Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SUKE TV, MRANTI NEXUS METERAI PERJANJIAN PASARKAN PRODUK TEMPATAN SAHIH TULEN


RANGKAIAN
siaran tempatan SUKE TV menandatangani kerjasama bersama MRANTI Nexus dalam penjualan produk lokal melalui platform secara dalam talian dan televisyen sekali gus memperkasakan bidang perniagaan tempatan.



Buat permulaan, MRANTI Nexus akan mengeluarkan lima produk di bawah jenama ‘Herbs Garden’ meliputi kapsul Pegaga, kapsul Olive +, kapsul Misai Kucing, kapsul Peria dan kapsul Hempedu Bumi.


Lima produk Herbs Garden keluaran Mranti Nexus yang akan diperkenalkan.


“Dengan kehadiran MRANTI Nexus, tiada halangan untuk merealisasikan pencapaian visi kami untuk terus mengukuhkan idea usahawan tempatan, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga di mata dunia. MRANTI Nexus merupakan perintis industri yang memiliki kepakaran dan kemudahan, dan kami berasa amat bangga dengan kerjasama yang termeterai,” ujar Pengerusi SUKE TV,  Dato AC Mizal pada majlis menandatangani  memorandum perjanjian kolaborasi pembuatan bersama MRANTI Nexus dan SUKE TV baru-baru ini.


Turut hadir Pengasas dan Pengarah SUKE TV Datin Emylia Rosnaida; Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Dzuleira Abu Bakar, Ketua MRANTI Nexus, Muhamad Husni Md Zain serta barisan pengurusan kedua-dua belah pihak. 


Dari Kiri: Emylia Rosnaida, AC Mizal, Dzuleira Abu Bakar, Muhamad Husni Md Zain dan Syed Zulkifli Syed Ismail, Ketua Pegawai Perniagaan MRANTI Nexus semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi Pembuatan antara SUKE TV dan MRANTI Nexus. 


Berkongsi lanjut, AC Mizal, 50,  atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, memberitahu, dengan kerjasama tersebut ia menyaksikan kedua-dua pihak berganding bahu dalam menyokong usahawan tempatan untuk mempercepatkan kemasukan inovasi mereka ke pasaran.


“Kami hanya menjual dan menyediakan produk-produk yang tulen hasil buatannya, sebab itu kami percaya produk keluaran MRANTI Nexus tidak diragui lagi kesahihan dan halal toyiibannya,” tambah AC membayangkan mampu menarik perhatian ramai pengguna apabila jualannya mula disiarkan di SUKE TV mulai akhir bulan Mac ini waima lebih kurang 20 juta penonton mengaskses siaran digital MyFreeview.


Idea unik SUKE TV untuk membawa pengalaman membeli-belah terus ke rumah pelanggan melalui saluran hiburan televisyen diyakini akan menyumbang kepada peningkatan penglibatan penonton, jualan dan pemasaran produk-produk buatan Malaysia. 


“Melalui visi dan usaha SUKE TV ini, peniaga tempatan kini memiliki akses yang lebih mudah, senang dan berpatutan untuk pengiklanan dan pemasaran produk- produk mereka di televisyen mahupun digital. “ tambah AC Mizal dengan harapan mensasarkan jualan mampu mencecah sekurang-kurangnya 10 peratus daripada  pendapatan kasar sebanyak hampir RM600 juta yang diraih oleh saluran membeli-belah tv pesaing.


Dalam pada itu, AC Mizal memberitahu, seramai 60 artis-artis di bawah SUKE TV akan bertindak sebagai rakan kongsi untuk mempromosikan produk di sosial media masing-masing.


“Kami akan berkongsi hasil jualan bersama mereka kerana mereka bukan bertindak sebagai ‘duta produk’ tetapi rakan niaga SUKE TV dan memperoleh pendapatan,” jelas Pengacara Lawak Paling Popular Anugerah Lawak Warna 2015 ini.


Antara golongan artis SUKE TV yang hadir.


Sementara itu, Muhamad Husni Md Zain, menzahirkan keyakinan beliau terhadap peluang kerjasama MRANTI Nexus dengan sebuah organisasi yang inovatif seperti SUKE TV untuk penambahbaikan sektor perniagaan tempatan. 


“MRANTI berpandukan kepada pertukaran “Idea ke Impak” melalui penyediaan sokongan dan kerjasama erat dalam membantu penyelidik dan usahawan membangunkan produk dan solusi mereka lebih segera ke pasaran, serta menjadikan ia lebih tersedia, mampu milik dan senang diakses pelanggan,” ujar Muhamad Husni sambil memberitahu telah membantu  lebih kurang 400 usahawan tempatan menghasilkan produk masing-masing.


Menurut beliau, pihaknya percaya lebih ramai inovator dan usahawan tempatan akan mendapat manfaat daripada platform SUKE TV demi menjangkau pasaran yang lebih luas.


MRANTI Nexus menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan makmal, perkhidmatan kawal selia dan pendaftaran produk, perekaan dan pembangunan produk, pembungkusan produk, peralatan pengeluaran gred tinggi serta perkhidmatan OEM produk teknologi bio dan herba.” akhiri Muhamad. 


Untuk rekod SUKE TV, yang akan dilancarkan secara rasmi tahun ini, telahpun berjaya merangkul anugerah pertamanya melalui penamaan Dato' AC Mizal antara '100 Top Young CEO 2021 Lifetime Achievement Icon' dalam industri hiburan dan perniagaan. 




#SUKETV #MRANTINexus #ProdukTempatan #Usahawan #SiaranDigitalTVWeb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan