AEON AGIH 1,200 BUBUR LAMBUK, RAI KANAK-KANAK MEMERLUKAN
Anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang bergambar bersama wakil daripada AEON, Majlis Perbandaran Kajang dan Yayasan AEON Malaysia. |
ADANYA Ramadan, adalah Bubur Lambuk. Pendek kata, Ramadan dan Bubur Lambuk bagaikan 'lagu dan irama' berpisah tiada.
Masakan ini sudah menjadi wajib disediakan untuk diagih-agihkan kepada orang ramai mahu pun dijual di gerai-gerai Ramadan dan selari dengan itu juga ia sering menjadi aktiviti utama pada majlis majlis meraikan anak-anak yatim mahu pun pertubuhan kebajikan pilihan pihak Masjid, badan korporat atau individu-individu yang berhajat.
Dan baru-baru ini Kak Fas berkesempatan menghadiri program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti bertempat di AEON Big Bandar Tun Hussein Onn kira-kira 20 km daripada kediaman Kak Fas.
Sejujurnya ini pertama kali Kak Fas sampai ke AEON Big Bandar Tun Hussein Onn.
Iyalah kan jauh tetapi disebabkan undangan yang diterima daripada AEON CO (M) Bhd yang tidak putus-putus menjemput Kak Fas hadir ke setiap majlis AEON, maka Kak Fas gagahkan juga meredah lalu lintas yang sentiasa sebuk jika ke arah Cheras-Kajang.
Tetapi alhamdullilah, pada hari majlis dianjurkan dengan kerjasama AEON BIG (M) SDN Bhd., ia jatuh pada hari cuti umum bagi menyambut Nuzul Quran, jadi tidaklah sesak sangat lalu lintas ke arah sana.
Pun begitu, aplikasi waze sangat membantu mencari jalan menuju AEON Big Bandar Tun Hussein Onn dan akhirnya terciptalah satu rekod pencapaian Kak Fas sendiri yang akhirnya sampai juga ke lokasi dituju...😊😁!
Apa pun. di sebuah khemah yang dipasang di perkarangan luar AEON Big berkenaan sudah dipenuhi dengan lebih kurang 50 orang anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang serta para jemputan.
Dari kanan: Iskandar Sarudin, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dab Haji Najmuddin Jemain sama-sama menyediakan bubur lambuk. |
Namun terdahulu, program utama bermula dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di mana AEON bersama-sama dengan MPKj serta disokong oleh komuniti setempat telah mengadakan aktiviti memasak Bubur Lambuk untuk diagihkan kepada lebih kurang 1,200 pengunjung pasar raya tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat, AEON, Dr. Kasuma Satria Mat Jadi dalam ucapan ringkasnya memberitahu program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuni akan terus dianjurkan secara berperingkat sehingga 24 April 2022 di cawangan AEON dan AEON BiG di seluruh negara.
DIRAKAM menggunakan Samsung A535G. |
Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif kelestarian untuk negara, AEON Sayap Bagimu dengan aspirasi untuk menyokong satu sama lain, berkongsi rezeki dan mengukuhkan kerjasama dengan komuniti dan ekosistem AEON.
“Kami berasa amat bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang sentiasa rapat di hati kami. Kami yakin Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah di antara AEON dan masyarakat setempat. Inisiatif ini juga ialah untuk menzahirkan penghargaan kami terhadap sokongan berterusan daripada para pelanggan AEON,” tambah Dr. Kasuma sambil menambahkata, sebanyak lebih kurang 50 ribu bekas Bubur Lambuk akan disediakan secara gotong royong oleh kakitangan AEON dan mereka yang terlibat untuk diagihkan.
Turut hadir Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi, AEON; Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua, AEON BiG; Ustaz Dr. Fairuz Mohamad, Nazir, Masjid Bandar Tun Hussein Onn; Datuk Haji Othman Abdul Latiff, Pengerusi, Surau Al Amin; Haji Kamal Sahid, Pengerusi, Madrasah Cheras Perdana; Dr. Haji Mohamad Abd Manap, Pengerusi, Surau Al-Ansar; Azman Mohamed, Pengerusi, Surau Al Fathonah; Haji Rosmidi Mat Dah, Pengerusi, Surau Annur Taman Kasturi; dan Haji Muzaffar Mohd Anas, Pengerusi Surau As Siddiq.
Bersama mereka adalah Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen.
Seperti sedia maklum program sebegini adalah sejajar dengan usaha AEON memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - 16 yang menggalakkan masyarakat aman dan inklusif untuk pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang bertanggungjawab dan inklusif serta berkesan di semua peringkat.
#AEON #ProgramBubukLambukBersamaKomuniti #MAF #AEONBig #Sumbangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan