Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUMPULAN AMYLEA KONGS REZEKI, LANCAR 'DREAM CURVE' PENYELESAIAN BERAT BADAN



SEPERTI temanya, ‘Glamorous & Tuxedo’,  Majlis  Malam Apresiasi Mylea 2020 & 2021 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Terengganu pada malam semalam (13 Mac 2022) berlangsung meriah dengan rata-rata tetamu yang hadir bergaya mengikut tema.



Anjuran Amylea Group Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan jenama ‘Mylea’, majlis yang sebenarnya dirancangkan pada tahun 2020 tetapi terpaksa ditunda gara-gara pandemik COVID-19  akhirnya berjaya direalisasikan pengasas Mylea, Amylea Farhana dan Mohd Fakhrulrazi.



Selain meraikan para ‘fighter (rakan niaga), ejen-ejen dan kakitangan Kumpulan Amylea, majlis jamuan malam turut menyaksikan pelancaram produk  ‘Dream Curve’ dalam pembungkusan baharu oleh Amylea dan Mohd Fakhrulrazi.



Dream Curve merupakan minuman campuran berperisa Hazelnut Latte  di mana minuman ini memberi fokus terhadap penyelesaian masalah berat badan.


“Dream Curve kini diberi nafas baharu dengan kombinasi jus minuman detox dan meal replacement di dalam satu kotak, “ ujar Amylea.


Di samping itu, Amylea tidak ketinggalan menyampaikan penghargaan kepada lapan individu yang sama-sama mencapai sasaran meningkatkan jualan Mylea sepanjang tahun 2021 termasuk dua orang kakitangan Mylea yang menunjukan prestasi cemerlang kepada syarikat.


Apakah pengharaan itu?


Iya… kesemua mereka menerima pakej umrah meliputi empat orang ‘fighter’, dua orang ejen dan selebihnya staf Mylea sendiri yang tidak kenal erti penat lelah untuk bersama membangunkan Kumpulan Amylea kepada tahap yang membanggakan sekarang.



Bagi kategori fighter, penerima yang mencapai sasaran jualan sepanjang 2020 adalah: 


  1. Azliza Binti Ibrahim  RM1,889,639.00, 2021- RM 2,559,529.00.
  2. Ahmad Firdaus Bin Mohamad - RM1,044,848.00, 2021- RM
    1,672,030.000)
  3. Hf Stylish Enterprise  - RM1,607,414.80,2021-RM1,430,155.00
  4. Ahmad Zakhirie Bin Mohamad - RM958,602.00, 2021- RM
    1,112,543.00.

Untuk kategori ejen, penerimanya:

  1. Najihah binti Yusof - RM262,421.40, 2021- RM 419,413.75
  2. Wan Normalini binti Wan Ghani - RM299,119.30, 2021- RM
    279,986.64

Dan akhir sekali, bagi kategori kakitangan, penerimanya terdiri daripada: 

  1. Muhammad Danial Firdaus bin Mat Nasir  - RM1,923,343.00, (2021) - RM 754,014.00
  2. Mohd Aniq Asymawi Bin Mohd Tarmizi - RM963,453.00, 2021- RM 562,455.55

“Bagi tahun 2020, hadiah pakej umrah telah diberikan berbentuk wang tunai sebelum ini memandangkan majlis makan malam tidak dapat diadakan dan pada malam ini hanya diberikan reward atas pencapaian bagi tahun 2021 sahaja,”  jelas Amylea berhubung hadiah penghargaannya itu.



Majlis makan malam turut menyaksikan penyampaian hadiah cabutan bertuah bagi peraduan Gores & Menang sempena pelancaran New Advanced Formulation Mylea Freckles Serum yang telah diadakan baru-baru ini.



Pemenang akan membawa pulang sebuah motosikal MW 110 dan sebuah telefon pintar. 


Wah! Berbaloi kan! 

Baca artikel berkaitan ‘Mylea’ DI SINI atau LINK INI.



#Mylea #MyleaAppreciationNight2022  #DreamCurve #Serum #Produk #Amylea


Tiada ulasan:

Catat Ulasan