UiTM, JV AUTO LUBE METERAI PERJANJIAN JALANI UJI KAJI BENDALIR
Berlangsung di Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam pada Rabu, 16 Mac 2022, majlis menandatangani Memorandum Persefahaman itu sempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UiTM, Prof Ts Dr Norazah Abdul Rahman (gambar atas, dua dari kiri) dan Pengarah Urusan JV Auto Lube Sdn Bhd, Mohmd Zaidi Mohmd Squade (dua dari kanan).
Turut hadir Dekan (Jaringan Industri, Komuniti & Alumni ICAN, UiTM, Prof Dr, Hamidah Mohd Saman (kiri) serta Ketua Pegawai Eksekutif JV Auto Lube Sdn Bhd., Muhammad Razali (kanan).
Sebaik pertukaran dokumen dilaksanakan, majlis turut menyaksikan penyerahan mok cek bernilai RM45,000 daripada JV Lube Sdn Bhd kepada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM bagi menjalankan kajian dan penyelidikan ke arah menghasilkan pelincir bendalir yang sama tinggi kualitinya dengan buatan antarabangsa.
“Ia merupakan geran bagi menjalankan kajian menghasilkan data dan penemuan saintifik antara pihak industri dan penyelidik UiTM,” ujar Mohmd Zaidi ketika ditemui.
Jelasnya, antara objektif program adalah untuk melahirkan tenaga pakar dalam industri sekali gus membuktikan bahawa orang Malaysia, khususnya Bumiputera mampu bersaing ke peringkat global.
Zaidi berpendapat pemilihan UiTM sebagai rakan kolaborasi dilihat tepat memandangkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal mempunyai peralatan canggih untuk membuat kajian.
“Tiada universiti lain yang mempunyai peralatan canggih sebaik yang dimiliki UiTM malah sebagai alumni UiTM sudah pasti saya memilih untuk bekerjasama dengan universiti ini,’ tambah Zaidi sambil memberitahu, JV Lube yang kini mempunyai 9 jenis produk berkaitan industri automatif mensasarkan dapat melipat gandakan jualan sehngga RM600,000 dengan wujudnya formula bendalir baharu yang akan diciptakan sepanjang tempoh 18 bulan kolaborasi dimeterai.
Tambahnya, menerusi penyelidikan tersebut, antaranya, ia diharap dapat menyelesaikan isu kekurangan pakar tempatan dalam industri automatif khususnya dalam mencipta bendalir buatan tempatan yang sama nilai dengan produk luar negara.
“Kita mahu mencari dan menghasilkan satu formula bendalir tempatan yang sesuai untuk semua jenis kenderaan waima minyak minyak pelincir buatan luar negara, ada yang tidak sesuai dengan iklim Malaysia dan menyebabkan kereta cepat rosak sebelum tempoh yang sepatutnya,” jelas Mohmd Zaidi.
Sementara itu, Dr Norazah menyambut baik kolaborasi yang dimeterai bersama JV Auto Lube dengan menyifatkannya bagai 'sirih pulang ke gagang' dimana Mohmd Zaidi merupakan alumni UiTM.
Untuk rekod, tahun lalu, UiTM mendapat geran keseluruhan untuk pendidikan sebanyak RM55 juta manakala geran industri sebanyak RM7 juta.
“Melalui kolaborasi ini diharap pelajar memperoleh manfaat sebagai ejen kepada syarikat sekali gus mendapat ‘ direct mentor’ bagi mereka mempelajari ilmu keusahawan yang merupakan antara kurikulum pelajar,” ujar Dr. Norazah sambil memberitahu kolaborasi yang dimeterai selama 18 bulan berkemungkinan boleh disambung selagi dikehendaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan