Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMSUNG GALAXY A03, PERANTI KELAS MAMPU MILIK

TEPAT pada masanya apabila jenama terkenal seluruh dunia, SAMSUNG mengeluarkan rona MERAH sebagai antara tiga warna pemilihan bagi peranti terbaharunya  Galaxy AO3 dalam kelas mampu milik.

Kenapa Kak Fas kata tepat sebab perayaan Tahun Baharu Cina  membuka kalendar 2022 dan merah sering kali menjadi pilihan kaum Tionghua dalam pemakaian mereka menyambut hari kebesaran itu.


Jadi bila adanya Merah disamping warna pilihan lain seperti Biru dan Hitam, ia pasti menawan hati pembeli yang mahu menjadikan Galaxy A03 sebagai hadiah perayaan tahun baharu Cina.



Iyalah, semua pun tahu kan yang merah itu membawa maksud ‘Ong’ bagi kaum Cina malah sering juga menjadi rona pilihan ramai yang menyukainya bahkan orang Melayu pun menggunakannya dalam peribahasa berbunyi, ‘yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu  budi, yang indah itu bahasa’ membawa maksud ‘biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.


Tetapi maksud peribahasa itu tentulah tidak sesuai untuk memperkatakan mengenai Galaxy A03 yang baharu dilancarkan Samsung Electronics Malaysia pada awal tahun ini.


Merah pada produk ini tentu sekali sesuai dijadikan hadiah perayaan tanda kasih sayang kepada anak-anak khususnya yang baharu mahu belajar menggunakan telefon pintar mahu pun  ibu ayah yang buta IT tetapi tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi.




Lebih menarik, Galaxy A03 berharga mampu milik, dengan pilihan RM469 bagi peranti  RAM 3GB dengan storan dalaman 32GB atau RM549 untuk RAM 4GB dengan storan dalaman 64GB.


Terdahulu, Kak Fas dah pun cuba ‘review’ Samsung Galaxy A03s yang dilancarkan tahun lalu. Boleh baca linknya DI SINI.


Tidak terlalu signifikan perbezaannya antara kedua siri ‘adik beradik’ ini malah dari segi harga jualan pun tidak jauh ketara. Dua dua boleh dipilih ikut bajet dan kesesuaian pemakainya.


Beratnya sama, hanya 196 gram bersama bateri 5,000mAh dengan kamera kedalaman 2MP F2.4 cuma berbanding Galaxy A03s, peranti terbaharu ini dikemaskan dengan kamera utama 48MP F1.8 serta kamera depan 5MP F2.2.




Galaxy A03s dilengkapi kamera utama 13MP F2,2 cuma kelebihannya ia dimuatkan dengan kamera makro 2MP F2.4) dan kamera depan 13MP F2,2.


Apa pun dengan kamera utama 48MP F1.8, anda boleh mengambil foto dan video resolusi tinggi tidak mengira waktu, termasuk pada waktu malam. 


Malah, dengan kamera kedalaman 2MP F2.4, anda boleh memberi lebih fokus kepada subjek imej dan menyesuaikan bagaimana kabur anda mahu latar belakang menjadi dengan Protrait Mode. 


Selain itu, bagi kaum wanita, sekiranya  ingin mengambil gambar makeup atau apabila bersatu semula dengan rakan-rakan atau keluarga, kamera depan 5MP F2.2 membolehkan anda mengambil selfie dengan sempurna apatah lagi ia juga dilengkapi dengan pelbagai filter dan efek. 


Ini membolehkan pengguna  menghasilkan gambar yang lebih kreatif.


Bila dah suka mengambil gambar, anda tidak perlu risau atau tergesa2 nak ‘delete’ gambar kerana anda boleh menaik taraf ruang memori dengan kad microSD sehingga 1 TB  sekali gus boleh merakamkan gambar dan video tanpa henti.


Sungguh pun diakui peranti ini bukanlah model utama Samsung untuk tahun 2022 ini namun Galaxy A03 berpotensi menjadi telefon pintar paling laris daripada pengeluar Korea Selatan ini.


Dan bila dah syok guna, takut kehabisan batteri?


Usah bimbang kerana battery 5,000 mAh yang mendampinginya sangat kuat dan sempurna bagi pemiliknya yang sentiasa sibuk. 


Dilengkapi dengan pengecasan 7.75W, One UI Core 3.1 yang lancar bukan sahaja membolehkan anda menjalankan pelbagai tugas pada satu masa dan berulang-alik antara aplikasi yang berbeza dengan cepat, pemproses Octa-Core juga dapat menangani program berat dengan pantas.


Paparan 6.5" Infinity-V yang besar dengan skrin HD+ sangat berguna untuk mana-mana pengguna melaksanakan tugas harian mereka, malah paling sesuai untuk pelajar waima kanak-kanak sekali pun yang suka melayari YouTube kartun,


Permainan (gaming) juga lebih menyeronokkan apatah lagi peranti ini membekalkan beberapa permainan melalui ikon ‘Samsung Free’. Dah boleh main terus tanpa perlu mencari-cari lagi malah aplikasi Tik Tok, Instagram, Twitter mahu pun platform membeli-belah Lazada dah siap ada.



Dengan Dark Mode, pengguna boleh mengurangkan ketegangan mata pada waktu malam dan mengurangkan penggunaan bateri untuk pengalaman yang lebih selesa dan cermat.


Pendek kata, Galaxy A03 ini memang peranti yang Kak Fas rekomen bagi mereka yang baharu nak belajar menggunakan telefon pintar sebelum memilih peranti yang lebih premium.


Usah fikir panjang, nak tahu lanjut menenai peranti ini sebelum membelinya boleh layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a03-blue-32gb-sm-a035fzbdxme/ atau KLIK DI SINI.


Kak Fas: Nak tunggu review peranti Samsung yang lebih canggih pula, khususnya yang boleh simpan dalam poket gitu sebab Kak Fas ni suka peranti yang comel dan mudah disimpan di dalam kocek atau tas tangan yang kompak.


Kak Fas: Tunggu nak review peranti Samsung yang premium dan berkualiti tinggi pula seperti yang Samsung Galaxy Z Flip3 FG atau yang sama dengannya.


#SamsungElkectronicsMalaysia #GalaxyA03 #GalaxyA03s #TelefonPintar #Pelajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan