Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SUPERCUBE RAIH UNTUNG BESAR, LAHIR 15 JUTAWAN, TAK GENTAR PESAING!

SUPERBYTES... produk terbaharu Supercube.


JENAMA ‘Supercube’ satu nama yang memang ‘cute’ seperti produknya tetapi mungkin ada yang belum mengenali secara dekat apa kah dia ini?


Sejujurnya Kak Fas pun baharu mengenali jenama ini namun yang menariknya walau pun baharu setahun jagung berada di pasaran dalam talian,’supercube’ telah meraih lebih RM20.5 juta jualan malah mensasarkan sehingga RM30 juta menjelang akhir tahun 2022.


“Pada tahun ini, kami mensasarkan jualan lebih RM30 juta dan dalam masa lima tahun ini, visi kami adalah untuk menjadi platform terbesar yang membantu usahawan untuk mula berniaga dengan produk-produk berkualiti tanpa modal tanpa risiko dan tanpa pengalaman,” ujar Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Supercube International Sdn.Bhd, Hayfa Amira Ahnad Kamal, 34, ketika ditemui bersama suaminya sebagai pengasas bersama merangkap pengarah, Aizuddin Alif Yusof pada majlis meraikan  pencapaian jualan 2021 melebihi RM20.5 juta  bersama 'Supercube Family' di Grand Dorsett Subang baru-baru ini,


Seramai 15 orang jutawan Supercube  dijemput menerima anugerah berprestij dalam majlis berkenaan yang turut dihadiri pelakon Amyra Rosli selaku wajah pengguna Supercube manakala tetamu di hiburkan dengan persembahan penyanyi Hazama serta violinis berbakat, Aqmal Daniel.



Menurut Hayfa,  kesemua jutawan yang terpilih telah mencapai jumlah sasaran jualan yang ditetapkan walaupun baru setahun berroperasi malah  Supercube kini sedang membantu lebih 26 ribu usahawan untuk bersama-sama membina perniagaan mereka dengan Supercube. 


“Ramai yang takut dengan platform berniaga berpasukan kerana dari dulu platform sebegini kebanyakannya berisiko tapi kami di Supercube tidak meletakkan risiko itu kepada anda, kami hanya mahukan komitmen untuk menjadi Usahawan, Jutawan dan Dermawan bersama-sama Supercube,” tambah Hayfa sambil memberitahu, Supercube ditubuhkan atas rasa simpati kepada masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid19 pada tahun 2020. 


Sejak itu, jelas Hayfa, syarikat merangka sistem perniagaan Supercube yang boleh bantu orang mula berniaga tanpa kos, tanpa sebarang risiko dan tanpa perlu uruskan pengeposan.




‘Kami bantu mereka .yang langsung tiada pengalaman berniaga dengan menyediakan kelas-kelas perniagaan,” sambung Hayla dalam nada puas.


Dalam majlis yang sama, Supercube turut melancarkan produk terbaharu, Superbytes, sejenis coklat putih campuran oat dan kurma yang boleh membekalkan tenaga ketika menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan. 


Supercube kini memiliki tujuh jenis produk termasuk yang dilancarkan pada malam ini. Empat jenis Supercube Molasses Herbs Drink merupakan minuman pertama herba dalam bentuk kiub, Soothe Mist minyak angin natural moden, Teresak Exfoliator skrub yang diinpirasikan dari mandian herba ibu berpantang dan Superbytes, snek kiub yang sangat sesuai utk dimakan sewaktu sahur. 



Sementara itu, penerima Anugerah Jutawan Supercube 2021 yang berjaya mencaoai jualan sehingga lebih RM5 juta melalui sokongan ejen-ejen Rocketeers seramai lebih kurang 5,000 berharap dapat melahitkan lebih ramai ‘leader’ yang mampu bergelar jutawan sepertinya,


“Saya dulu hanya surirumah biasa sahaja dan selepas diperkenalkan kepada Supercube dan menjadi ejen tanpa modal, saya mampu meraih  pendapatan hingga 5 angka sebulan dalam tempoh tiga bulan jualan,” kenang Nadrah yang juga. menerima


Malah ibu kepada tiga anak berusia antara 4 hingga 11 tahun ini bersyukur dengan kejayaannya itu beliau mampu membelikan ayah dan ibunya sebuah kereta manakala dapat membawa suami bersama mengerjakan umrah.


“Impian saya selepas ini ingin membeli sebuah banglo mewah sebagai tanda usaha saya selana ini tida sia-sia waima keputusan diambil untuk berniaga Supercube adalah tepat walau pun sebelum ini pernah kecundang dalam beberapa bisnes lain diceburi,” ujar Nadrah dalam nada gembira dengan pencapaian yang tidak disangkakannya itu setelah bertungkys lumus meyakibkan pembeli mengenai kebaikan produk dengan pelbagai fungsinya.

 

“Bagi mereka yang mengalami masalah imsonia, Supercube Osmanthus & Roses terbaij,” akhiri Nadrah yakin.



#Supercube #Superbytes #Roxketeers #Hazama #AmyraRosli #HayfaAmiraAhmad



1 ulasan:

  1. Hai semua, saya Syima agen Supercube. Jika berminat nak cuba supercube atau nak jadi agen, boleh whatsapp 019-9593125

    BalasPadam