Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERMODALKAN RM360, PHYT0SCIENCE MAMPU UBAH HIDUP AZIZAH & SUAMI BINA 'EMPAYAR' BERJUTA



MEMANG benar, ‘berganding bahu’ itu lebih baik dari ‘makan’ seorang bahkan dalam dunia moden sekarang ini ungkapan seperti ‘disebalik kejayaan seorang lelaki/suami berdirinya seorang wanita/isteri di belakangnya’ tidak lagi seratus peratus relevan memandangkan kaum hawa sekarang mampu mencipta kejayaan lebih daripada kaum adam.



Kenapa Kak Fas berkata demikian?



Pertemuan dengan usahawan Phytoscience, Datuk Azizah Razali, 42, atau lebih mesra di sapa Zaza membuatkan Kak Fas berkata sebegitu dan anda harus membaca seterusnya ceritera menarik mengenai Zaza ini sekali gus mencontohi langkahnya.


Walau pun bergelar ibu tunggal, Zaza ketepikan rasa kecewa bahkan jiwanya yang kental sebagai anak petani membantu ayah dan ibu membanting tulang di sawah Bagan Serai, Perak menjadikan pemangkin untuk dirinya ditawarkan pengajian dalam bidang kejuruteraan komputer dan komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga berjaya membina empayar jutaan ringgit kini.


Perubahan 360 darjah berlaku apabila ibunya mengalami masalah kudis pada kaki ekoran sering turun ke bendang, Pelbagai cara dan rawatan dicari namun tidak berhasil sehinggalah seorang rakan mengesyorkan ibu mengambil makanan berasaskan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.



Dan setelah konsisten mengamalkannya selama tiga minggu,kudis semakin mengecut, bengkak semakin surut manakala luka pun kering.


Itulah ‘turning point’ buat Zaza waima sifat ingin tahu yang menebal dalam jiwanya membuatkan beliau melayangkan e-mel kepada penyelidik produk berkenaan untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai kebaikannya.


Yakin dengan pencariannya, Zaza tidak berfikir panjang lagi untuk meninggalkan kerja ‘makan gaji’ sebanyak RM1,800 sebulan untuk cuba berniaga jenama PhytoScience khususnya 'Crysytal Cell' secara dalam talian menerusi Facebook.


Pendek kan cerita, percaturannya membuahkan hasil cemerlang di mana bermodalkan RM360 beliau kini sudah di peringkat 'crown presiden' dengan perolehan jutaan ringgit melalui 700,000 ejen/stokis jualan di bawahnya.


Kini, bersama suami yang ditemui melalui laman sosial facebook dan berkahwin selepas sebulan berkenalan, Mohamed Awad, 32, dari Mesir, Zaza mensasarkan mampu memperoleh jualan RM50 juta menerusi Phytoscience khususnya produk 'Crystal Cell'.


Bersama Pengarah Urusan dan co founder PhytoScience Sdn Bhd di Bangi, Puan Sri Ela Tan (tengah) yang banyak memberi bimbingan dan sokongan kepadanya.


“Saya yakin mampu mencapainya ekoran kualiti produk hasil kajian dan pembangunan yang dilakukan selama 10 tahun," ujar Zaza sambil memberitahu Mohamed mengikut jejak langkahnya setelah melihat keberkesanan perniagaan yang diceburi.


Menurutnya, 'Crystal Cell' menggunakan bahan utama seperti sel stem daripada buah-buahan yang dikaji di Switzerland dengan menggunakan teknologi PhytoCellTech Active Ingredients yang telah dipatenkan.


“Sejak produk tersebut berada di pasaran tempatan pada tahun 2013, sambutan yang diterima amat menggalakkan.


AZIZAH bersama Mohamed di kampung 3 tahun lalu.
LIHAT perubahan wajahnya, Foto kredit: @zazarazali.


Mengakui keberkesanan produk dan jualan secara online amat berkesan, Mohamad yang selama ini tidak begitu yakin dengan sistem sedemikian akhirnya tewas apabila percubaan awalnya untuk mengikut jejak langkah Zaza membuahkan hasil.


"Segalanya bermula apabila melihat testimoni ramai di antara pengguna khususnya di Mesir memperlihatkan kesan positif terhadap Crystal Cell," kenang Mohamed.


Kini, sebagai usahawan Phytoscience, dalam jangka masa tiga tahun menceburinya, Mohamad sudah mampu berada pada tahap ‘black diamond’ dengan jualan mencecah AS$95,000. malah sudah mempunyai stokis rangkaian antarabangsa

di hampir 15 buah negara antaranya, Abu Dhabi, Amerika, Kuwait, Libya dan banyak lagi negara yang bakal diembusinya.



“Produk ini memang bagus malah orang ramai tidak perlu bimbang  tentang penghasilannya kerana Crsytal cell dihasilkan daripada ekstrak buah-buahan seperti epal, anggur dan bluberi,” ujar Mohamed yang rasa puas dan gembira dapat membantu masyarakat keluar daripada masalah kesihatan yang dihadapi mereka.


Menurutnya, sesiapa sahaja boleh mengamalkan produk ini kerana ia dikategorikan sebagai produk kesihatan dan makanan.


“Ia dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatan termasuk kulit dan awet muda serta menguatkan imunisasi badan. Kesan pemulihannya adalah kira-kira 14 hari bergantung kepada tahap kesihatan seseorang pelanggan itu,” tambahnya.


Bab testimoninya, masyAllah berpuluh-puluh gambar sebelum dan selepas memakan Crystal Cell ditunjukkan oleh Zaza yang bukan sahaja melibatkan penyakit kulit tetapi mampu memulihkan pesakit kanser apa jenis sekali pun.



Inilah yang Kak Fas maksudkan, kehidupan Mohamed yang sebelum ini hanya seorang yang membaiki kereta sudah bijak pula berniaga 'online' yang satu ketika dahulu tidak langsung dipercayai mampu dilaksanakan.


Berkongsi lanjut, Zaza menambahkata, mereka bakal membuka cawangan syarikat di Filipina sepertimana beliau melakukannya di India.


“Selama empat tahun saya di India memperkenalkan produk Phytoscience kepada penduduk di sana,” jelas Zaza sambil melahirkan rasa puas dapat membantu penduduk di India khususnya yang mempunyai sakit kronik pulih semula setelah mengamalkan pemakanan tambahan seperti Crystal Cell.



ZAZA memberikan penerangan tentang perniagaan dan kebaikan produk2 Phytoscience.


Tidak mahu ketinggalan di belakang, Mohamed terus aktif dan giat mempromosikan pemakanan Crystal Cell dengan pemahaman jika menceburinya pengguna bukan sahaja sihat tetapi mampu menjadikan impian satu realiti.


"Apa sahaja yang anda impikan contoh mahu sebuah kereta mewah, anda pasti mampu membelinya dengan menjadi sebahagian daripada ahli Phytoscience samada untuk makan sendiri atau jualan anda mendapat keuntungannya," cerita Mohamed panjang lebar dan penuh bersemangat.



Siapa sangka jodoh bersama Zaza yang dikenali dalam masa sebulan sebelum diajak berkahwin mengubah kehidupannya.


"Sebelum mengenali Zaza saya tidak tahu apa corak bisnes yang dilakukannya tetapi saya tertarik dengannya sebaik berkenalan di facebook bahkan selepas sehari  berkenalan saya terus ajak dia kahwin tetapi Zaza hanya bersetuju selepas sebulan," kenang Mohamed dalam ketawa kecil.


'Kami berkahwin di Mesir dan terkandas di sana selepas dunia dilanda COVID-19 tetapi perniagaan tetap berjalan memandangkan segala urusan tempahan dan pembelian produk Phytoscience dilakukan secara dalam talian.  


Sehubungan itu, selain negara di rantau Asia Tenggara, Phytoscience berkembang di 41 negara lain yang terlibat termasuk Egypt, Arab Saudi dan United Arab Emirates.


Jadi jika anda berminat untuk berjaya seperti Mohamed dan Zaza bolehlah ikut jejak langkah mereka kerana di samping anda membantu diri anda sendiri anda juga membantu menggembirakan orang lain sambil melalui gaya hidup sihat.


Maklumat lanjut boleh menghubungi talian 017-254 0088 atau tinggalkan komen pada ruangan dibawah untuk dihubungi.



#CrystalCell #Phytoscience #MakananTambahan #HidupSihat #PenyakitKulit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan