Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO SEMARAKKAN 'SEMANGAT LEBARAN KITA', TAMPILKAN PROGRAM HEBAT


SEMPENA
 
mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadanstesen penyiaran utama negara, Astro memilih tema 'Semangat Lebaran Kita' dengan pengisisn terbaik meliputi drama-drama tempatan berkualiti tinggi, segmen bual bicara berbentuk kerohanian, program-program gaya hidup, realiti dan rancangan istimewa untuk kanak- kanak dan filem-filem blokbuster.


“Ramadan pada tahun ini merupakan sesuatu yang istimewa buat umat Islam di seluruh Malaysia kerana sudah dua tahun kita semua tidak dapat meraikan sambutan bulan mulia ini dengan sempurna. Justeru itu, bagi mencetuskan semula semangat perayaan yang lama terpendam dan dirindui dalam hati kita semua.

‘Semangat Lebaran Kita’ telah kami angkat sebagai tema kempen Ramadan & Raya di Astro bagi tahun ini bersesuaian dengan transisi kita dalam beralih ke fasa baharu untuk bangkit dan pulih daripada gelodak ancaman pandemik," ujar  Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi pada Majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2022 baru-baru ini.

Menurut Azlin, demi menyemarakkan ‘Semangat Lebaran Kita’ untuk bulan Ramadan ini, Astro akan memeriahkan platform-platform televisyen, radio, aplikasi dan digital dengan menampilkan pelbagai bentuk rancangan baharu yang berkualiti merangkumi pengisian  dalam  pelbagai  genre  seperti  drama, komedi, kerohanian  pembelajaran, serta rancangan antarabangsa dan On Demand

Pengisian drama di Astro akan diteraju oleh drama bersiri ‘Jangan Menangis Cinta’ di slot Megadrama yang dibintangi Amyra Rosli dan Remy Ishak



‘Jangan Menangis Cinta’, terbitan SR One adalah penterjemahan layar nukilan Siti Rosmizah Semail, penulis ternama yang juga menghasilkan karya-karya hebat seperti ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’, 'Curi Curi Cinta' dan ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’. 

Di saluran yang sama, peminat drama juga dapat menyaksikan siri mini istimewa bertajuk ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ yang menampilkan Emma Maembong, Fikry Ibrahim dan Nadhir Nasar sebagai peneraju watak-watak utama. Drama-drama ini boleh ditonton di saluran definisi tinggi Astro Ria HD (104). 



Dendam Seorang Isteri’ pimpinan Sharulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One, adalah adaptasi drama bersiri Korea popular yang berjudul ‘Temptation of Wife’. Adaptasi ini akan menyaksikan persembahan Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja dan Aidit Noh. ‘Dendam Seorang Isteri’ akan tersedia di saluran Astro Prima HD (105). 

"Sebagai pelopor dan penyokong kandungan drama tempatan berkualiti tinggi, Astro sentiasa mengutamakan penulisan jalan cerita yang padu, penampilan pelakon-pelakon terhangat dan kerjasama bersama syarikat-syarikat penerbit termasyhur. Formula ini terbukti menghasilkan rancangan-rancangan bermutu yang diminati penonton," tambah Azlin.

Jelasnya, bukan sekadar dari segi lakonan, Astro juga menitikberatkan jalan cerita drama yang memberi dimensi yang lebih mendalam, dan mencerminkan pelbagai corak representasi lapisan masyarakat sebenar. Antara jalan penceritaan yang diketengahkan adalah seperti kisah anak syurga, pengkhianatan dan dendam, serta penderaan rumahtangga. 



Untuk memeriahkan lagi kempen Ramadan 2022, Astro juga telah melantik duta-duta ‘Semangat Lebaran Kita’ yang akan berinteraksi dengan penonton di laman jaringan sosial mereka tentang rancangan-rancangan kegemaran mereka. 

Duta-duta tersebut termasuk Danial Zaini, Erissa Puteri, Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Wafiy Ilhan, Wani Kayrie dan Yaya Zahir serta Upin & Ipin

Sepanjang bulan Ramadan 1443H, Astro terus berusaha menyajikan pengisian menarik lagi istimewa setiap hari buat tatapan rakyat Malaysia yang juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO di mana jua, pada bila-bila masa.  

Pelanggan-pelanggan Astro akan dapat menikmati pengisian ini dalam definisi tinggi menerusi Astro Ultra Box atau Astro Ulti Box. 



#AstroUltraBox #KempenRamadan #SemangatLebaranKita #OnDemand #AstroGo 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan