Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC TAMPILKAN ISTANA DIRAJA CINA SAMBUT TAHUN HARIMAU


APABILA tibanya setiap musim perayaan, Kak Fas selalu menantikan apakah bentuk hiasan yang bakal dipamerkan oleh pusat membeli-belah terkemuka, Suria KLCC kerana yakin mesti hebat dekorasinya menjelang Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 2 Februari ini.


Ternyata tekaan Kak Fas tidak meleret kerana sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang Centre Court, tersergam keindahan taman lanskapnya. 


Iya, seperti kebiasaannya, Centre Court menjadi ruang ditransformasi kepada tema sambutan perayaan di mana sempena menyambut Tahun Baharu Cina dari 7 hingga 13 Februari depan anda dapat menyaksikan sebuah Istana DiRaja China zaman silam.


Rekabentuk empayar yang gah itu turut disinambungi hingga ke Aras 1 Ramlee Mall dan kesemua pintu masuk utama yang turut dihiasi mengikut tema bagi menjanjikan peluang berfoto yang strategik. 


Rekabentuk istana replika di Centre Court mirip zaman kegemilangan sejarah China yang dikenali dengan kemajuan, inovasi dan mahsyur dengan kegemilangan kebudayaan.


Istana China Kuno ini telah direkabentuk semula dengan teliti dengan setiap perincian diberi penekanan termasuklah ukiran batu berbentuk singa simbolik pengawal empayar, astaka taman bercirikan senibina China, kolam keratai, dan tanglung indah yang bergantungan. 



Tidak ketinggalan pepohon Sakura yang ikonik di samping keindahan lanskap yang mampu menjadikan latarbelakang yang mengagumkan untuk setiap foto atau video yang diambil. 


Sudah semestinya pengalaman melalui halaman istana kuno ini mampu membangkitkan semangat perayaan. 


Di samping itu kesemua sudut yang dihias indah mampu diabadikan di dalam instragram, turut juga dilengkapkan dengan sebuah photobooth yang disediakan mesin pencetak untuk cetakan gambar kepada pelanggan untuk dibawa pulang dan dikongsikan bersama yang tersayang. 



Terdapat juga sajian pancaran visual bunga-bungaan interaktif di dalam Istana yang terletak di Centre Court bagi menggambarkan kedatangan musim bunga di Hemisfera Utara. 


Di perkarangan pusat membeli belah pula, replica pagoda yang tertinggi di Malaysia akan kembali tersergam di Esplanade KLCC.


Penampilan terakhirnya pada 2020 telah berjaya meletakkannya di dalam Malaysia Book of Record sebagai replica pagoda yang tertinggi. 


Pelanggan dan pelawat pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar bersama struktur yang berdiri megah ini. Dan tentu sekali Kak Fas pun di antara mereka yang mengabadikan kenangan di situ.


Pendek kata, tak perlu ke negara China masa tengah pandemik ni, raikan je di sini, lebih selamat dan dekat kan haha...


Untuk menambahkan lagi keterujaan, pelanggan juga boleh menyaksikan tarian singa tradisional di Centre Court dan tarian Singa Akrobatik di Esplanade KLCC pada setiap hari Sabtu bermula sekarang hingga 30 Januari. 


Bagi mereka yang gemarkan ‘terapi’ membeli-belah, ‘Suria KLCC’s Shoppers Reward Programme’ akan menghadiahkan baucar membeli belah bernilai RM100 dan set ‘Angpow’ Suria KLCC untuk mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1500. 


Dan pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM3,000 pula akan mendapat ganjaran merupakan skarf EP YAYING yang bernilai RM999 setiap satu di samping Baucar tunai EP YAYING bernilai RM168. 


Ketika musim perayaan ini, Suria KLCC meneruskan tanggungjawab sosial korporat dengan pengumpulan dana untuk Program Kesedaran Kesihatan Mental melalui penjualan “Suria Ribbon Pin” yang bermula sejak 2021 lagi. 


Pelanggan digalakkan untuk menyumbang ke arah usaha murni ini dengan membeli pin tersebut pada harga RM10 setiap satu yang terdapat di Concierge Suria KLCC. 


Semua kutipan akan disalurkan kepada NGO yang menerajui program kesihatan mental ini. 



PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA 


Di Putrajaya pula, Pusat Membeli-belah Alamanda akan mengalu-alu kan kehangatan musim perayaan yang sama bermula 14 Januari hingga 6 Februari, di mana Centre Court Alamanda turut didekorasi dengan tema Istana DiRaja China. 


Centre Court dipenuhi dengan pohon Sakura yang disusun indah untuk membangkitkan semangat musim perayaan untuk diabadikan di dalam Instagram. Tanglung merah begemerlapan menghiasi laluan sepanjang North dan South Wings manakala bumbung ‘pushcart’ juga dihiasi dengan Ucapan Tahun Baharu Cina. 


Pada hujung minggu pula, pengunjung akan dihiburkan dengan tarian singa akrobatik yang juga akan mengedarkan limau mandarin kepada penonton. Ianya juga akan disusuli dengan pertunjukan Wushu. 


Pada masa-masa lain, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan instrumental alat muzik tradisional cina. 


Untuk hiburan beterusan, terdapat juga pertandingan chopstik atau penyepit dimana pengunjung akan diuji dengan kebolehan menyepit kacang menggunakan chopstik. Ia terbuka kepada lapan orang dewasa setiap sesi dimana 3 pemenang akan dipilih pada setiap sesi, dengan setiap seorangnya bakal menerima Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM30. 


Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 dalam tidak lebih 2 resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima ganjaran berupa Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM 30 dan dulang makanan. 


Mereka yag berbelanja sekurang-kurangnya RM1500 dalam 2 resit dari kedai khusus berpeluang untuk memenangi lebih banyak ganjaran. Selain baucar fesyen dan dulang makanan, pembeli juga berpeluang memenangi samada Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM60 atau ‘Jute Bag’. 


Ahli VIKids yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 boleh mendaftarkan anak mereka yang berumur 5 hingga 12 tahun untuk aktiviti seni dan kraftangan secara percuma, seperti topeng muka dan puppet naga kertas. 


Alamanda juga turut menzahirkan rasa prihatin dengan menjemput kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Sayang Kuala Lumpur & Selangor di Taman Kajang Perdana untuk lawatan ke Alamanda sambil menikmati makan tengahari dan menyaksikan pertunjukan tarian singa di Centre Court.



MESRA MALL 


Di Kemaman pula, kempen Tahun Baharu Cina Mesra Mall berlangsung dari 10 Januari hingga 2 Februari, dimana mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 di mana-mana kedai terpilih akan menerima ganjaran baucar membeli-belah bernilai RM20. 


Pada Sabtu, 22 dan 29 Januari, pembeli akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan berkaitan Tahun Baharu Cina seperti tarian singa akrobatik dan persembahan dram, serta penampilan artis Aneka Wajah dan “Dewa Kemakmuran” di Centre Court. 


Woksyop kraftangan Kipas Tangan daripada kertas juga akan diadakan untuk ahli VIKids. Pada yang bukan ahli, mereka juga berpeluang mengambil bahagian dengan mendaftar sebagai ahli dengan bayaran hanya RM50. Seramai 6 peserta diperlukan bagi setiap sesi untuk 16 sesi yang dijalankan. 


“Setelah tidak berpeluang untuk meraikannya lebih dari dua tahun sebelum ini, kami sangat berbesar hati untuk mengembalikan semula keriangan dan keceriaan bukan sahaja terhadap centre court di pusat-pusat membeli belah kami, tetapi juga kesemua pihak yang berkepentingan seperti peniaga, pelanggan dan masyarakat sekeliling. Tahun Baharu Cina adalah waktu terbaik untuk mengucapkan selamat kepada semua dengan harapan tahun-tahun mendatang yang lebih baik bukan sahaja untuk kami, tetapi untuk seluruh negara. Bagi pihak pengurusan, saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua dan menasihatkan semua untuk kekal selamat dan patuhi semua SOP,” ujar Pengarah Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien.


Untuk info lanjut, layari:


Suria KLCC -
www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall 

Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall 



#SuriaKLCC #AlamandaPutrajaya #MesraMall #TahunBaruCina #IstanaDiRajaCina

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan