Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON CIPTA SEJARAH PERKENAL 'KUIH RAYA KITA' SIRI NFT


AEON
CO. (M) BHD. (AEON) mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya memperkenalkan siri NFT berinspirasikan Raya dengan memilih lapan jenis kuih tradisional Malaysia.

Kuih-kuih berkenaan meliputi Tart Nenas, Biskut Mazola, Biskut Coklat Almond London, Biskut Makmur Daun, Biskut Cornflakes, Biskut Dahlia, Biskut Bebola Suji dan Biskut Mentega Semperit. 


Namun sebelum itu mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu NFT?


Sejujurnya Kak Fas pun baharu tahu apa maksud NFT iaitu singkatan untuk Non Fungible Tokens setelah diceritakan oleh Khalid Gibran selaku Ketua Pegawai Eksekutif MU  atau Meta Universe Sdn Bhd


MU merupakan rakan kongsi terpilih yang memanfaatkan teknologi dan elemen Web3 daripada metaverse, aset digital dan infrastruktur maya; siri NFT 'Kuih Raya Kita' juga merupakan kunci kepada pembangunan komuniti.


“Siri NFT ini akan menginovasikan cara AEON berkomunikasi dengan pelanggan mereka, AEON mencipta sentuhan kesetiaan yang berbeza dengan memberikan pelanggan pengalaman terkini yang merupakan aset yang boleh dimiliki secara ketara di dalam ruang digital," ujar Khalid pada majlis pelancaran siri NFT pertama yang berinspirasikan Raya sempena kempen 'Raya Penuh Makna' di AEON Alpha Angle baru-baru ini.



Turut bersama Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON serta dua orang karywan  muda yang dipilih sertai kempen siri NFT iaitu Ati Sulaiman dan Izati Suza.


"Hasrat kolaborasi ini bukan setakat menyerikan sambutan Hari Raya di dalam ruang digital, malah ianya untuk menyokong karya artis tempatan. Kami menghargai dan mempromosikan hasil kerja mereka — seiring dengan tujuan tema keseluruhan kempen Raya kami, 'Raya Penuh Makna'. Apabila kita memperkenalkan teknologi 'blockchain' bagi memelihara tradisi, seni dan budaya yang kita amalkan selama ini, kita telah memberi nafas baharu terhadap cara sambutan yang selama ini tidak pernah kita fikirkan," kata Low Ngai Yuen.



Menurut beliau, AEON mahu melakukan lebih banyak lagi — ekosistem peruncitan merupakan himpunan produk ikonik yang terkenal di dunia ini dengan pelbagai kisah dan kenangan yang perlu diabadikan. 


"Sekiranya kita boleh mendigitalkan pengalaman ini, kita akan membawanya kepada sebuah realiti baharu secara maya,” tambah Low Ngai Yuen.


Siri NFT pertama, 'Kuih Raya Kita', yang direka oleh Afi Sulaiman, seorang artis di dalam bidang makanan adalah berinspirasikan nostalgia sewaktu di kampung, khusus untuk koleksi simpanan dan kehidupan bermasyarakat. 


Siri tersebut mempunyai 16 rekabentuk yang dihasilkan untuk koleksi ahli AEON; di mana edisi pertama boleh ditebus secara percuma sehingga 1 Mei 2022. Setiap edisi adalah terhad kepada 1,250 keping. 


    BERSAMA Afi Sulaiman.


Afi Sulaiman merupakan seorang ilustrator dan penulis yang pertama sekali mendapat pengiktirafan di dalam persada kreatif Malaysia pada 2019 sebagai Usahawan Seni Muda, Balai Seni Negara. 


Sejak itu, artis muda ini meneroka budaya makanan Malaysia yang dikekalkan di dalam bentuk grafik dan cerita, termasuk buku kanak-kanak, cetakan seni, dan banyak lagi. 


“Ciri seni yang saya hasilkan adalah unik, nostalgia, gembira dan penuh warna warni dengan penekanan kepada budaya tempatan. Saya merasa amat teruja untuk mengetengahkan kuih tradisi Melayu melalui kerjasama dengan AEON dan saya berharap rakyat Malaysia dapat menikmati kuih Raya digital yang unik ini sebagaimana saya suka membuatnya", kata Afi Sulaiman


AEON juga memperkenalkan NFT edisi istimewa dan terhad melalui Discord di bawah siri 'Kuih Raya Kita' yang sama tetapi kelainannya di sini adalah kepada rekaan bekas menyimpan kuih.


Siri istimewa ini dihasilkan oleh seorang artis Malaysia yang belajar secara kendiri, Izzati Suza. Beliau juga mengusahakan kedai miliknya di Melaka: Kedai Suza, dimana penghasilan produk pakaian dan barangan kraf lain menjadikan karya seninya dikenali ramai. 



Izzati Suza menjadikan seni sebagai profesion beliau setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan di dalam hidup. Di dalam kolaborasi NFT beliau yang pertama 

dengan AEON, Izzati mengetengahkan tiga tema utama untuk dimiliki oleh semua iaitu 'Alas Meja Nenek', 'Quarantine Raya' dan 'Raya Penuh Makna', dengan hanya 10 keping dihasilkan untuk setiap tema. 


"Saya benar-benar cenderung kepada tema Raya AEON untuk tahun ini - 'Raya Penuh Makna'. lanya amat bermakna apabila kita dapat menyambut Raya bersama yang tersayang setelah melalui perintah berkurung selama dua tahun. 


"Semenjak pandemik melanda, ramai dari kita yang mengamalkan cara hidup digital, lantas kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan siri NFT Raya yang unik ini untuk menjadikan sambutan tahun ini lebih diingati,” kata Izzati. 


Maklumat lanjut berkenaan siri NFT 'Kuih Raya Kita' dari AEON boleh didapati di https://aeonretail.com.my/promotion/kuihra akita2022/NFT/ atau KLIK DI SINI.


Siri NFT “Kuih Raya Kita" dilancarkan seiring dengan kempan Ramadan-Raya AEON, Raya Penuh Makna. 



Lebih banyak tawaran Raya boleh didapati di www.aeonretail.com.my


Program ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu — 8 dan 17.


Fokus masing-masing ialah menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang bertanggungjawab dan inklusif yang berkesan di semua peringkat serta memperkukuhkan cara pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk pembangunan mampan.



#AEON #NFT #RayaPenuhMakna #KuihRayaKita #RamadanRayaAEON #MU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan