDW, IDr Lokman Hakim dan isteri, IDr Rabiatul Adawiyah di majlis Nona Superhero


Sementara itu, IDr Rabiatul Adawiyah optimis aplikasi itu mampu menjadi jambatan yang menyatukan mereka dengan masyarakat dengan fungsi dan kelebihan yang diketengahkan sehingga mampu menarik minat lebih ramai pengguna di luar sana.

 

"Antaranya disertakan tips harian mengenai hiasan dalaman, contoh rekaan inspirasi, rundingan percuma, 200 koleksi rekaan percuma, 'market hall', pengurusan projek dan macam macam lagi.



"Kini semuanya di hujung jari anda. Tunggu apa lagi, bantu kami untuk kami bantu anda! Boleh klik pautan https://youtu.be/YkHq4mdENlI untuk gambaran jelas atau ke https://idw.design/ serta Instagram @idw.design," kata IDr Rabiatul.

 

Syarikat ini mula bertapak dalam industri pada 2007 dan pantas mencuri perhatian ramai. Malah pembabitan ekspo di luar negara juga bukti syarikat ini mahu terus belajar dan memberikan terbaik untuk pelanggan tersayang.


Artikel berkaitan boleh klik DI SINI




#IDWDesign  #RekabentukDalaman #PdPR #NonaSuperhero #SyamilFahim #IDW

Tiada ulasan:

Catat Ulasan