JOM 'RIANG RIA RAMADAN' BERBUKA DI THE VENUE SHAH ALAM
'RIANG RIA RAMADAN', satu pilihan tema yang tepat oleh pengurusan THE VENUE Shah Alam bagi mempromosikan Buffet Ramadan tahun ini malah sudah tentu diharapkan semua umat Islam yang begitu lama tidak berpeluang berbuka puasa di luar bersama keluarga atau sahabat handalan.
Walau pun baharu setahun jagung sejak Kak Fas merasai Buffet Ramadan yang disediakan oleh The Venue Shah Alam tahun lalu namun masih terkenang rasa nikmat menjamu selera pelbagai lauk pauk di situ.
Jom baca kembali LINK IN.
Cuma bezanya tahun ini lokasinya berubah ke tempat yang lebih mudah dan senang dicari umum iaitu di kompleks membeli-belah tumpuan ramai, Plaza Alam Sentral.
Terletak di Aras 2, The Venue Shah Alam masih mengekalkan aura sama dalam menyambut Ramadan dengan ruangan yang luas sesuai dengan kehendak SOP supaya adanya penjarakan sosial apabila berkumpul.
Dengan ruang yang luas sudah tentu tidak akan berlaga bahu bila memilih juadah keinginan waima hiasan letaknya sudah memikirkan situasi kehidupan norma baharu sekarang ini apatah lagi COVID-19 pun dah beralih ke endemik daripada pandemik.
Yang penting wlaau pun Kerajaan sudah membenarkan rakyatnya menjamu selera di luar tanpa lagi sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun 'kita perlu jaga kita' dan 'lindungi diri'. Tak gitu?
Dan bersesuaian dengan tema 'Riang Ria Ramadan', The Venue Shah Alam tidak ketinggalan menampilkan selebriti kegemarannya seperti tahun lalu, Dee Jangan Ketawa.
Jangan bimbang, gelarannya sahaja 'jangan ketawa' tetapi Kak Fas percaya sesiapa yang mendengar celoteh dan gurauan Dee akan ketawa.
Selain itu, di samping anda menjamu selera, halwa telinga dihiburkan pula dengan aluman muzik 'live' daripada Band OJKustik.
Ok! Tentu anda tak sabar kan nak tahu apa hidangan yang ditampilkan kali ini?
Seperti kelazimannya, pengunjung yang berbuka di The Venue Shah Alam tahun lalu tentu mahu merasai masakan yang sama ya tak al maklum dah setahun tak rasa... sama kah rasanya?
Melihat pada 'line up' menu yang disediakan untuk pelbagai bangsa, Kak Fas percaya kerinduan anda untuk menikmati hidangan seperti tahun lalu termakbul.
Selain menu utama, The Venue tetap menyediakan 8 stall yang terdiri daripada :
- Nasi Arab Ayam Mandy
- Kambing Golek
- Aneka Mee Kak Mas
- Shell Out Seafood
- Apam Balik Abang Zam
- Pencuci Mulut & Buah-buahan
- Aneka Jeruk-jeruk
- Aneka Keropok
- Ulam-ulaman kampung dan pelbagai sambal
Terdapat menu lain yang disedakan malah akan berubah-ubah setiap minggu.
Jadi pelanggan yang datang akan dapat merasakan masakan yang berbeza- beza setiap kali hadir ke The Venue.
Iya lah kalau makan yang sama nanti jemu lak kan, ke ada yang suka yang tu je?
Apa pun selera anda, yang paling menarik perlu anda ketahui ialah sambil berbelanja Ramadan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.00 tajaan Ariani, Jakel, Empire Classic Furniture dan Tupperware.
Wah! Mana tahu tahun ini ada rezeki ya tak? Bolehlah berbelanja sakan menjelang Aidil Fitri ya tak?
Sebaiknya cepat-cepat membuat tempahan malah jika nak diskaun elok booking awal-awal sebelum 31 Mac ini kerana The Venue Shah Alam menawarkan harga tawaran awal atau kata orang Inggeris 'Early Bird'.
Promosi Harga Tawaran Awal (Early Bird) adalah RM66/orang (Dewasa), RM 46/orang (Kanak-kanak 5 – 12 tahun, RM600/meja (Grup 10 orang dewasa).
Dan sekali lagi nak ingatkan bahawa promosi ini sah sehingga 31 Mac 2021 sahaja.
Selepas itu, setiap tempahan akan kembali pada harga biasa iaitu RM88/orang (Dewasa), RM49/orang (Kanak-kanak 5 – 12 tahun), RM 800/meja (Grup 10 orang dewasa) dan PERCUME untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun.
Tahun ini The Venue turut membuka ruang kepada pelanggan korporat yang ingin meraikan staf atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup.
Sebuah ruang selesa dan tidak bercampur dengan tetamu lain disediakan pada harga pakej bermula daripada RM98/seorang dengan minima tempahan seramai 150 orang,
Selain itu, sejajar dengan bulan beramal soleh, The Venue menganjurkan program infaq kepada rumah rumah kebajikan di sekitar Shah Alam.
Melaluinya, pelanggan boleh menginfaqkan anak - anak ini untuk menjamu selera di Buffet Ramadhan The Venue atau pun memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit supaya dana yang dikumpul dapat digunakan untuk membeli-belah barang-barang keperluan Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak terbabit.
Jadi, pelanggan boleh menderma serendah RM60/orang untuk majlis berbuka puasa, atau pun RM50/orang untuk barang – barang keperluan Hari Raya.
Untuk rekod, The Venue juga merupakan Event Space terkenal di Shah Alam yang menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya.
Pakej Perkahwinan contohnya, ditawarkan pada serendah RM12, 999 untuk 200 orang dan RM27, 999 orang untuk 1,000 orang.
Pakej lain-lain serendah RM 63/orang (Min 150 orang) sesuai untuk majlis seperti hari lahir, tuning, nikah, seminar dan sebagainya. Kesemua dewan kami dilengkapi dengan PA system In-House.
Bagaimana pun, kesemua pakej akan mula dilaksanakan pada bulan Mei 2022. malah turut dilanjutkan pada 2023.
Dan bersempena dengan Ulangtahun Ke- 7 , The Venue Shah Alam, menawarkan promosi Rebat RM1000.00 untuk setiap pelanggan yang mengambil minimum pakej 500 orang.
Pelanggan boleh lawati laman Facebook dan Instagram The Venue Shah Alam untuk melihat gambar dan video majlis yang lepas.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan pelanggan boleh terus lawati websitenyai atau menghubung talian :
018 – 205 1492 (Faridah) 019 – 8585 825 (Lisz)
014 – 250 8160 (Bard) 013 – 247 3767 (Safwan)
#TheVenueShahAlam #BuffetRamadan #PromosiEarlyBird #BerbukaPuasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan