AINAA CLINIC BANGUN SELEPAS DICACI HAMUN, HAFIZ & AINAA BUKTIKAN MAMPU BERTAHAN
MEMBUKA sebuah klinik aesthetik bukanlah seperti membuka bisnes kebiasaannya apatah lagi jika pengurusan di sebalik perniagaan itu bukannya seorang doktor atau pakar kecantikan.
Situasi inilah yang membuatkan pasangan suami isteri, Nursyafiqah Aina Binti Abdul Wahab atau lebih mesra disapa Syafiqah Aina dan Abdul Hafiz Harisuddin bin Mahamad atau Hafiz Mohamad alami ketika berhasrat membuka klinik rawatan kulit yang dinamakan ‘AINAA Clinic’.
Sempena nama isteri tercinta, AINAA Clinic yang ditubuhkan di bawah syarikat Klinik Ainaa Sdn Bhd merupakan Klinik Perubatan Swasta dan Klinik Aesthetic milik Hafiz dan Syafiqah bersama teman mereka, Norazura Md Posdzi (dua dari kiri).
Untuk rekod, penubuhan AINAA Clinic merupakan idea awal diimpikan oleh Hafiz dan Syafiqah yang mula bertapak dalam perniagaan melalui syarikat AINAA Empire Sdn Bhd dengan produk Ainaa Beauty pada tahun 2018.
Selari dengan misi "Kejayaan Demi Kebahagiaan" yang digunakan, AINAA Beauty sentiasa berpegang kepada misi untuk membantu lebih ramai masyarakat yang mempunyai masalah kulit mendapatkan kulit yang sihat demi meningkatkan keyakinan diri mereka.
Dan setelah hampir 5 tahun mengusahakan AINAA Beauty, AINAA Empire Sdn Bhd melebarkan sayap dan empayarnya dalam bidang aesthetics pada tahun 2022 ini dengan penubuhan AINAA Clinic yang dibantu oleh dua orang doktor bertauliah dalam bidang Aesthetics, Dr Nurmaliza Abdul Halim dan juga Dr Siti Amirah Binti Abdul Aziz serta dibantu oleh tiga pakar kecantikan terlatih.
DR. Amira (kanan) antara pakar aesthetic yang mengendalikan rawatan kulit di AINAA Clinic. |
“Jadi orang ramai tidak harus ragu-ragu tentang rawatan yang diberikan kerana ia ditangani kalangan doktor dan profesional,” ulang Hafiz sambil memberitahu sebagai peniaga beliau menubuhkan sebuah klinik setelah yakin berupaya membantu lebih kurang 5,000 usahawan dibawahnya berkembang.
“Saya merancang untuk membuka cawangan klinik AINAA dalam tempoh setahun akan datang tetapi akan dikendalikan oleh usahawan AINAA Beauty yang benar-benar berminat,” ujar Hafiz yang membelanjakan lebih dari RM1 juta untuk merealisasikan impiannya dan isteri memiliki sebuah klinik.
Daripada tona bualan kedua-dua pasangan suami isteri ini dapat dirasai beban yang dipikul malah airmata yang mengalir sebaik sahaja mengenangkan pahit maung yang dilalui sejak berhasrat menubuhkan klinik cukup hiba tetapi bak kata pepatah 'berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul'.
“Kami dicaci dengan pelbagai gelaran, founder sampah lah, insta femes yang ambil kesempatan lah dan macam macam lagi tetapi disebabkan kecintaan kepada bidang yang kami ceburi dengan hasrat membantu usahawan-usahawan yang bersama mengusahakan jualan produk Ainaa, kami gagah melangkah,” kongsi Hafiz sependapat dengan isterinya.
Apa pun kini, dengan tersergam indahnya Klinik AINAA yang terletak di Ostia Bangi sudah cukup membuktikan segala kerja keras dan pengorbanan yang dilalui Hafiz, Ainaa serta rakan usahawan mereka Norazura berbalas.
Ketika meninjau ke dalaman klinik sewaktu pembukaan pelancarannya baru-baru ini Kak Fas dapat melihat kelengkapan yang tersedia cukup ‘up to date’ kata orang.
Antara rawatan yang disediakan di AINAA Clinic meliputi tiga segmen iaitu:
1. Prosedur Estetik
- ‘Chemical & Acne’ Peel
- Laser untuk jeragat, pigmentasi, parut & pencerahan kulit
- Suntikan ‘Platelet-Rich Plasma’ (PRP)
- Rawatan wajah biasa, esklusif & premium
- Konsultasi
2. Ujian alergi (ujian darah)
3. Pemeriksaan Kesihatan Umum (‘General Medical Check Up)
Berapa pula harganya?
“Rawatan bermula serendah RM100 ke atas mengikut keperluan kulit dan permasalahan pelanggan,” ujar Dr. Nurmaliza sambil memberitahu tujuan utama AINAA Clinic ditubuhkan antaranya adalah untuk memberi nasihat dan cadangan tentang penjagaan kulit yang lebih tepat dengan bantuan doktor pakar.
Menurutnya, AINAA Clinic merawat masalah kulit dengan menggunakan peralatan dan teknologi moden aesthetic bersesuaian dengan pembangunan teknologi canggih sekarang.
“Setelah dikenal pasti rawatan yang sesuai dengan masalah kulit dihadapi baharulah kami memberikan rawatan yang lebih lanjut samada memerlukan rawatan Aesthetic dan bantuan doktor untuk membantu menyelesaikan masalah dihadapi. Yuran konsultasi kami hanya RM50,” sambung Hafiz yang memiliki 18 tahun pengalaman sebagai seorang peniaga.
Sebagai membuktikan keberkesanan dan rawatan yang diberikan, Hafiz turut menjemput lima orang pelanggan yang digelar ‘Ainaa Fantasi’ yang kini berjaya mengatasi masalah kulit mereka sejak membuat rawatan menggunakan produk AINAA Beauty dan mendapatkan rawatan di AINAA Clinic yang kini mula beroperasi sejak 1 April 2022 lalu.
“Sebenarnya pembukaan klinik ini dirancang pada tahun 2020 tetapi disebabkan oleh PKP dan pandemik COVID-19 ia tertangguh malah ada ketikanya saya hampir nak gagal mengenangkan kepayahan yang dihadapi sepanjang penubuhannya,” kenang Hafiz.
Beliau mengakui apa yang terbentang luas di hadapan mata anda sekarang bukanlah satu tugasan yang senang datang bergolek tetapi dengan usaha yang tidak mengenal putus asa dan penat lelah.
LUAHAN hati Aina dalam Instagramnya mencerminkan cabaran dilalui.
“Kini saya rasa puas dapat merealisasikan impian isteri saya, Aina yang mahu memiliki sebuah klinik sendiri memandangkan dia seroang wanita yang suka transform dirinya ke arah kesempurnaan malah Aina sendiri pernah berdepan dengan masalah kulit tetapi kini sudah berjaya mengatasinya,” akhiri Hafiz dengan harapan usaha murninya ini mendapat keberkatan dan disambut baik oleh masyarakat sekeliling tanpa mengira bangsa dan agama.
Jadi kepada mereka yang ingin berniaga dan mahu menambah pendapatan sambil mendapatkan rawatan kulit boleh hadir ke AINAA Clinic dengan membuat tempahan rawatan di talian hotline 011-65217002.
Memandangkan klinik hanya mempunyai tiga bilik rawatan disyorkan agar mereka yang ingin mendapatkan rawatan membuatkan temu janji terlebih dahulu bagi memastikan segalanya terkawal berpandukan SOP ditetapan Kerajaan.
Di sini juga ada ruang solat disediakan jadi tidak perlu risau jika rawatan mengambil masa lama, dahulukan yang wajib sebelum atau selepas rawatan ya tak?
#AINAAClinic #OstriaBangi #RawatanKulit #KlinikAesthetic #COVID-19 #Berniaga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan