Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON TERUS KOMITED LAKSANAKAN 'BERKAT KORBAN 2022', TAMPILKAN USTAZ DON SEBAGAI IKON


PEJAM c
elik, pejam celik tidak lama lagi kita akan menyambut pula kehadiran bulan Zulhijah di mana pada bulan inilah umat Islam menunaikan ibadah korban sekali gus meraikan Hari Raya Aidiladha.


Jika dua tahun lepas ketika ‘lockdown’ ada yang tidak berkesempatan merancang melakukan korban, barangkali tahun ini masanya. 


Malah lebih memudahkan apabila ibadah korban boleh dilaksanakan dengan tenang melalui program ‘Berkat Korban 2022’ anjuran rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia, AEON.



Ya… buat kali ketiga, AEON terus melaksanakan program 'Berkat Korban' yang telah mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak sebelum ini iaitu pada kali pertama pada tahun 2020 dan kedua pada 2021 di mana ketika itu ia telah memberi kemudahan kepada umat Islam mengerjakan ibadah korban mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Untuk 'Berkat Korban 2022' kali ini AEON  berkolaborasi dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR) dan Townfarm


Malah lebih menarik apabila AEON memperkenalkan penceramah bebas terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 37, sebagai ikon Berkat Korban 2022.



Siapa tak kenal Ustaz Don kan? 


Bila mendapat tahu pelantikan Ustaz Don sebagai 'Ikon Berkat Korban' sudah tentu Kak Fas tidak mahu melepaskan peluang menerima jemputan daripada Pengurus Komunikasi Korporat AEON, Fairas Imran Jaapar yang melayangkan undangan untuk hadir ke sidang media ‘Berkat Korban 2022’ yang berlangsung di ibu pejabat AEON di Taman Maluri baru-baru ini.


Turut hadir, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, Dr. Kasuma Satria Mat Jadi Ketua Bahagian Pemakanan AEON, Azidah Alimuddin dan Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan, Nur Mohd Razali Abdullah (gambar bawah sekali, kiri).


DARI kiri: Dr. Kasuma Satria, Ustaz Don dan Nur Mohd Razali.


Pertama kali berdepan dengan Ustaz Don, Kak Fas tabik kemesraan dan layanan yang diberikan waima Ustaz Don tidak keberatan menerima hasrat Kak Fas dan rakan-rakan bloggers merakamkan gambar kenangan bersamanya sebelum majlis bermula.



Selama ini Kak Fas sering melihat dan mendengarnya di peti televisyen sahaja antaranya dalam program ‘Back to Basic’ dan apabila bersua dengannya tentulah lebih rasa gembira setelah berpeluang mendengar secara ‘live’ syarahan ringkasnya mengenai program ‘Berkat Korban 2022’ sambil memberitahu, berkat yang setiap umat Islam boleh peroleh buat bekalan di akhirat adalah melalui ibadah korban, lebih-lebih lagi apabila memberi makan minum kepada anak-anak yatim.


“Saya merasa bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan AEON untuk program ini, Selain daripada memperkukuhkan ukhwah dan silaturahim setiap golongan masyarakat serta dapat melaksanakan ibadah untuk diri dan diinfakkan kepada golongan yang memerlukan, usaha ini dapat membantu penjanaan ekonomi para penternak tempatan serta peladang-peladang kecil,” ujar Ustaz Don sambil memaklumkan bahawa setiap kerja penyembelihan dan pemprosesan  dilakukan di dalam suasana terkawal untuk memastikan hasils sembelihan  patuh shariah, bersih serta berkualiti tinggi selari dengan halalan toyyiban.


Berkat Korban 2022 yang akan dilaksanakan di seluruh cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu menyediakan dua kategori haiwan korban iaitu lembu dan kambing


Seekor lembu seberat 210kg hingga 250kg akan dibahagi kepada tujuh (7) bahagian dengan harga yang ditetapkan bagi satu bahagian adalah sebanyak RM880.


Manakala harga seekor kambing seberat 28kg hingga 30kg adalah sebanyak RM1,200


“Harga ini adalah sama bagi mereka yang ingin menyumbangkan bahagian korban mereka kepada golongan Asnaf. AEON mensasarkan sebanyak 1,000 ekor lembu dan 200 ekor kambing untuk program ini,” ujar Azidah Amiluddin.


Sementara itu, Dr. Kasuma Satria melahirkan rasa bersyukur dapat sekali lagi merealisasikan program Berkat Korban pada tahun ini.


“Atas sambutan menggalakkan yang diterima sebelum ini, kami merasa bertanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan ini kepada umat Islam. Program ini akan memudahkan urusan mereka di mana tempahan daging korban hanya perlu dilakukan melalui panggilan telefon atau pun dalam talian,” tambah beliau.


Merupakan cawangan pusat beli belah pertama di Malaysia yang memperkenal program seumpama ini dan sejajar dengan slogannya ‘Dari Masjid ke Pusat Beli-belah’, kesemua daging korban akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh Shariah dalam memastikan umat Islam yang mengambil bahagian dapat melakukan ibadah tersebut dengan sempurna.


"Sama ada pelanggan datang sendiri mengambil daging korban atau kami uruskan semua bergantung kepada pemilihan mereka," tambah Dr. Kasuma.


Bagi tujuan tempahan, para pelanggan hanya perlu hadir ke kaunter-kaunter yang dibuka khas di semua cawangan AEON di seluruh negara atau boleh menghubungi Suebaidah Sidek di talian 012 – 759 1816.



Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.


Dan berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON. 



“Inisiatif Berkat Korban 2022 ini selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digunapakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai seruan sejagat untuk bertindak bagi menamatkan kemiskinan, melindungi planet ini, memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran serta memberikan kesedaran setiap pembangunan mesti diimbangi dengan kelestarian sosial, ekonomi dan alam sekitar,’ akhiri Dr. Kasuma.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari:


Laman Webwww.aeongroupmalaysia.com

Facebook: www.facebook/aeonretail.com / www.facebook.com/MYAEONBiG/

Instagram: www.instagram.com/aeonretail.my/www.instagram.com/myaeonbig/?hl=en

Twitter: @AEON_Malaysia



#BerkatKorbanAEON #AeonMalaysia #AeonBig #UstazDonDaniyal #IbadahKorban


Tiada ulasan:

Catat Ulasan