Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TERAS, FOOD MARKET BANTU USAHAWAN ASNAF SELANGOR MELALUI 'SAPOT ASNAF, SAPOT LOKAL'


TERAS
dan FOOD MARKET bergabung dengan satu tujuan -  membantu dalam membangunksn perniagaan usahawan asnaf fakir  dan miskin di Selangor.


Tujuan murni dicetuskan TERAS (Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd), yang merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor direalisasikan melalui program ‘Sapot Asnaf, Sapot Lokal’ dengan pelancarannya disempurnakan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin baru-baru ini.


Bertempat di Food Market, sebuah pasar raya mini terletak di Wangsa Melawati milik Engku Isa Al-Husam atau lebih mesra disapa Engku Husam, turut hadir menemani Tengku Permaisuri Selangor memotong riben di kotak hamper sebagai gimik perasmian terdiri daripada antaranya Dato Bakhtiar Hussin, Ahli Lembaga Pengarah TERAS; Dr. Hj Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); Mohd Hasnul Redza Abd Rahim, Pengurus Besar TERAS dan Hj Saipolyazan Mat Yusop selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS).


Acara yang berlangsung ringkas dan padat menitikberatkan Prosedure Operasi Standard (SOP) menyaksikan Tengku Permaisuri kemudiannya diberikan taklimat ringkas mengenai program TERAS serta produk dan projek yang telah dijalankan.


Tengku Norashikin kemudiannya diiringi Engku Husam meninjau produk-produk lokal yang dijual melalui platform FOOD Market khususnya yang dihasilkan oleh usahawan asnah di negeri Selangor serta beramah mesra bersama usahawan Asnaf yang hadir.



“Program ini merupakan satu initiatif daripada pihak TERAS dalam membantu usahawan asnaf fakir dan miskin di Selangor agar berjaya keluar daripada status asnaf tersebut,” ujar Dato Bakhtiar.


Menurut beliau, dengan kerjasama yang dihulurkan pihak FOOD MARKET, ia membuka peluang kepada usahawan terbabit menghasilkan sebuah hamper korporat ysng boleh dibeli orang ramai atau syarikat bagi kegunaan khususnya semasa perayaan atau lain-lain majlis.



“Selain itu, program ini mengetengahkan produk usahawan asnaf di platform FOOD MARKET secara dalam talian bagi memberi pilihan kepada orang ramai melihat produk-produk yang disediakan oleh para usahawan asnaf ini,” tambah Bakhtiar.


Meninjau ke dalam FOOD MARKET, Kak Fas agak tertarik dengan hiasan dalamannya yang cukup teratur dan kreatif.


Belum pernah Kak Fas memasuki sebuah pasar raya mini yang ‘ambience’ dalamannya terasa selesa dan menarik apa tah lagi di hujung kanan dinding belakang dihiasi dengan lukisan wajah Seniman Agung Negara, Tan Sri P, Ramlee dan pasangan pelakonnya, S. Shamsudin yang popular dalam filem lagenda ‘Nasib Si Labu Labi’.



Di sudut ini terletaknya jualan biskut ‘cicah kopi’ dan ‘majerin gula’. Memang ini antara biskut kegemaran Kak Fas bila minum kopi… harus cicah gitu haha!


Selain itu terdapat pelbagai jenis makanan tradisional sejuk beku dalam pek yang tidak kurang ada standard antarabangsa kata orang antaranya seperti kuih seri muka, kuih lapis, talam gula melaka malah keropok lekor pun ada.


Bagi yang mencari lauk pauk masak segera pun ada seperti Ayam Masak Ros, Kari Ayam Kentang, Ayam Percik,  Udang Harimau Masak Lemak, Sambal Kerang, Daging Masak Hitam, Oxtail Asam Pedas juga  ikan ikan pekasam.


Pendek kata, semuanya ada tinggal lagi nak panaskannya sahaja samada ada perangatkan, goreng atau kukus.


Dalam pada itu jika nak rempah ratus dan pes pes segera pun ada antaranya seperti Rempah Kari Kepala Ikan, Aysm Goreng Arabica, Nadi Mandy Arabica, Rempah Panggang Kambing Tunisia mahu pun Nasi Bukhari Al-Hadad dan banyak lagi.



Memang mudah sangat membeli-belah di sini kerana kebanyakannya barang-barang dapur semua ada termasuklah makanan pemanis dan minuman seperti ‘puding raja’, teh serai wangi dan aneka jus.


Keseluruhannya memang ‘tip top’ lah pasar raya FOOD MARKET ini ... sepadan namanya memandangkan produk produk yang dijual seperti anda berada di sebuah pasar gayanya.


Jika tak percaya apa kata waze sahaja ke alamat No 8, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, malah jika rasa agak-agak sukar nak ke sana atau tiada kenderaan mahu pun sangat sebuk boleh sahaja membua6t tempahan secara dalam talian melalui foodmarket.my atau layari terlebih dahulu ke laman sosial Instagram @food.market atau facebook Foodmarket.


Bak kata taglinenya ‘Kalau Malas, Biar Kami Hantar’, jadi apa lagi tempah segera jika ada makanan yang anda teriingin dalam kategori-kategori yang disediakan -  Makanan basah, Makanan beku kering dan Aneka Buah-buahan.



Sambil berbelanja kita beramal dengan ‘sapot asnaf, sapot lokal’.  


Boleh KLIK SINI    


Kak Fas: Turut terjebak beli seri muka, biskut cicah kopi dan Rendang Dendeng Perak sebagai permulaan dan lepas ni tahu lah di mana nak memperoleh apa lagi yang teringin kerana semuanya ada di FOOD MARKET. Terbaik lah!



#FoodMarket #SapotAsnafSopotLokal #TengkuNorashikin #TERAS #MAIS #Produk


Tiada ulasan:

Catat Ulasan