Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RAJA MUDA SELANGOR BANTU USAHAWAN BELIA LEBARKAN SAYAP KE PERINGKAT GLOBAL


PROGRAMSAY ASPIRE’ sudah kali ketiga dianjurkan sejak mula diperkenalkan pada tahun 2018 namun ini kali pertama Kak Fas berpeluang mengikutinya setelah mendapat jemputan daripada syarikat PR Mr. Stalista yang menguruskan media bagi pihak Selangor Youth Community (SAY), iaitu agensi di bawah Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor sebagai penganjur.


Pun begitu, Kak Fas percaya tentu masih ada yang belum mengenali apa itu SAY ASPIRE kan?


SAY ASPIRE merupakan sebuah program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan khidmat mereka ke pasaran global melalui kursus bimbingan dan latihan strategi eksport selama enam bulan merangkumi latihan kewangan, strategi pemasaran serta perancangan menembusi pasaran antarabangsa..


Dan tahun ini, buat julung kalinya, program SAY ASPIRE mendapat kerjasama meluas daripada Rodziah Ismail, EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor serta tajaan daripada Kumpulan Sunway Berhad dan Menteri Besar (Diperbadankan) Selangor. 


Daripada 72 syarikat yang diterajui belia dan berpengkalan di Selangor, setelah melalui 3 peringkat penilaian dan pembentangan, hanya 10 syarikat telah terpilih untuk menyertai pembentangan akhir di program 'SAY ASPIRE Pitch Finale'. 



Pembentangan akhir dijuri oleh barisan panel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan eksport:


  • Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
  • Rodziah Ismail, EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan    Usahawan    Negeri Selangor
  • Dato’ Zakaria Kamarudin, pakar ekspot dari Malaysian Exports Academy
  • Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif dari SME Corp
  • Abu Bakar Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dari MATRADE


Selain daripada program ekspot,  Raja Muda Selangor juga menganjurkan beberapa program berimpak tinggi kepada usahawan belia melalui inisiatif Entrepreneurship Selangor di bawah agensi baginda Selangor Youth Community (SAY).


Inisiatif ini diwujudkan bertujuan untuk menghubungkan usahawan dan agensi di Selangor kepada peluang perniagaan dan akses bantuan perniagaan, termasuk kursus bimbingan dan latihan perniagaan yang berterusan. 



Platform ini juga bertujuan untuk mengumpulkan usahawan dari seluruh Selangor dan mewujudkan sebuah ekosistem komuniti usahawan yang saling berkerjasama dalam agenda pembangunan usahawan Selangor.


Majlis yang berlangsung selama hampir 4 jam menyaksikan 10 syarikat belia yang berjaya ke peringkat akhir membentangksn ‘produk’ masing-masing untuk penilaian siapa yang berhak dinobatkan sebagai pemenang.


Dan melihat pada gaya persembahan setiap finalis memang padu dan tentu sekali menyulitkan panel juri membuat pemilihan.


Senarai 10 syarikat belia yang betanding di SAY ASPIRE Pitch Finale mengikut turutan pembentangan: 




Kak Fas pun akui memang sukar membuat keputusan memandangkan semua ‘pitching’ daripada 10 syarikat terbabit mempunyai kelebihan masing-masing dalam produk yang dikemukakan.


SAY ASPIRE Pitch Finale menawarkan beberapa ganjaran berimpak tinggi kepada 3 pemenang utama iaitu tajaan penerbangan ke negara yang dipilih untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan, akses kepada pasukan perolehan, bimbingan khas secara individu untuk membantu usahawan mematerialisasikan impian eksport mereka, peluang imbuhan dan pelaburan perniagaan, rangkaian kolaborasi bersama agensi yang berkaitan, trofi dan sijil, serta penginapan 2 hari 1 malam di St Regis Langkawi kepada pemenang utama.


Memang menarik kan hadiahnya?


Tetapi adat bertanding, kalah menang bergantung kepada rezeki masing-masing dan walau pun kesemua finalis memberikan pembentangan terbaik terhadap perniagaan masing-masing namun keputusan berkehendakkan tiga pemenang terbaik sahaja.



Dan rezeki itu jatuh ke tangan Airaz Technologies Sdn Bhd di bawah teraju Pengarah Urusannya, Azrul Izzam yang menghasilkan produk ‘Innersejuk’, pakaian sukan muslim untuk wanita berhijab.



Kak Fas dah tengok produk mereka memang fabrik yang digunakan rasa ‘sejuk’, apatah lagi berada di dalam dewan berhawa dingin kan haha....tetapi Kak Fas percaya rangkaian produk yang diusahakan itu memang nampak selesa untuk dipakai wanita berhijab agar rambut sentiasa segar walau pun menggunakan ‘inner’ sepanjang hari.


Pemenang kedua jatuh kepada syarikat Avantcom International Sdn Bhd, pengeliar produk penjagaan kulit bayi, ‘Joielle Baby’ yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Operasinya, Yazmeen Anshary.



Cantik nama ‘Joielle Baby’ ini yang membawa tagline ‘healthy baby, happy mummy’ (anak sihat, mak gembira) malah packagingnya pun menarik ada kualiti produk antarabangsa.


Dan akhirnya seperti harapan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘Store Up’, Huzaifah Sulaiman ketika membentangkan perkhidmatan laman web e-dagang yang dinamakan ‘Store Up’ agar dapat terpilih dalam top 3, doanya terkabul apabila pihak juri memilih syarikatnya, Inonity Sdn Bhd sebagai pemenang ketiga.


Kesemua mereka menerima hadiah kemenangan masing-masing daripada Raja Muda Selangor di majlis yang berlangsung di Hotel Sunway Resort & Spa pada 27 Januari 2022 lalu.



“Beta ucapkan tahniah dan mendoakan semua maju jaya pada masa hadapan,”titah Tengku Amir Shah sambil percaya semua syarikat terlibat dalam sesi pembentangan kali ini berpotensi untuk maju dalam bidang perniagaan masing-masing.



#SayAspire #RajaMudaSelangor #Usahawan #InnerSejuk #JoielleBaby #StoreUp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan