Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HELMI GIMMICK BUKA PELUANG USAHAWAN JADI STOKIS MADU TUALANG


DI DALAM
industri seni dan hiburan, nama Helmi Gimmick sudah pasti tidak asing lagi  walau pun penampilannya di pentas hiburan terkini  agak kurang berbanding pada zaman kegemilangannya pada awal 80an.


Terkenal sebagai penghibur dan pengacarra, pemilik nama sebenar Helmi Harun, 62, ini bagaimana pun tidak menyepi tetapi memilih bidang perniagaan sebagai jaminan masa depannya.


Selepas bergelar Dr Helmi Gimmick, beliau tidak mahu gelaran itu dianggap tidak setimpal dengan gaya hiduonya sebagai anak seni tetapi mahu membuktikan anugerah Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sabi, Perancis  yang diterima  atas pengalamannya selama lebih 30 tahun dalam bidang hiburan dan perniagaan layak dipegangnya.


Kemunculannya sejak akhir-akhir ini memperlihatkan Helmi aktif  memperkenalkan produk kesihatan di mana baru-baru ini beliau dilantik sebagai Pengarah Pemasaran Grand Master Smart Bio Golden Remedy yang merupakan rangkaian produk makanan tambahan untuk. kesihatan.


Baca LINK INI.


Terbaharu, Helmi Gimmick terus maju setapak lagi apabila bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Health Treasure International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang tertumpu pada produk makanan yang membawa kebaikan kesihatan dengan nilai nutrisi tinggi khususnya MADU TUALANG.



“Apabila doktor bercakap tentu ramai yang percaya kan? Dan tentu sekali apabila Allah SWT yang  berbicara melalui hadis tentang kebaikan MADU sebagai ubat yang mampu menyembuhkan penyakit kita  harus lebih yakin,” ujar Helmi pada majlis pra pelancaran produk Madu Tualang sebagai makanan berkhasiat yang berlangsung di Damansara baru-baru ini.


Sehubungan itu Helmi membacakan surah lebah yang tercatat dalam Al-Quran:



Turut hadir Ahli Yayasan Bambusa, Dr. Ting Seng Ho yang bertanggungjawab menyuarakan harapan agar pokok Tualang yang terancam kini dilindungi untuk lebah gergasi bersarang di sarang mereka sebagai sumber makanan mereka dan juga untuk menuai secara mampan.


Sejujujurnya, ini pertama kali Kak Fas dengar mengenai Madu Tualang yang dihasilkan daripada lebah gergasi yang juga dikenali sebagai Lebah Tualang waima bersarang di pokok Tualang di dalam hutan tropika yang terdapat di Malaysia antaranya.


Selama ini Kak Fas hanya tahu dan dengar mengenai 'Tualang Tiga' adalah haha,..iaitu lagu rakyat yang dihasilkan dan ditari kan dalam filem Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee iaitu ‘Sumpah orang Minyak’ nyanyian asal Biduanita Puan Sri Saloma.


Apa pun selepas mendengar penerangan ringkas tentang  pokok dan lebah Tualang oleh Dr. Ting Seng Ho baharulah Kak Fas sedar betapa manisan yang asli ini baik untuk kesihatan aoatah lagi ia tiada tarikh luput.


Usah khuatir mengenai tarikh luput jawab Dr Ting pada persoalan Kak Fas, sebab madu asli tiada tarikh luput dan boleh dimakan walau pun disimpan beratus tahun.


Wow! Menarik gitu…jadi mana madu yang ada dalam simpanan Kak Fas masih boleh disimpanlah hihi...


Menurut Dr. Ting sebagai ahli Yayasan Bambusa, beliau telah mengetuai program “Perhutanan Sosial” yang memfokuskan kepada komuniti “Orang Asli” berlandaskan tiga objektif utama meliputi:


  • Pembasmian kemiskinan dengan melibatkan masyarakat yang tinggal di dalam & sekitar hutan
  • Memperkasa komuniti dengan meningkatkan kesedaran, pembinaan kapasiti, hak & akses kepada tanah dan sumber
  • Memperbaiki keadaan hutan dengan mengekalkan habitat flora & fauna sedia ada serta memulihkan keadaan hutan. 

“Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Perhutanan Sosial Yaysan Bambusa, salah satu bidang tumpuan kami ialah Perlindungan & Pemeliharaan Madu “Tualang” yang dihasilkan oleh lebah gergasi (Apis Dorsata),” ujar Dr. Ting.


Bersama pasukan penyelidiknya, Yayasan Bambusa mengenal inventori pokok di kawasan seluas 3,000 ekar di mana lebih 500 Pokok Tualang (Koompassia Excels) yang merupakan spesies kayu penting telah disusun oleh pembalak kerana nilai komersialnya yang tinggi. 


“Lebah gergasi terancam akibat kehilangan habitat kerana pembalak menebang kayu ini di semua pembalakan hutan, lebih-lebih lagi apabila lebah gergasi hanya bersarang di pokok Tualang untuk membuat sarangnya,” jelas Dr Ting.


Menurut beliau, lebah gergasi ini juga memainkan peranan yang sangat penting sebagai pendebunga di dalam hutan. 



“Lebah ini melaksanakan fungsi ekosistem yang penting dalam ekosistem yang diubah manusia dan semula jadi atau separa semulajadi, kerana ia adalah pendebunga penting untuk kedua-dua tanaman dan tumbuhan berbunga liar,” tambah Dr. Ting.


Ringkasnya, lebah mendebungakan tumbuhan kita, yang bermaksud mereka membawa debunga antara tumbuhan berlainan jantina untuk menyuburkannya, atau bahkan antara bahagian berlainan tumbuhan yang sama, yang membantu tumbuhan membiak. 


“Lebah juga membantu tumbuhan untuk hidup dengan menghalang pembiakan dalam. Semua ini adalah peranan simbolik yang dimainkan oleh lebah dan alam semula jadi,” jelas Dr. Ting panjang lebar.



Berkongsi lanjut, sambungnya, program yang dilaksanakan bukan sahaja akan memastikan Pokok Tualang dilindungi untuk generasi akan datang tetapi juga membenarkan lebah gergasi untuk menghuni dan menghasilkan "Black Gold" hutan untuk tahun-tahun akan datang dan memainkan peranan penting sebagai pendebunga di Hutan Sistem Eko. 


‘Program ini akan menyokong komuniti orang asli dengan memberi mereka peluang pekerjaan sebagai pengumpul madu seterusnya memperbaiki jurang sosial ekonomi mereka. 


“Kami berharap initiatif ini akan memangkinkan kelestarian satu daripada khazanah negara kami dan menolong meningkat perdapatan komuniti orang Asli selain daripada memberi pilihan yang sihat kepada pengguna-pengguna,” akhirinya.



Majlis turut memperkenalkan lima stokis yang telah dilantik oleh syarikat dan berharap lebih ramai akan menyusul.


“Buat masa ini kami sasarkan dalam 20 orang stokis mewakili setiap negeri,” ujar Helmi sambil memaklumkan individu yang berhajat menjadi stokis dengan yuran lebih kurang RM3,000 boleh menghubunginya melalui talian 017 6769897 atau 018 9291300, Boleh juga emel ke healthtreasuremalaysia@gmail.com mahu pun layari laman facebook DI SINI.


Kos sebotol Madu Tualang dijual pada harga RM95 sebotol.


Pada akhir majlis, Helmi menghiburkan khalayak yang hadir dengan lagu 'Madu & Racun' yang dipopularkan oleh penyanyi asalnya, Arie Wibowo.



#MaduTualang #LebahTualang #HelmiGimmick #HealthTreasureInternational


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan