Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON, KLOTH CARES LANCAR KEMPEN KITAR SEMULA, SASAR KUMPUL 380,000 KG FABRIK DALAM TEMPOH SETAHUN


SEMPENA Hari Alam Sekitar Sedunia 2022,  syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia, AEON CO. (M) Bhd (AEON) mensasarkan  sejumlah 380,000 kg fabrik kitar semula dapat dikumpul dalam tempoh setahun.


Sehubungan itu AEON dengan kerjasama KLOTH Cares menyediakan kira-kira 38 tong kitar semula yang akan ditempatkan di 40 cawangan AEON Mall dan 10 AEON BIG di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor


“AEON komited untuk menggabungkan amalan mampan ke dalam inovasi produk yang mampu membawa impak positif kepada komuniti. Kami kekal komited untuk 

mempertingkatkan amalan kemampanan yang telah kami selaraskan dengan prinsip 

teras kepada Manusia, Keamanan dan Komuniti,” ujar Ketua Pegawai Usahasama dan Kestarian AEON, Azli Mohamed pada majlis pelancaran kolaborasi 'AEON dan Kloth Cares - Inisiatif Kitar Semula' yang berlangsung di Aeon Mall Alpha Angle baru-baru ini.


AZLI Mohamed (kiri) bersama Ummi Kalthum (tengah) dan Nik Suzila pada sidang media di AEON Mall Alpha Angle yang dikendalikan bersama Pengurus Komunikasi Korporat AEON, Fairas Imran (kanan) baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), 

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) - Kuala 

Lumpur & Putrajaya, Ummi Khalthum Shuib dan Pengasas Bersama Kloth Malaysia Sdn Bhd, Nik Suzila.


Menurut Azli Mohamed, dalam melaksanakan inisiatif berkenaan, AEON bersyukur dapat bekerjasama dengan Kloth Cares serta  rakan pengasas mereka seperti Selangor Youth Community (SAY) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) yang membantu  menguruskan tong kitar semula untuk ditempatkan di pusat beli-belah pilihan mereka.


“AEON berdedikasi untuk memenuhi kewajipan menjadi warga korporat yang baik. 

Kami berusaha untuk memupuk penglibatan dan kerjasama yang lebih baik dengan 

komuniti kami sambil terus berusaha untuk menyokong pemegang taruh kami dalam mencapai aspirasi mereka,” jelas Azli Mohamed.


Tambahnya, inisiatif tersebut adalah selaras dengan usaha AEON dalam memperjuangkan Matlamat  Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNSDG) - 12 dan 17 yang menumpukan pada memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan, serta mengukuhkan cara pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk pembangunan mampan.


Majlis turut diserikan dengan penampilan  istimewa adik Kumika Kufaizul, 7,  yang menyampaikan pantun GoGreen sekali gus memberi mesej kepada orang ramai dan anak-anak sebayanya supaya mengekalkan alam sekitar yang bersih dengan cara menghapuskan barang terpakai secara kitar semula.


Sementara itu, Ummu Kalhum melahirkan penghargaannya terhadap inisiatif AEON melaksanakan kempen kitar semula dengan harapan dapat menyedarkan masyarakat agar jangan sewenang-wenangnya membuang sampah merata tempat sehingga mencemar alam sekitar terutamanya sungai.


“Ketika Kuala Lumpur dilanda banjir baru-baru ini sampah sarap yang timbul  begitu banyak sekali disebabkan masyarakat mudah sahaja membuang sampah sesuka hati,” cerita Ummi Kalthum (gambar bawah) sambil berharap melalui kempen kitar semula ini orang ramai dapatlah dididik supaya membuang sampah  di tempat yang sepatutnya,


Sambil menyuarakan harapan agar rakyat dapat membantu bersama memberi kesedaran terhadap pentingnya mmelihara alam sekitar dan tidak membuang sampah merata-rata tetapi megumpulnya untuk dikitar semula, apatah lagi seorang individu di Kuala Lumpur secara puratanya membuang 1.21 kg sampah sehari.


Untuk rekod, dianggarkan bahawa rakyat Malaysia menghasilkan sehingga 2,000 tan sisa tekstil dan produk boleh pakai lain setiap hari. 


Kemeja-t lama atau seluar jeans yang kita bercadang untuk membuang  itu membentuk 5% sisa pepejal yang berakhir di tapak pelupusan sampah, jika tidak dikitar semula. 


Persoalannya kenapa ini menjadi isu?


Menurut Kloth Cares, apabila sisa tekstil mereput ia membebaskan metana, gas rumah hijau berbahaya yang merupakan penyumbang penting kepada pemanasan global. 


Pewarna dan bahan kimia yang terdapat dalam fabrik dan komponen lain seperti pakaian dan kasut boleh meresap ke dalam tanah, mencemarkan sungai, saluran air dan mungkin air yang digunakan untuk kegunaan peribadi kita.


UMMI Kalthum membantu adik Kumika memasukkan barang ke dalam 'tong kitar semula' di AEON Mall Alpha Angle sebagai gimik pelancaran.



“Kerana itu pentingnya kita kitar semula.” sambung Nik Suzila (gambar atas) sambil memberiahu, pihaknya sedia dihubungi untuk mengaturkan pengambilan barang-barang yang besar seperti bag dan sebagainya.



Info lanjut layar laman web rasmi kloth.com.my.



#KitarSemula #AEON #KlothCares #SWCorp #HariAlamSekitarSedunia2022



Tiada ulasan:

Catat Ulasan