Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SUGARBOMB TERUS TAJA SELANGOR FC DENGAN NILAIAN RM1.5 JUTA

Upacara simbolik, penyerahan jersi pasukan Selangor FC daripada Raja Muda Selangor kepada Boss A



SELEPAS lima tahun bertapak, jenama wangian terkenal SugarBomb mampu memiliki kilang dan gudang yang berkeluasan sebesar tiga ekar di Meru, Klang.


Kilang 100 peratus dimiliki bumiputera milik SugarBomb Worldwide Sdn Bhd itu beroperasi kira kira lima bulan yang lalu.


Malah pada 17 Februari lalu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berkenan merasmikan kilang berkenaan.


Menurut Pengasas dan Pengarah Urusannya, Ahmad Azhari Rosli atau lebih dikenali sebagai Boss A, pihaknya cukup bertuah menerima kunjungan daripada Tuanku Raja Muda Selangor.



"Kami menjalinkan kerjasama strategik dengan Raja Muda Selangor yang juga pemilik bersama kelab bola sepak Selangor (Selangor FC) merangkap Presiden Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) sejak tahun 2020 lagi.


"Sejak itu, SugarBomb menjadi rakan pewangi rasmi bagi pasukan Selangor FC. Tahun pertama saja kami mengeluarkan produk kolaborasi bersama yang menampilkan tiga wangian penyegar udara berilhamkan jersi pasukan bola sepak itu. Kali ini, jalinan kerjasama itu berterusan untuk tahun ketiga," kata Boss A.


Menurut Boss A lagi, kerjasama tahun ini juga bakal menyaksikan penggunaan logo jenama itu di belakang jersi pasukan bola sepak terbabit.


"Kami dengan penuh rendah hati sangat gembira dapat terus menjadi sebahagian daripada keluarga Gergasi Merah untuk tahun ketiga berturut-turut. Moga hubungan yang terjalin ini dapat terus dikekalkan demi kemajuan bersama," tambahnya.


Ibu pejabat SugarBomb di Bandar Bukit Raja, Klang.

Raja Mula Selangor menandatangani jersi di ibu pejabat SugerBomb disaksikan Boss A


Terdahulu sebelum perasmian, Raja Muda Selangor turut berangkat ke ibu pejabat jenama itu di Bandar Bukit Raja, Klang sekali gus menandatangani jersi dan juga penyerahan replika cek (mock cheque) bernilai RM1.5 Juta.


Dalam pada itu, Boss A menyifatkan pada tahun 2020 fasa awal pandemik, jenama itu diperkuatkan lagi dengan kehadiran Dr Zamir Othman bersama pasukan kerjanya yang memperkenalkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri.


Antara rangkaian pewangi keluaran SugarBomb.


"2020 juga lonjakan kami untuk agresif dalam skop pemasaran. Nama jenama wangian itu juga semakin dikenali. Kami ada kilang dan pasukan R&D serta mempunyai mesin bancuhan minyak wangi sendiri yang mampu menghasilkan sehingga 3 juta botol wangian pelbagai rangkaian setiap bulan.


"Malah selepas kemasukan pasukan kerja Dr Zamir, rangkaian produk semakin bertambah. Dulu hanya ada minyak wangi dan penyegar udara. Sekarang, ada sanitasi tangan, penyegar fabrik, dan sebagainya.


"Tahun ini kami mahu buktikan golongan bumiputera juga mampu memiliki kilang tiga ekar yang mampu mengeluarkan banyak produk wangian yang berkualiti. Malah tahun ini juga kami membuka pintu untuk menghasilkan produk yang seangkatan daripada jenama pesaing," katanya.



Hingga kini, jenama ini sudah mempunyai lebih 5,000 pengedar (agen dan stokis) aktif di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.


"Kami menjual produk wangian serendah RM10 hingga RM59. Kami mengalu alukan ramai lagi untuk sama sama menjana pendapatan dan terus Berjaya bersama SugarBomb. Hubungi 018-9003435 untuk maklumat lanjut.


"Sepanjang tahun ini kami yakin dan optimis untuk mencapai jualan RM70 juta dengan sokongan daripada 'distributors' kami. Insya-Allah dari sekarang hingga lima tahun mendatang, kami mahu terus bergerak untuk menjadi syarikat dan jenama kebanggaan rakyat Malaysia," akhirinya.


Mercu tanda, kilang SugarBomb didirikan di Meru, Klang


#SugarBomb #Pewangi #RajaMudaSelangor #GergasiMerah #SelangorFC #Ejen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan