Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HASNURI SEMARAK CINTA DALAM PERNIAGAAN DIUSAHAKAN

Has dan isterinya, Nuri di majlis kesyukuran  Mahligai Cinta Hasnuri 2022 sempena ulang tahun kelapan jenama itu.

CINTA dan kasih sayang itu bukan dilihat atau dizahirkan melalui  perasaan terhadap seseorang atau keluarga semata-mata.


Namun, menarik mengenai perniagaan jenama Hasnuri yang beribu pejabat di Pasir Gudang, Johor juga menerapkan elemen cinta yang harus dicambah setiap masa.


Jenama yang menjual pelbagai rangkaian pakaian serta keperluan harian termasuk baju kurung, baju Melayu, Kurta, pakaian kanak-kanak, tudung, telekung, baju kurung, kerongsang juga ironinya ditubuhkan atas paksi cinta pasangan pemiliknya,  Has dan Nuri.


Pejabat urusan yang turut dikenali sebagai Banglo Hasnuri


Has dan Nuri digabungkan membentuk   jenama terkemuka Hasnuri diusahakan pasangan suami isteri sejak tahun 2014 terus menerapkan cinta dalam apa yang diusahakan.


Has atau nama penuhnya, Mohd Hasbullah Awang@Hassan bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Manakala, Nuri atau Nuriah Zakaria pula selaku Pengarah.


"Kami percaya setiap apa yang kita beli atau guna itu memberi nilai sentimental. Begitu juga cara kami menjalankan perniagaan dengan menyemarakkan rasa cinta. 


"Macam anda melihat seseorang memakai kereta mewah dilihat hebat dan berkarisma. Begitu juga saat memakai jenama kami, timbul rasa kecintaan.


"Koleksi raya tahun ini kami mengenakan tema warna sedondon. Kalau belikan untuk ibu bapa atau seisi keluarga baju raya sedondon, seperti mengalir cinta dan kasih sayang kita kepada mereka," kata  Nuri.


Lapan mempelai yang diraikan sekali lagi sempena ulang tahun kelapan Hasnuri.


Malah pada 26 Mac lalu, mereka meraikan ulang tahun kelapan perkahwinan dengan sebuah majlis dipanggil Mahligai Cinta Hasnuri turut diadakan di pejabat urusan yang digelar 'Banglo Hasnuri' ibarat sebuah rumah buat semua pekerja. 


"Lapan pasangan pengantin bersama 'bridesmaid' turut menerima tajaan baju pengantin eksklusif tajaan kami. Majlis gilang-gemilang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 'top dropship' seluruh Malaysia dan keluarga staf.


Haqiem dan isteri bersama orang kuat Hasnuri.


"Tak dilupakan majlis diserikan dengan artis jemputan, Haqiem Rusli dan isterinya, Anis Sofea. Lapan  pasangan pengantin diraikan juga memberi simbolik angka lapan tahun penubuhan jenama kami. Malah mereka berkahwin ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sebelum ini," kata  Nuri


Nuri menambah, Mac bukan saja bulan ulang tahun perkahwinan mereka.


"Malah, butik pertama kami juga dibuka pada bulan Mac 2014. Saya dan suami juga mengimbangi hidup dengan menitik beratkan hal kerohanian seperti membaca Al-Quran dan solat berjemaah sesama pasukan kerja.



"Kami juga mengagihkan zakat kepada 24 buah sekolah di Pasir Gudang dan juga Kota Tinggi. Kerja pasukan kami juga dibina atas sikap percaya sesama sendiri.  Kami berniaga bukan sekadar nak kaya sendirian, tapi nak pastikan kaki tangan dan dropship juga beroleh rezeki banyak.


"Seterusnya dapat membina keluarga dan membantu sesama mereka dengan berkongsi rezeki atau gaji setimpal. Apa kami tekankan jangan lupa tanggungjawab sebagai orang Islam dan berbakti kepada ibu bapa," kata Nuri.


Sementara itu, Has berkata pengeluaran utama mereka lebih tertumpu kepada baju kurung. Tahun lalu, mereka berjaya menjual lebih satu juta pasang baju kurung pasang siap.


"Kami tawarkan pakaian sedondon bagi merealisasikan budaya kerja dalam pasukan di pejabat dan sedondon bagi keluarga inginkan kebahagian dan kasih sayang dalam keluarga mereka. Boleh rujuk di pautan berikut https://hasnuri.my. atau KLIK SINI JE.


"Tahun ini, dengan raya bakal tiba, kami mahu sasarkan jualan lebih 2 juta pasang pakaian. Kami juga ada tiga cawangan baharu di Kota Tinggi, Paradigm Mall Johor Bahru dan Kota Bahru, Kelantan.


"Hingga kini, kami ada 60,000 'dropship' di seluruh negeri. Kami nak lahirkan 1,000 jutawan sebelum 2030. Kami juga mengalu-alukan anak muda dari usia 18 tahun ke atas untuk bekerja di Hasnuri," kata Has.



#Hasnuri  #BajuRaya #HaqienRusli #PasirGudangJohor #KotaTinggi #KotaBahru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan