Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TUNJANG UTAMA RICHWORKS LULUS CIMA

Zafrol (kiri) dan Dr Azizan mempunyai visi dan misi kontrit membangunkan golongan usahawan.

KEJAYAAN  tunjang utama Richworks International Sdn. Bhd. (Richworks), Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Datuk Zafrol Rizal Mat lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), baru-baru ini membanggakan ramai pihak.


Tentunya, pihak pengurusan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia itu juga menzahirkan rasa bangga di atas kejayaan dikecapi kedua figura berkenaan.


Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd (gambar kanan) berkata, dia mewakili pihak pengurusan dan kakitangan sangat berbangga dengan pencapaian Dr Azizan (pengasas) dan  Datuk Zafrol (pengasas bersama) syarikat itu.


Kata Radz, seperti diketahui peperiksaan CIMA sangat komprehensif dan seseorang itu perlu meluangkan banyak masa dan usaha bagi menamatkannya dengan sempurna.


"Mereka berdua membuktikan kepada kami bahawa pendidikan ini sebenarnya tak pernah berhenti meskipun sudah bekerja mahupun berniaga. Usia juga bukan halangan atau sekatan untuk menambah ilmu.


"Pembelajaran ini sepanjang hayat, tidak kira di mana kita berada sekarang ilmu sangat penting untuk meningkatkan nilai dan keupayaan diri," katanya.


Radz berkata demikian ketika mengulas lanjut  perkongsian Dr Azizan mengenai keputusan peperiksaan akhir CIMA di LinkedIn, Khamis lalu.


Paparan skrin yang dikongsi Dr Azizan di LinkedIn mengenai kejayaannya.


Menerusi perkongsian sama, Dr Azizan turut berkongsikan salah satu matlamatnya untuk menjadi seorang Akauntan Bertauliah Malaysian Institute of Accountants (MIA).


"Meskipun banyak masa digunakan membimbing sekitar 300 usahawan jutawan dalam perniagaan dengan nilai jualan RM3.2 bilion, beliau tak pernah berhenti belajar.


Zafrol (kiri) dan Dr Azizan melakar kejayaan peperiksaan CIMA.


"Ketika ini, Dr Azizan juga merupakan calon bagi doktor falsafah (PhD) bidang Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan di Asia e University yang dijangka tamat pada Oktober ini.


"Semoga kejayaan dan kecemerlangan akan terus mengiring kembara perjalanannya," jelas Radz.


Sementara itu, kejayaan berkenaan turut dipuji golongan selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin dan Nana Mahazan yang mempunyai hubungan baik dengan kedua mereka.


Rata-rata ketiga selebriti itu percaya kejayaan dikecapi menjadi bukti dan kelangsungan kehidupan mendatang.


Sekadar menyebut, ketiga selebriti berkenaan sendiri antara selebriti yang turut berjaya melebarkan empayar perniagaan mereka. 


Nana dan Tya sendiri banyak menimba ilmu keusahawanan dengan Dr Azizan.



Siti, secara peribadi tumpang bangga dengan pencapaian mereka.


"Kejayaan mereka menjadi inspirasi bagi semua yang nak berjaya. Menimba ilmu, tiada had umur  dan masa. Selagi ada keinginan dan usaha pasti berjaya.


"Syabas kepada mereka kerana terus berjaya membimbing ramai bumiputera menjadi jutawan walaupun negara dilanda pandemik COVID-19," kata penyanyi lagu Purnama Merindu itu.


Tya pula dalam kenyataannya mengakui cukup berbangga melihat keinginan belajar itu tidak pernah dibatasi faktor usia. 


TYA (kiri) bersama suaminya, Asyraf Khalid dan Dr. Azizan (tengah).

"Semua itu tidak mustahil. Kemahuan dan keinginan tinggi ditunjukkan kedua mereka sangat terpuji.


"Terus menginspirasikan ramai. Semoga kita semua boleh menjadikan kejayaan mereka sebagai dorongan untuk mencipta jaya," kata Tya/


Sementara itu, Nana berkata,kejayaan untuk belajar menjadi lebih baik itu tidak pernah ada penghujungnya. 


"Setiap hari menjadi ruang terbaik untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.


"Belajar itu juga tidak pernah dihadkan dengan soal usia. Ia hanya dibatasi dengan alasan semata-mata. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih," kata Nana (gambar bawah, tengah).



#Richworks #CIMA #SitiNurhaliza #TyaAriffin #Nan #DrAzizan #Akamtan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan