NEWSFEED MEDIA PEROLEH PELABURAN LEBIH RM3 JUTA KENDALI PEMASARAN FAREHA HOLDING!
FAREHA Holding Sdn Bhd dan Newsfeed Media Sdn Bhd., bagaikan lagu dan irama, pincangnya irama hilanglah lagunya…
Begitulah yang dapat Kak Fas simpulkan pada ikatan yang terjalin daripada perhubungan antara Ketua Pegawai Eksekutif Newsfeed Media, Norzira Syarini Mohammed Pauzi dan Pengasas merangkap Pengarah .Fareha Holding, Nurul Fareha Anuar.
Dan kemesraan itu terjalin dengan tanda penghargaan oleh Norzira atau lebih mesra disapa Ira kepada Nurul Fareha dalam satu majlis santai minum petang bertema putih, sekali gus meneruskan jalinan dengan acara menandatangani MoU pelan pemasaranan bagi tempoh 2022.
“Pada 2021, Fareha Holding Sdn. Bhd merupakan klien kami dengan jumlah pelaburan tertinggi dalam pemasaran luar talian sebanyak RM2,238, 835.00 dan tahun ini sekali lagi Fareha bersetuju untuk menyambung pemasaran luar talian menerusi medium radio berjumlah RM1.5 juta menjadikan keseluruhan kos pemasaran yang di laburkan bernilai RM3,727,075.00 setakat ini,” ujar Norzira Syarini dalam ucapannya pada majlis yang dihadiri kira-kira 50 jemputan di Flora Terrance, Kuala Lumpur baru-baru ini,
Simbolik kepada acara menandatangani MoU, menyaksikan Nurul Fareha Anuar menurunkan tandatangan pada replika cek berjumlah RM3,727,075.00.
Selain itu, beliau turut diserahkan trofi ‘The Most Outstanding Brand 2021’ anjuran Newsfeed Media di atas kerjasama yang terjalin sejak Ogos 2020.
““Bermula dari pertemuan pertama sejak Ogos 2020, kami merangka dan menyusun pemasaran yang berstrategi agar jenama FAREHA lebih terkedepan dan dikenali.
"Fareha telah membuktikan bahawa produk tempatan dan usahawan SME dengan produk tudung bawal anti kedut berharga RM27 sehelai mampu untuk mencipta jenama ke peringkat luar biasa dan di kenali di seluruh negara, malah mendapat tempat pertama di hati pencinta tudung bawal,” sambung Ira.
Tambahnya, selain radio, Fareha juga memberi kepercayaan kepada pihaknya untuk menyusun kemunculan jenama FAREHA dalam program temubual di beberapa siaran stesen TV termasuk TV3, RTM, Tvalhijrah, menaikkan papan iklan (billboard) di lebuhraya dan dalam bandar, siaran dalam akhbar-akhbar tempatan dan arus perdana serta banyak lagi medium pemasaran lain.
Sehubungan itu, kepercayaan dan amanah yang diberikan buat kali kedua sangat besar nilainya dan Newsfeed amat berbangga dengan pencapaian Fareha Holding Sdn. Bhd. sepanjang tempoh menguruskan strategik pemasarannya, jelas Ira.
Sementara itu, Pengarah Urusan Newsfeed Media, Mohd Afiq Abu Hasan (kanan) mengajak usahawan semua untuk menjalankan pemasaran dengan lebih tersusun.
“Usahawan yang melabur dengan jumlah yang tinggi untuk pemasaran belum tentu dapat memperkenalkan jenama masing-masing dengan baik dan dikenali, sekiranya tidak di lakukan secara berstrategi,” ujarnya.
IRA dan suami, Mohd Afiq turut meraikan ulang tahun Newsfeed Media ke-2 tahun. |
Jelasnya, pemasaran luar talian juga masih relevan, terutama dalam membina kepercayaan masyarakat atau pengguna, meningkatkan kredibiliti dan lebih diyakini kesahihannya berbanding pemasaran secara dalam talian yang boleh di muat naik, di ubah dan di padam pada bila-bila masa.
“Kami sangat komited dan sentiasa bersedia untuk membantu usahawan semua dan memberikan pelan pemasaran yang strategik untuk semua,” akhirinya.
Untuk rekod, Newsfeed Media merupakan syarikat penjenamaan, pemasaran dan pengiklanan yang telah beroperasi sejak Januari 2020 dan tidak syak lagi kerjasama yang terjalin bersama Fareha membuktikan kredibiliti dan mengukuhkan kedudukan syarikat dalam pengurusan terbabit.
Artikel berkaitan boleh baca di link di bawah ini:
1. https://www.farizasaidin.com/2021/01/fareha-by-cikfa-lahirkan-8-jutawan.html
2, https://www.farizasaidin.com/2021/04/cik-fa-tawar-harga-promosi-sempena.html
3, https://www.farizasaidin.com/2020/12/norzira-pernah-korek-tabung-keluarkan.html
#FarehaHolding #NewsfeedMedia #MoU #UlangTahunKe2 #NurulFarehaAnuar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan