Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ESKAYVIE SEDIA TAKLUKI DUNIA, RANCANG LAHIRKAN 1 JUTA USAHAWAN MENJELANG 2027


Kartika Wati dan Dr Syid Ayob bersama lebih 1000 Usahawan Nexus yang hadir ke Nexus Success Convention 2022.


USAHA
syarikat Bumiputera, Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) untuk membantu ummah menjana pendapatan sejak fasa pandemik COVID-19 hingga endemik tidak pernah terhenti. 


Sabtu lalu, syarikat ini membantu lebih 1,000 usahawan Eskayvie Nexus di acara dipanggil Nexus Success Convention 2022 berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam, Shah Alam. 


Usahawan berkenaan datang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura. 

Kaunter pendaftaran Nexus Success Convention 2022 diserbu sebahagian daripada lebih 1000 Usahawan Nexus di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam baru-baru ini.

Kartika Wati, Pengarah Urusan Eskayvie memulakan acara Nexus Success Convention dengan penuh semangat di hadapan lebih 1000 Usahawan Nexus yang hadir dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.


Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, program julung kali diadakan itu bertujuan membangunkan potensi kepemimpinan setiap individu di dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global. 


"Usahawan ini telah dilatih secara intensif sebaik sahaja berdaftar sebagai ahli. Sepanjang dua tahun menempuhi pandemik, pelbagai sesi latihan berkaitan sistem, pemasaran dan jualan telah diadakan hampir setiap hari secara atas talian. 


"Istimewanya kali ini, konvensyen ini turut mengiktiraf pencapaian dan transformasi luar biasa usahawan Nexus berstatus Icon Circle yang berjaya menjana pendapatan melebihi lima angka sebulan pada tahun ini," kata Kartika Wati. 


Tambah Kartika Wati, meskipun tahun lalu kita semua telah berdepan pandemik dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, usahawan Nexus ini terus optimis. 


"Mereka mampu melakukan perubahan dan beradaptasi dengan pelbagai cabaran di bawah bimbingan Eskayvie. Ini semangat juang berdaya saing yang kita mahu sampai bila-bila. Segala perkembangan dan kemas kini boleh dilihat https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official atau https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/," kata Kartika Wati


Kartika Wati menjawab persoalan daripada salah seorang peserta Eskayvie Nexus.

Kartika Wati berkata lagi, melalui visi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah, mereka melihat ini sebagai satu misi dan tanggungjawab sosial berterusan. 


"Semua dalam usaha melahirkan 1 juta usahawan Nexus aktif menjelang tahun 2027. Misi ini dilihat tidak mustahil kerana sehingga kini kami telah berjaya membantu lebih 70,000 orang usahawan Nexus meningkatkan tahap kewangan mereka. 


Kartika Wati menjelaskan hala tuju Eskayvie kepada Usahawan Nexus untuk mencapai misi dan visi dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Usahawan Nexus yang hadir juga diberikan Modul Nexus yang merupakan panduan lengkap dan intensif untuk meraih kejayaan menjana pendapatan 4-5 angka sebulan

"Kami turut mensasarkan jualan sebanyak 1 Billion US Dollar yang membabitkan pasaran sehingga ke 11 buah negara di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Eskayvie sentiasa bersedia dengan aktiviti kajian dan pembangunan yang berterusan. 


"Ia termasuklah menghasilkan 500 produk baharu yang berkualiti tinggi.Seterusnya mencipta 50,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat," kata Kartika Wati


Hadir sama di persidangan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri dan duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi


Penampilan istimewa Duta Eskayvie, Dato’ Aznil Hj Nawawi sebagai kejutan kepada Ushawan Nexus.

Pak Nil turut berkongsi tentang tips untuk cipta “Branding” yang kukuh bagi membantu Usahawan Nexus menaikkan jualan mereka.

Aznil sendiri turut menyampaikan perkongsian mengenai penjenamaan dan skil komunikasi berkesan yang harus dikuasai oleh setiap usahawan Nexus. 


"Sejak menyertai keluarga jenama ini, saya melihat usaha dilakukan tidak pernah bernoktah dalam pembangunan ummah. 


"Tak kira daripada segi menawarkan produk dengan kualiti tinggi selain membantu ramai orang untuk menjana pendapatan, niat dan misi jenama ini saya pandang tinggi. 


"Rasa kebersamaan juga wujud seperti kita sebuah keluarga besar yang sama-sama mengharungi pelbagai cabaran. Contohnya ketika di era pandemik COVID-19," kata Aznil


Program satu hari yang padat dengan perkongsian ilmu dan strategi perniagaan ini menerima banyak maklum balas daripada pengalaman sebenar usahawan yang telah berjaya meningkatkan ekonomi keluarga mereka sepanjang bersama Eskayvie Nexus. 


Keceriaan terpancar di wajah para usahawan Nexus yang hadir.

Antaranya, wanita yang dikenali dengan nama Norain Akib, 32, yang berjaya mencapai jualan sehingga RM10 juta dalam tempoh lima bulan pertama pada tahun ini. 


“Sebelum sertai keluarga jenama ini, saya kerugian besar dan tanggung hutang akibat berniaga tanpa ilmu. Apabila diperkenalkan dengan Eskayvie Nexus, semuanya berubah. 


"Kami diajar teknik, strategi dan ilmu yang betul untuk kekal relevan dan terus berkembang dalam perniagaan”, kongsi Ain.


Perkongsian oleh Puan Nadiah Zainal Abidin dan Puan Shabaneeny Mahmud tentang jatuh bangun dalam kehidupan dan perniagaan telah banyak membuka mata hadirin dalam sesi perkongsian Hot Seat bersama Ketua Pegawai Pemasaran Eskayvie, En Aizzuan Ali.


Azlina Aziz, 46, pula berkata percaturannya bersama jenama ini membuahkan hasil. 


“Wang simpanan saya tak cukup untuk tanggung keluarga apabila terpaksa memilih program Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) dan diberhentikan kerja. 


"Namun, jenama ini bantu saya dengan ilmu yang betul untuk jana pendapatan sehingga lima angka sebulan melalui sistem yang teratur dan adil macam sistem Nexus ini,” ujar Azlina Aziz. 


Kartika Wati menyampaikan anugerah Great Kahuna Award kepada Icon Circle, Shabaneeny Mahmud (atas sekali), Syed Azam Fouzi (tengah) dan Puan Nurhazimah Jamian.

Dr Syid Ayob, formulator produk-produk berkualiti Eskayvie memperkenalkan produk terbaru Eskayvie, Gutafix yang boleh membantu masalah ketidakselesaan perut.

Kejutan demi kejutan, usahawan Nexus yang hadir turut berpeluang merasmikan produk terbaru, Eskayvie Gutafix.

#Eskayvie #NexusSuccessConference2022 #PakNil #KartikaWatiMohamed #Bisnes


Tiada ulasan:

Catat Ulasan