Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'PEAK OF HEAVEN' TAMPIL KISAH MENAWAN GUNUNG EVEREST


SEMPENA  menyambut ulang tahun ke-25 kejayaan Malaysia menawan puncak Gunung Everest pada tahun 1997, syarikat penerbitan filem tempatan – Fullmoon Pictures (M) Sdn. Bhd. (Fullmoon Pictures) melancarkan francais media bernilai RM150 juta di bawah kempen ”The SUMMIT-97”.


Sehubungan itu juga, diumumkan perancangan menghasilkan filem berjudul ‘Peak of Heaven’ melibatkan  artis-artis antarabangsa dengan kos penerbitan bernilai RM100 juta.


Selebriti-selebriti yang dijangka terlibat antaranya A. R. Rahman, Guy Sebastian, Henry Golding, Phedon Papamichael dan ramai lagi, menjadikan filem ini bertaraf antarabangsa sesuai untuk tayangan global.


“Ekpedisi Gunung Everest pada tahun 1997 amat merbahaya dan mencabar. Kami hanya memahami pahit getir mereka semasa kami mengkaji mengenai kisah tersebut, termasuk temubual, artikel dan dokumentari. Ianya telah benar-benar membuka mata kami. Konsep mendaki gunung tertinggi dunia sambil mengharungi iklim yang mencabar hanyalah sekilas dari peristiwa ini. 


"Tidak ramai yang mengetahui keseluruhan proses latihan, kos di sebaliknya, persedian mental dan tahap usahasama yang terlibat dalam keseluruhan perjalanan,” ujar Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Fullmoon Pictures, Izzat Hazim pada majlis pelancaran kempen The Summit-97 yang berlangsung di Matic baru-baru ini,


Turut hadir menyempurnakannya adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem  Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid beserta beberapa kenamaan yang lain termasuk Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-duta dari beberapa buah negara.



Majlis turut dijayakan dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) selaku penaja rasmi lokasi.


Beroperasi sejak empat tahun yang lalu, Fullmoon Pictures yang tersentuh dengan kisah-kisah para pendaki tempatan, berhasrat untuk memaparkan kisah perjalanan mereka yang penuh cabaran mengharungi iklim dan bentuk muka bumi yang mengancam nyawa, untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. 


Di sebalik kejayaan mereka ini, masih ramai yang belum sedar dengan peristiwa bersejarah ini, termasuk laman web Wikipedia. 


“Dengan itu, Fullmoon Pictures telah memulakan misi mereka untuk meningkatkan kesedaran awam tentang peristiwa bersejarah ini dan memberi makna untuk rakyat berbangga dengan negara kita,” tambah Izzat.



Sehubungan itu, kempen “The SUMMIT-97”  ditubuhkan untuk membolehkan para penonton merasai pahit getir dan cabaran yang ditempuh melalui penerbitan - filem-filem animasi, dokumentari, buku-buku, muzik latar asli, filem-filem, rakaman di sebalik tabir dan aplikasi permainan.


Menurut Izzatm melalui sebuah kajian yang dijalankan sejak empat tahun  lalu untuk memahami kehendak para pengguna dalam sesebuah subjek didapati bahawa francais media “The SUMMIT-97” mampu menarik minat 98 juta penonton di seluruh dunia. 



Tambahan pula, Fullmoon Pictures akan menggabungkan teknologi StageCraft untuk menghasilkan suasana Gunung Everest yang hiper realistik dalam waktu nyata, meyakinkan lagi kemampuan itu.


Dengan itu, Fullmoon Pictures menjangkakan untuk menghasilkan sebuah filem yang berimpak tinggi, dan akan menetapkan tahap yang baharu dalam industri hiburan Asia Tenggara. “Peak of Heaven” juga akan mensasarkan 5 rekod Guinness World Records setelah siap sepenuhnya.


Sementara itu, dalam ucapan ringkas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid, beliau berpendapat Fullmoon Pictures membawa mesej yang penting, iaitu sentiasa mengejar kejayaan bertaraf antarabangsa dan kekal fokus kepada matlamat asal. 


“Seperti mana mereka menetapkan rekod Guinness World Records melalui filem mereka – 'Peak of Heaven' bakal menjadi , Filem Teknologi Pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknik rakaman STAGECRAFT (The Volume).” ujar Zakaria.


Seterusnya, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker menegaskan kepentingan kempen ”The SUMMIT-97” merupakan  kisah yang bernilai bukan sahaja kepada para atlit, tetapi kepada setiap individu dalam kehidupan seharian mereka. 


“Ia menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Saya percaya, ramai rakyat Malaysia mempunyai kebolehan kesukanan yang belum dipersembahkan ke peringkat dunia,” akhiri Ti Lian Ker.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.fullmoonpic.com/ atau KLIK INI.



#PeakOfHeaven #TheSummit97 #FINAS #StageCraft #GuinnessWorldRecords

Tiada ulasan:

Catat Ulasan