Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PUSAT KECANTIKAN DIAJAK GEMBLENG TENAGA BANGUNKAN INDUSTRI


Kak Fas sering menghadiri produk-produk kecantikan dan bertemu dengan pakar-pakar kecantikan namun baharulah tahu wujudnya Persatuan Industri Kecantikan Malaysia (PIKMM) yang bertujuan mengajak semua pengendali pusat kecantikan untuk menggembleng tenaga membangunkan industri kecantikan.


Kesedaran itu timbul apabila mendapat jemputan untuk hadir ke majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, dengan Persatuan Industri Kecantikan Moden Malaysia yang diadakan  sempena penubuhan pusat latihan bertauliah, One Doc X Hair Doc dan Slim Doc di Sunway Velocity Mall baru-baru ini.


Dalam majlis  berkenaan, JPK diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Ts. Kamaruzaman Bin Haji Md Ali, Pengarah Bahagian Kerjasama Strategik (BKS), Faizah Binti Harun, manakala PIKMM diwakili oleh Tengku Dato’ Seri Baderul Zaman Ibni Almarlhum Sultan Mahmud selaku Presiden PIKMM dan Dato’ Loke Yeu Loong selaku Naib Presiden. 



MoU antara JPK dengan PIKMM  yang disaksikan oleh tetamu kehormat Datuk Haji Awang bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia, bakal melancarkan perkongsian kepakaran dan amalan terbaik dalam aspek teknikal dan pembelajaran kecantikan moden, latihan, dan pembangunan bakat profesional dalam industri ini. 


“Industri kecantikan Malaysia telah menyumbang lebih daripada RM13.5 bilion kepada ekonomi dalam negeri. Malahan, terdapat lebih daripada 80,000 Pendandan, Juruterapi, dan Perunding Kecantikan di seluruh negara yang menyumbang pada kadar tenaga kerja yang sihat di Malaysia,” ujar Hj Awang.


Sepanjang tahun, JPK menyelaraskan latihan kemahiran bagi warganegara Malaysia dengan meneliti dan membangunkan piawaian untuk menilai kepakaran dan kecekapan kerja. 


Menurut Hj Awang (gambar bawah, kiri), di England, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, iaitu negara terkemuka dalam industri rawatan kecantikan, pendandan terlatih berupaya mengendalikan mesin rawatan laser dan cahaya (laser dan IPL tidak invasif), dan memiliki proses akreditasi yang jelas dan ringkas. 


“Hal ini mendorong pada pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perkembangan industri kecantikan di negara-negara tersebut. Pengiktirafan pendandan terlatih dalam penyediaan rawatan moden dan selamat penting bagi kejayaan industri pada masa depan,” tambahnya.


Sementara itu, selain mengajak semua pengendali pusat kecantikan untuk bersama bangunkan industri kecantikan agar terus berkembang supaya setaraf dengan negara maju, PIKMM beharap mampu merevolusikan industri dengan menaik taraf kapasiti latihan dan memperkasa bakat demi memenuhi keperluan pelanggan sepenuhnya.



Untuk rekod, industri kecantikan global telah berkembang pesat sejak sedekad yang lalu, dengan kewujudan pelbagai teknologi baharu dan mesin rawatan kecantikan moden yang dibangunkan dan diguna pakai dalam industri, terutamanya rawatan laser dan teknologi berasaskan tenaga/cahaya (laser bukan invasif dan IPL). 


Namun demikian, tiada latihan, pengiktirafan, dan pensijilan yang sewajarnya ditawarkan bagi industri kecantikan di Malaysia. 


“Matlamat utama seseorang pendandan kecantikan adalah menawarkan hasil terbaik buat pelanggan pada kadar seselesa mungkin,” ujar Tengku Baderul Zaman (gambar atas, kanan) sambil membayangkan mampu melahirkan kira-kira lebih kurang 200 pakar kecantikan melalui kerjasama dengan  pusat latihan One Doc x Hair Doc dan Slim Doc.


Semua pelaburan dalam pembangunan inovasi lepas dan semasa berkait rapat dengan kedua-dua objektif. 


Di seluruh dunia setiap bulan terdapat mesin dan rawatan baharu yang dipopularkan. 


“Sehubungan itu, industri kecantikan di Malaysia seharusnya memanfaatkan inovasi sedemikian untuk menyampaikannya kepada pengguna dengan selamat dan berkesan,” tambah Tengku Baderul Zaman.


Sebagai sebahagian daripada PIKMM, Kumpulan Syarikat One Doc X Hair Doc komited dalam berkongsi ilmu pengetahuan profesional dan amalan terbaik demi memenuhi matlamat PIKMM ke arah merealisasikan latihan kecantikan moden dan kecemerlangan pembelajaran di negara ini. 



Setakat ini, Kumpulan Syarikat One Doc X Hair Doc telah menggaji 300 kakitangan, dan semuanya telah menjalani latihan berstruktur di tempat kerja anjuran organisasi. 


Bagi tujuan latihan, One Doc X Hair Doc bekerjasama dengan Slim Doc EMSlimTM, sebuah organisasi yang menawarkan teknologi rawatan Korea terkini melalui tenaga Jaluran Magnetik Berintensiti Tinggi (High-Intensity Electromagnetic Trainer, Hi-EMT) melalui prosedur bukan invasif tanpa melibatkan pembedahan untuk memudahkan pembentukan semula dan pemantapan otot, serta membakar lemak dengan berkesan. 



Sistem EMSlim merupakan inovasi prosedur yang tidak invasif dan dijamin tanpa kesakitan bagi membantu menegang dan membentuk bahagian punggung yang pejal tanpa senaman yang berlebihan mahupun pembedahan tembus kulit. 


One Doc X Hair Doc dan Slim Doc meluangkan sepenuh masa dan pengalaman selama bertahun-tahun untuk memindahkan kepakaran dan pengetahuan dalam usaha transformasi industri kecantikan. 



Dengan menawarkan penyelesaian terbaik kepada pada pelanggan, pusat latihan One Doc X Hair Doc dan Slim Doc kini telah ditauliahkan sebagai Syarikat Latihan Dalam Pekerjaan di bawah program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). 


Dan pembukaan pusat latihan pada majlis tersebut merupakan Pelancaran Cawangan ke-24 “One Doc X Hair Doc” & Cawangan ke-25 “Slim Doc” @ Sunway Velocity Mall.



#OneDocXHairDoc #SlimDoc #PIKMM #JPK #MoU #SLDN #Kecantikan #laser

Tiada ulasan:

Catat Ulasan