Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SOBELLA SASAR LAHIRKAN LEBIH RAMAI WANITA JADI JUTAWAN JUAL 'LIPMATTE'


SYARIKAT kosmetik Sobella meraikan tulang belakang empayar perniagaannya menerusi majlis Victory & Glory Appreciation Day berlangsung pada 31 Januari lalu di GlassHouse, Seputeh.


Selepas hampir enam tahun meneroka pasaran kosmetik, tekstil dan produk kecantikan khusus untuk wanita, jenama yang ditunjangi Wan Nur Syuhada Wan Norzie, 31, ini  turut berjaya menarik ramai kaum hawa menjana pendapatan.


Pada acara berkenaan, sekumpulan top leader jenama itu yang merangkul gelaran Top Sales tahun lalu diraikan dengan menerima 'umpan' hadiah lumayan seperti kereta, rumah dan wang tunai.


Wan Nur Syuhada atau lebih mesra dengan nama Syu berkata, usaha memperkasakan golongan wanita tidak akan  pernah berakhir menerusi rangkaian perniagaanya.



"Hingga kini, sudah lebih 30,000 agen direkrut di bawah Sobella Squad. Melihat angka itu bertambah saban hari, buat saya terus bersemangat untuk merancakkan cabang perniagaan.


"Bayangkan daripada awalan angka itu hanya 20 orang, meningkat ke ratusan hingga puluh ribuan. Saya juga mahu terus melahirkan jutawan dengan menjual produk 'lipmatte' dan mensasarkan jualan lebih tinggi tahun ini.


"Khususnya menerusi produk terbaharu keluaran dipanggil Soul Matte Edition, menggunakan konsep duo 'lipmatte' yang akan dipasarkan 9 Februari ini," ujar Syu.


Pada acara itu, paling mencuri tumpuan ialah Top Leader Sobella, Nurul Huda Johar atau Dada Hunyai yang pernah menyandang gelaran itu lima tahun berturut turut sejak 2017.


Top Leader Sobella (kiri), Dada Hunyai bersama Syu dan suaminya (suami Syu)


Dari kiri, Sue Zarra, Golly Sandra, Syu (pengasas Sobella), Dada Hunyai dan Naniey Farra.


"Dia (Dada Hunyai) mencatat jualan sebanyak 5 juta pada musim pandemik tahun lalu. Sobella telah merealisasikan rumah impian yang berjaya dibinanya dengan hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk Sobella.


"Setakat ini di bawah pasukannya saja ada 1,000 orang yang terus menjadikan perniagaan saya sebagai punca rezeki dan pendapatan. Paling mengagumkan saya, dia asalnya hanyalah seorang tukang jahit dulu. 


"Bagaimana kerja kuat dan iltizamnya membuahkan hasil. Malah mampu mengubah taraf ekonomi dan kehidupan," kata Syu.


Wan Nur Syuhada Wan Norzie

Tak ketinggalan, empat lagi leader Sobella berjaya mendapatkan kereta idaman masing masing juga daripada hasil ganjaran tunai dan keuntungan jualan produk jenama itu.


"Antara kereta yang diserahkan kepada pemiliknya termasuk Mercedez AMG45, Mustang, Range Rover dan Ford Ranger," tambahnya.


Kata Syu lagi, jenamanya menjadi produk lokal pertama yang mengamalkan konsep edisi terhad dalam pengeluaran 'lipmatte'.


"Konsep terhad atau 'limited' ini belum diamalkan jenama lain. Jadi secara tak langsung konsep ini buatkan pelanggan rasa istimewa dan eksklusif.


"Setiap kuantiti produk dikeluarkan juga dijaga dengan mengamalkan 'exclusivity brand'. Pendek kata, siapa lambat mendapatkan produk, maka akan gigit jarilah.


"Selepas hampir lapan bulan tiada produk 'killer', harapnya produk Soul Matte Edition yang akan dilancarkan beberapa hari lagi dengan formula dan wajah baru akan terus menjadi rebutan. 


Boleh tekan pautan https://linktr.ee/WNSyuhada  untuk maklumat lanjut," akhirinya.


Boleh juga tekan terus  DI SINI.





#Sobella #Lipmatte #SoulMateEdition #SobellaSquad #WanNurSyuhadaWanNorzie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan