'LINK OF MALAYSIA' ERATKAN HUBUNGAN WANITA ISLAM SEDUNIA - DATIN RAS
MENDEKATI buat kali kedua, figura yang popular di kalangan wanita berkumpulan Islam bernama Datin Raskidah Ali ini, Kak Fas dapat simpulkan beliau seorang yang kreatif dan penuh dengan idea lestari demi pembangunan wanita dalam ekonomi negara.
Namun satu yang Kak Fas dapat rumuskan selain aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan, Datin Raskidah yang lebih mesra disapa Datin Ras seorang pencinta ‘emas’.
Pada pertemuan pertama mengenalinya pada awal Januari tahun lalu, selaku Pengerusi Kehormat Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia atau ringkasnya DEWI, merangkap Pengarah Perhubungan Korporat, iFintech Solutions Sdn Bhd, beliau menumpukan langkah ke arah memperkenalkan usahawan wanita Islam untuk mempelopori industri emas digital sebagai pelaburan masa hadapan.
Untuk imbas kembali, sila baca artikel berkaitan di LINK INI.
Kini maju setapak lagi, Datin Ras mengembangkan kecintaannya kepada logam yang menjadi produk ‘teman kesayangan’ setiap wanita itu ke satu tahap yang lebih holistik melalui jenama yang digelar ‘Links of Malaysia’ atau akronimnya, “LOM”.
‘Links of Malaysia’ atau dalam erti kata mudahnya ‘pautan Malaysia’ menjadi ‘jambatan’ buat Datin Ras menghubungkan wanita Islam dari serata dunia melalui ‘Emas’ waima emas itu diakui ‘teman abadi’ setiap wanita.
Wanita mana yang tidak suka emas apatah lagi jika diseri dengan permata berlian berkilauan ya tak?
Tidak hairan juga lah ada lagu seperti ‘Diamonds Are A Girl’s Bestfriend’ yang popular nyanyian pelakon dan penyanyi lagenda Amerika, Marilyn Monroe pada awal tahun 50an.
Masih terngiang-ngiang lagu tersebut di halwa telinga setiap kali berbicara mengenai emas atau berlian haha…
Apa pun, apa yang dibayangkan oleh Datin Ras berhubung perancangannya untuk memperkenalkan Malaysia melalui ‘emas’ kepada wanita-wanita seluruh dunia cukup mengagumkan.
“Selama ini kita cuma berjaya mengenali ikon sesebuah negara melalui pembangunan sekitar contohnya, Paris dengan “Eiffel Tower’, Kuala Lumpur dengan ‘Petronas Twin Tower’ dan sebagainya namun tiada lambang yang diperkenalkan melalui sumber lain seperti budaya dan sebagainya,” ujar Datin Ras memulakan bicara ketika ditemui di IGC House, Sunway Velocity Mall baru-baru ini.
Sebelum itu, tertanya-tanya juga IGC itu bermaksud apa?
“IGC adalah ringkasan untuk International Gold Club (Kelab Emas Antarabangsa),” jawab Datin Ras membayangkan pusat sehenti yang dijadikannya ‘rumah’ bagi mengumpul wanita-wanita antarabangsa khususnya ahli-ahli DEWI bersantai sambil menjamu mata kepada koleksi emas yang dipamerkan untuk jualan.
Dekorasi ruang dalaman IGC House memang unik dan cantik dengan tangga berlantaikan jubin keemasan menuju bahagian ruang rehat di atas, sesuai untuk mereka yang mahukan privasi.
Majlis santai yang berlangsung pada petang Kak Fas dijemput ke IGC House, menemukan Kak Fas dengan beberapa tetamu istimewa Datin Ras di kalangan ahli DEWI.
Antaranya, Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan, Setiausaha Agung Persatuan Rangkaian Perniagaan Lestari Malaysia atau ringkasnya SustNET (kanan); Dr. Neda Zoghi (dari Iranm dua dari kiri) dan Dr. Betama (Indonesia, dua dari kanan) serta dua orang pereka muda daripada UiTM, Siti Nur Anati Muhamm Khairi dan Khairunnisa Ab Rahman.
Berkongsi lanjut, Datin Ras memberitahu melalui usahanya memperkenalkan ‘LOM’, beliau berhasrat menghubungkan wanita Islam seluruh dunia dengan menjadikan ‘emas’ sebagai alat perhubungannya.
“Dengan menggunakan emas baik dari jenis 9k, 14k, 18k, 22k atau 24k, saya mahu memperkenalkan beberapa ‘charm’ berbentuk elemen kebudayaan setiap negara, “ Datin Ras membayangkan sambil berharap ia dapat menjadi ikon baharu bagi memperkenalkan setiap negara dilawati.
Memberikan beberapa contoh katanya, beliau berhasrat mereka bentuk alat muzik tradisional seperti ‘Gong’ atau ‘Wau’ mahu pun ‘Keris’ bagi melambangkan kedaulatan budaya orang Melayu.
Sempena sambutan AidilFitri yang akan datang, melalui jenama LOM, Datin Ras memberitahu, bakal mengeluarkan beberapa produk khas untuk kegunaan pada hari lebaran seperti butang baju Melayu untuk lelaki dan kerongsang untuk wanita.
“Lelaki juga mahu bergaya tetapi sudah tentu mereka tidak boleh memakai emas jadi saya guna ‘perak’ yang disaluti ‘emas’ yang bukan tulen supaya kaum lelaki tidak ketinggalan bergaya dengan kilauan emas pada baju Melayu mereka,” ujar Datin Ras memperlihatkan contoh butang baju Melayu berbentuk jongkong yang diperbuat daripad perak bersalut emas tiruan atau suasa.
Memang menarik melihat koleksi rekaan Datin Ras yang dipamerkan termasuk sebentuk cincin seperti jari kuku yang dipertontonkan dijari jemari anaknya yang runcing.
Paling penting harganya pun mampu milik khusnya bagi rekaan di bawah koleksinya sendiri, ‘Trisya’ sementara yang lain-lain di bawah LOM bergantung kepada berat emas mengikut harga pasaran pada setiap rekaan.
Pendek kata, separuh hari suntuk bersantai di IGC House X LOM terasa lapang pemikiran dan minda dan bagi mereka yang mahu mencari barang kemas berkualiti dengan rekaan unik bolehlah berkunjung ke Residence 2, Sunway Velocity Mall.
“Sebagai promosi Hari Raya, sesiapa yang berbelanja RM2,000 dan ke atas akan dihadiahkan 'gold bar' seberat 1 gram dan voucher diskaun sehingga RM500,” akhiri Datin Ras dipersetujui rakan niaganya, Tom Wong (gambar bawah) dengan harapan semua wanita boleh bergaya dengan sekurang-kurangnya sebentuk cincin sebagai penyeri diri pada hari lebaran.
Sosial Media:
LinksOfMalaysia
IG- @LinksOfMalaysia
NayliBJewels
FB- NayliBJewels
IG- @NayliBJewels
Boleh juga Ikuti laman sesawang:
Kak Fas: Kagum dengan kreativiti dan usaha Datin Ras yang tidak mengenal erti putus asa demi pembangunan ekonomi wanita lestari.
#LinksOf Malaysia #IGCHouse #SunwayVelocityMall #Emas #DEWI #HariRaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan