Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

QB SASAR JUALAN CECAH RM25 JUTA, LANCAR 'SLIMMING GIRDIE'


SEGALANYA
bermula daripada testimoni diri sendiri walau pun pada awalnya tidak berkeyakinan terhadap pengambilan produk akar kayu untuk menurunkan berat badan walaU pun bahan utamanya boleh diperoleh secara mudah daripada bapa sendiri yang berniaga akar kayu.


“Saya sememangya tidak percaya dengan jamu kampung tetapi selepas bersalin barulah saya mencuba herba kampung dan terbukti sangat berkesan untuk menurunkan berat badan,” cerita pengasas Qayra Beauty (QB), Noor Faqirah Abdullah.


Menurutnya, pada tahun 2018, ketika kandungannya sarat sembilan bulan, beliau dan suami berniaga laksa di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di negeri kelahirannya  di Pasir Tumbuh, Kelantan.


NOOR Faqirah melancarkan produk terbaharu QB, Slimming Girdle.


Dan atas desakan tidak mahu meratapi nasib ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang', Noor Faqirah mengambil langkah merubah kehidupan keluarga daripada kesempitan dan kesusahan dengan menghasilkan produk sendiri, Herba Kurus Tradisi (HKT) selepas mendapati jamu yang dihasilkan dripada akar kayu mampu menurunkan berat badannya selepas bersalin.


Sehubungan itu tanpa berfikir panjang beliau memulakan perniagaan pada tahun 2019 tanpa modal dan ilmu perniagaan sehingga terpaksa meminjam duit raya anak untuk tujuan itu.


Tidak menafikan pada peringkat awal, jualan tidak memberangsangkn sehinggalah pada pertengahan 2019, berkat kesabarannya, produk semakin dikenali apabila ramai  terpegun dengan testimoni dirinya sendiri yang berjaya turun sebanyak 15 kilogram dalam masa dua bulan selepas bersalin.


Sudah tentu rezeki tidak salah alamat kata orang, perniagaan Noor Faqirah terus meniti kejayaan dengan jualan mencecah RM17 juta sepanjang tahun 2021.


“Pada tahun 2020,  QB mempunyai kira-kiral 500 ejen dan kemudiannya berkembang menjadi 6,000 orang setahun kemudian,” tambah Noor Faqirah sambil mengakui kejayaan yang dikecapi bukanlah datang bergolek dalam sekelip mata.


Sambungnya, pada peringkat awal beliau melakukan segalanya sendiri termasuk pembungkusn dan penghantaran kerana  kekangan kewangan tidak memungkinkn beliau ada kemampuan untuk menggunakan pemasaran berbayar melainkan hanya secara ‘offline’ sahaja.


Tetapi sedikit demi sedikit menjadi bukit di mana lama kelamaan, QR berjaya menarik lebih ramai ejen apabila mereka berpuas hati mendapat keuntungan lumayan, apatah lagi  produk itu memberi manfaat kepada orang ramai yang mengalami masalah berat badan.


MELALUI kejayaannya, Noor Faqirah mampu memiiki kereta mewah dan rumah idaman.


Berkongsi lanjut, jelas Noor Faqirah, cubaan awal berniaga, beliau hanya mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sedikit dan selepas mendapat maklum balas memberangsangkan barulah keluaran dibuat sehingga ratusan ribu botol.


“Saya turut melakukan penambahbaikan formula jamu kampung dan melakukan proses pengilangan produk HKT di  mana rekod penjualan HKT untuk tahun 2021 adalah 200,000 ribu botol,” tambahnya.


Bercita-ctia untuk meluaskan lagi empayar perniagaan dengan membina pasukan lebih ramai, Noor Faqirah mensasarkan mampu melahirkan 20,000 ejen daripada 6,000 sedia ada.


Perancangan seterusnya, QB bercadang melebarkan sayap perniagaan ke negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura serta mensasarkan jualan sebanyak RM25 juta berbanding RM17 juta pada tahun 2021.


“Impian QB adalah untuk memiliki bangunan sendiri di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu,” Noor Faqirah berharap.


Dan tidak mahu terhenti dengan produk tersedia seperti Slimocha , Slimberry, Slimnut,  Maajun Premium, QB teruskan perniagaan dengsn pelancaran produk terbaharu iaitu Slimming Girdle.


Iya lah, slimming girdle ni mesti dapat membantu merampingkan lagi pinggang ya tak?


Siapa tak mahu kan? 


Tahniah! Noor Farqirah!



#QayraBeauty #SlimmingGirdie #AkarKayu #Jamu #HerbaKurusTradisi #Produk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan