'HEALIFE' TAWAR RAWATAN ALTERNATIF, MODEN KE ARAH KEHIDUPAN MAMPAN
NAMA pusat kesihatan ini memang tepat pada maksudnya ‘Healife’ yang jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud ‘sembuhkan kehidupan’ atau dalam kata lainnya ‘sembuh nyawa’.
Apa pun kefahaman anda, ‘Healife’ merupakan sebuah pusat kesihatan yang menawarkan integrasi perubatan moden dan tradisional ke arah kehidupan dan kesejahteraan yang mampan.
Sejujurnya inilah pertama kali Kak Fas diperkenalkan kepada pusat kesihatan sedemikian di mana sebelum menerima jemputan untuk melawat ‘Healife’ yang bertempat di Menara Olympia, Kuala Lumpur, Kak Fas masih mempunyai pandangan yang samar-samar terhadap fungsinya.
Ada juga terfikir apakah ia sebuah pusat senaman untuk kecantikan tetapi sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu kaca ‘Healife’ di aras 2, baharulah lebih jelas apa jenis perniagaan yang dijalankan.
Kak Fas sahaja yang tidak sedar bahawa ‘Healife’ sebenarnya sudah beroperasi sejak tahun 2019 lagi dan merupakan satu-satunya pusat yang menawarkan gabungan rawatan moden dan tradisional.
Melangkah masuk seterusnya membawa Kak Fas melihat kiri kanan lorong dalamannya diisi dengan kira-kira 12 bilik rawatan lengkap dengan fasilitas berteknologi tinggi mengikut keperluan rawatan.
Untuk pengetahuan anda, ‘Healife’ di Malaysia hanya ada satu selain dua buah di Dubai dan sebuah lagi bakal dibuka di Qatar.
Barangkali atas eksklusivitinya itu, ia hanya disedari pelanggan yang mengetahui mengenai kewujudannya melalui percakapan dari mulut ke mulut waima kurang publisiti yang disiarkan.
Iyalah baharu lebih kurang tiga tahun beroperasi tentu mereka belum bergerak secara ‘full force’ untuk mempromosikannya waima sebuk dengan menguruskan rawatan barangkali atau pun mahu membina testimoni untuk menyakinkan pelanggan.
Lebih-lebih lagi pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Heallife, Dr. Reham Yousef, seorang warga negara keturunan Arab yang berhijrah ke Kuala Lumpur.
Selain itu mungkin pandemik COVID-19 membataskan sebarang perancangan promosi.
Untuk rekod, Dr. Reham memulakan kajian dan penyelidikan secara global bagi mencari jawapan bagaimana merawat dirinya sendiri daripada penyakit kronik dialami pada tahun 1997 di mana rawatan moden tidak begitu berkesan.
Beliau diperkenalkan kepada rawatan alternatif secara tradisional seperti hijama atau ‘bekam’ dan lain-lain.
Pada awalnya beliau sendiri kurang yakin namun atas desakan mahu pulih daripada penyakitnya, Dr. Reham mencuba cara alternatif dan tanpa diduga kesannya menakjubkan, beliau pulih sepenuhnya.
Keyakinan itu membuatkan Dr. Reham terus mempelajari rawatan alternatif di UK dan mula meneroka dunia perubatan alternatif yang tidak terbatas dan menarik perhatiannya itu.
Sehubungan itu sepanjang 20 tahun pengalamannya, beliau didedahkan dengan banyak isu mengenai amalan perubatan alternatif. Ada berpendapat rawatan sedemikian adalah ‘scam’ semata, tidak efektif dan berbahaya yang disebarkan oleh kalangan tidak berkelayakan.
Lebih malang apabila dalam komuniti perubatan alternatif sendiri, setiap pengamal hanya bekerja dengan pemahaman perubatan mereka sendiri, tanpa memberi penghormatan yang sewajarnya kepada pemahaman lain atau memahami mekanisme dan titik kekuatan mereka.
Bertitik tolak daripada situlah Dr. Reham bersama kumpulannya
bekerja berjam-jam untuk mencipta penyelesaian yang bertujuan untuk mengubah imej dunia perubatan alternatif iaitu, ‘Healife’.
Lahirnya ‘Healife’ tertumpa pada rawatan mengikut empat jenis kategori meliputi rawatan tradisional Cina, rawatan Arab, rawatan India (Ayurveda) dan rawatan moden.
“Di sini kami menawarkan rawatan mengikut penyakit yang dialami samada untuk kesihatan mahu pun kecantikan seperti kuruskan badan dan sebagainya,” ujar Pegawai Perhubungan Awam dan Pemasaran Healife , Sohaila Marmoush memulakan bicara.
Sebelum memanjangkan penerangan yang diiringi tayangan slides beberapa pesakit sebagai testimoninya kepada Kak Fas dan teman-teman media serta bloggers, Sohaila menambahkata, sejak beroperasi hampir keseluruhan pesakit yang mendapatkan rawatan dari Healife pulang dengan sihat.
“Semua rawatan dan jenis perubatan kami adalah efektif dan tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan. Pendek kata, kami banyak menerima testimoni positif daripada bekas pesakitnya yang pulih sepenuhnya,” tambah Sohaila.
Menyambung hujahnya, ahli fisioterapi kanan Healife, Komathi Anwaor yang turut tampil memberitahu, setiap rawatan yang dilakukan mengikut tahap penyakit pesakit samada kronik, masih di peringkat awal atau pun sekadar mahu menurunkan berat badan serta kelihatan cantik.
“Matlamat utama Healife bertujuan mencari punca setiap masalah yang dihadapi dan menyediakan penyelesaian yang kekal dan bukan hanya sementara bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit,” ujar Komathi sambil memberitahu setiap pelanggan yang hadir akan diberikan ujian kesihatan percuma sebelum mengenal pasti apa masalah dihadapi.
Baik Sohaila mahu pun Komathi, mereka sependapat pesakit tidak perlu bimbang mengenai rawatan yang diberikan kerana ia bukan menyakitkan bahkan memperkayakan lagi kesihatan mereka.
“Yakinlah kami mampu menawarkan penyelesaian komprehensif rawatan kepada semua menggunakan kaedah alternatif dan moden,” jelas Sohaila.
Di Healife, tambah Sohaila, pihaknya percaya mampu memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik dan ia terbukti daripada komen positif pesakit.
“Itulah sebabnya kami komited kepada pendekatan holistik terhadap perubatan yang menghubungkan anda dengan terapi yang betul dalam perjalanan ke arah kesihatan dan kesejahteraan yang mampan,” akhiri Sohaila sebelum membawa media melawat bilik-bilik rawatan yang tersedia.
Menurut Sohaila, kos rawatan bergantung kepada rawatan bagaimana yang perlu untuk pesakit iaiatu dalam lingkungan RM1,500 hingga RM5,000.
Pendek kata lagi, dari hujung rambut hingga hujung kaki, cerita sahaja apa masalah yang di hadapi, 'Healife' yakin ada jawapan penyelesaiannya.
Dengan wujudnya pakej program '100 days Rebirth', anda dijanjikan rawatan intensif selama 100 hari melalui 50 sesi rawatan menggunakan keempat-empat rawatan alternaitf, yang mana sesuai dengan keadaan pesakit.
Apa pun jika berminat dan ingin mencuba atau mendapatkan nasihat boleh menghubungi Healife di talian 03-2710 1024 atau layari laman web http:/ untuk lebih info terhadap apa bentuk rawatan yang disediakan di Healife.
Anda pasti akan terpegun!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan