TEBUS PERIUK KUALI NEOFLAM, DIIKTIRAF CHEF WAN MELALUI PROGRAM STAR REWARDS AEON
Dari kiri:Shafie Shamsuddin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Chef Wan, Daisuke Maeda, Pengarah Urusan AEON Credit Service (M) Bhd melancarkan AEON Star Rewards. |
BILA sebut AEON, Kak Fas antara pelanggan tetap yang sering berkunjung ke pasar raya ini apatah lagi ia terletak hanya di bawah kediaman kondominum Kak Fas di United Point Residence, Kuala Lumpur.
Boleh dikatakan setiap kali ada promosi tentulah Kak Fas menyedarinya dan terbaharu apabila AEON Co. (M) Bhd memperkenalkan Program Star Rewards Chef Wan-Neoflam ke seluruh negara dengan kolaborasi bersama ikon Malaysia terkenal, Chef Wan ia satu lagi initiatif AEON yang pasti menjadi rebutan ramai.
Iya lah Chef Wan kut, siapa tak kenal kan nama pemilik sebenar Chef Redzuawan ini di dalam arena masakan malah apa sahaja yang diguna pakainya menjadi ikutan.
Jadi, melalui Program Star Rewards Chef Wan-Neoflam, AEON menawarkan pelbagai jenis peralatan memasak yang moden kepada pelanggan dari segenap lapisan masyarakat, khasnya generasi muda yang mula menjadikan masak memasak sebagai hobi pasca-pandemik.
”Makanan dan masakan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kami yakin chef tersohor negara, Chef Wan merupakan individu yang tepat untuk mewakili koleksi peralatan memasak Neoflam ini,” ujar Low Ngai Yuen selaku Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON pada majlis pelancaran program tersebut di AEON Shah Alam baru-baru ini.
Turut hadir Chef Wan yang mengadakan demonstrasi memasak menggunakan peralatan memasak Neoflam.
Demo memasak oleh Chef Wan dan Abang Brian (chef selebriti dan hos) menggunakan alatan memasak Neoflam. |
Program berkenaan memperkenalkan Neoflam, sebuah jenama peralatan memasak berkualiti tinggi dan mempunyai rekabentuk menarik, diimpot dari Korea Selatan.
“Pelanggan AEON kini boleh memperoleh peralatan memasak Neoflam di kesemua rangkaian pasar raya AEON seluruh negara. Produknya ringan dan mudah digunakan, hasil teknologi EcolonTM yang tidak melekat dan tahan lasak,” jelas Low.
Selaras dengan moto Chef Wan “Makanan yang baik menyatukan kita semua”, Low percaya bahawa kunci utama untuk menyediakan masakan yang baik ialah melalui peralatan memasak yang bagus dan bermutu pada harga mampu milik khsusnya kepada mereka yang tidak mahu berbelanja besar ekoran terjejas dengan pandemik COVID-19.
“Memandangkan kita sudah pun berada di bulan Ramadan yang mulia, hidangan yang dimasak sendiri di rumah sudah semestinya akan menjadi lebih bermakna dengan sambutan kempen Ramadan-Raya AEON-Raya Penuh Makna.’ tambah Low Ngai Yuen.
Program Star Rewards yang sebelum ini dikenali sebagai “Program Kesetiaan Pelanggan AEON” (AEON Customer Loyalty Programme), membolehkan pelanggan mengumpul setem pada setiap pembelian luar talian dan dalam talian di AEON dan menukarnya untuk membeli alat memasak Neoflam dengan beberapa tawaran dan ganjaran yang lain.
Melalui program ini, pelanggan akan diberi 1 keping setem (untuk bukan ahli) dan 2 keping setem (untuk ahli AEON) bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM30 di AEON secara fizikal manakala pembelian menerusi aplikasi iAEON pula akan menerima e- setem.
Tambahan 3 setem akan diberikan kepada ahli AEON yang membeli melalui AEON Member Plus, AEON Credit Card atau AEON Wallet.
Selepas mengumpul bilangan setem minima (20 setem fizikal untuk ahli AEON, 15 setem fizikal untuk bukan ahli dan 8 e-setem), para pelanggan boleh menebus setem-setem tersebut untuk membeli produk-produk Neoflam.
Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat AEON Star Rewards, sila layari www.aeonretail.com.my atau buka link DI SINI.
FOTO kredit: Zharif. |
#AEON # #ChefWan #PeralatanMemasak #ProgramStarRewardsChefWanNeoflam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan