Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALAMANDA PUTRAJAYA RAI ANAK-ANAK YATIM SEMPENA CNY


ALAMANDA PUTRAJAYA...sebuah pusat membeli-belah yang tentu sekali menjadi fokus utama penduduk di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang terletak kira-kira 25 km jauhnya dari ibu negara, Kuala Lumpur ini.

Sejujurnya sebagai warga kota KL, memang jarang sangat Kak Fas berkunjung ke Alamanda Putrajaya jika tiada apa apa yang menggamit Kak Fas ke sana. Dan rasanya dah bertahun-tahun juga lah tiada sebarang majlis yang berlangsung di sana sehinggalah baru-baru ini pintu hati diketuk oleh Pengurus PR & Komunikasi Suria KLCC Sdn Bhd., Sherina Khairi yang cukup mesra dan peramah orangnya.


Sebabnya... Kak Fas terima jemputan daripada beliau untuk bersama Alamanda meraikan keceriaan perayaan sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) bersama kanak- kanak dari Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor.


Jadi, walau pun rasa agak jauh, Kak Fas gagahkan juga untuk hadir membuat liputan demi anak-anak yatim dikasihi.


KAK Fas bersama Sherina (tengah) dan rakan2 media di Alamanda Putrajaya baru-baru ini.

Pada hari yang dimaksudkn iaitu, 26 Januari 2022, sekumpulan 15 kanak-kanak berumur di antara 2 hingga 12 tahun telah dirai dan disantuni oleh pihak pengurusan Alamanda setibanya diperkarangan Alamanda dengan makan tengah hari CNY di Secret Recipe.


Dan seperti kata pepatah, 'gendang genduk tali kecapi, kenyang perut senang hati'...jadi sebaik selesai menjamu makanan enak dari Secret Recipe, kesemua kanak-kanak memulakan 'jelajah kecil' mereka ke kompleks Alamanda dengan menaiki 'tren' sebelum di bawa ke Centre Court  untuk menyaksikan persembahan tarian singa.



Melihat telatah mereka dihiburkan dengan tarian singa cukup menarik, ada yang takut khususnya yang berusia 2 tahun dan ada yang ternganga melihat gerak geri 'singa' yang menghampiri dengan mulut terbuka menghulurkan buah limau mandarin.


Selesai persembahan, tentulah tidak sah raya Cina tanpa ada tradisi pemberian ang pow ya tak?



Sehubungan itu, mereka turut diberikan ang pow oleh Pang Sook Fong, Pengurus Besar Alamanda dan lebih bermakna lagi apabila mereka juga menerima sumbangan snek dan produk lain daripada rakan niaga Alamanda.


“Tahun Harimau melambangkan permulaan baharu ketika mana kita berada dalam pemulihan dari pandemik ini. Ia juga merupakan waktu terbaik untuk merasai kembali beraya bersama-sama. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati mereka yang serba kekurangan. Justeru itu, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami rasa begitu bertuah untuk menjadi hos kepada kanak-kanak ini dan begitu berharap acara ini akan mejadi kenangan yang tak dapat dilupakan untuk mereka," ujar Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien.



Sementara itu, Foo Jong Hong, selaku penjaga Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor tidak ketinggalan mengucapkan penghargaannya terhadap layanan istimewa yang diberikan.



“Layanan istimewa CNY daripada Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini. Ketika orang lain berpeluang meraikan CNY bersama yang tersayang, kanak-kanak ini menyambutnya kali ini bukanlah hanya sekadar menerima angpow atau barangan, tetapi layanan dah perhatian yang cukup bermakna,” ujar Foo.


Untuk rekod, Pusat Membeli Belah Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. 


Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. 


Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli-belah’!





#AlamandaPutrajaya #AnakAnakYatim #AngPow #SecretRecipe #BeramalCNY



. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan