Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'JADIKAN HALAL PILIHAN UTAMA ANDA' BERBELANJA DI LULU HYPERMARKET


SIAPA tidak kenali LULU Hypermarket & Departmental Store, satu-satunya pasaraya yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur di mana lokasinya merupakan ‘nadi’ tumpuan ramai warga kota membeli-belah waima persekitarannya dihimpit deretan kedai-kedai yang sering dikunjungi saban hari.


Pun begitu, sejujurnya Kak Fas jarang berkunjung ke Lulu disebabkan jaraknya agak jauh daripada kediaman kecuali jika berada di kawasan terbabit secara kebetulan. 


Tetapi yang pasti bila sahaja berkesempatan ke LULU, Kak Fas akan berkunjung ke setiap aras terutamanya bahagian elektrik untuk meninjau mana yang berkenan di hati. Bagusnya LULU semua ada di bawah satu bumbung, tak perlu lagi mencari jauh jauh dan paling menarik ada rempah ratus yang dah siap diblend. Tak perlu menangis lagi bila kupas bawang haha...beli je yang dah siap.


Apa pun, seingat Kak Fas kali terakhir berkunjung ke LULU adalah pada program Bazar Ramadan di Setia City Mall, Shah Alam. 


Recap balik melalui LINK INI.


Manakala di Capsquare, Kak Fas dapat dua kali undangan iaitu pada program kempen beli barangan Malaysia pada bulan Ogos 2020 (KLIK SINI) dan pertama kali pada bulan Disember 2018. Baca DI SINI.


Terbaharu, setelah sekian lama tidak mendapat undangan dari Lulu Hypermarket di Kuala Lumpur, Kak Fas menerima jemputan yang dilayar oleh rakan seperjuangan, Putri Balqish (gambar bawah, kiri) untuk menghadiri program sempena Kempen Inisiatif Bajet 2022: Jadikan halal Pilihan Utama Anda membabitkan gabungan dua program iaitu Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS dan Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS anjuran Perbadanan Pembangunan Halal Berhad atau ringkasnya HDC dengan kerjasama Lulu.



Apabila rakan seikhlas Putri menjemput, Kak Fas tidak berdaya untuk menolak lantas hadirlah Kak Fas  menyertai  20 lagi rakan blogger lain yang dijemput untuk bersama-sama mendengar projel terbaharu cetusan HDC yang dipersembahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Hairol Ariffein Sahari serta Ketua Pegawai Korporat Komunikasinya, Norashekin Yusof.



Rasanya semua maklum, penularan COVID-19 menyebabkan gangguan pada jumlah jualan beberapa produk halal sehingga pengeluarnya ada yang gulung tukar di mana kesan paling utama dirasai syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan (PMKS). 


Menyedari hakikat itu, HDC yang merupakan agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indutri Malayia (MITI) terus berusaha membantu golongan PMKS memberi tumpuan kepada pembangunan piawaian halal; penjenamaan dan promosi, pembangunan komersial produk dan perkhidmatan halal sehingga mampu ke pasaran global.



“Kerana itu, HDC melancarkan 'Kempen Inisiatif Bajet 2022: Jadikan halal Pilihan Utama Anda' membabitkan gabungan dua program iaitu Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS dan Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS,” ujar Hairol (gambar atas) pada bloggers dalam majlis taklimat ringkas di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tentu anda akan tertanya-tanya apa kaitannya HDC dengan Lulu?


“Lulu antara rakan strategik HDC selain Lotus serta Foodpanda yang menjadi pilihan kami untuk mempromosikan kempen Inisiatif Bajet 2022: Jadikan Halal Pilihan Utama Anda,” ujar Hairol.


Menurutnya, ketika Belanjawan 2022 diumumkan Oktober pada tahun lalu, HDC diperuntukkan sebanyak RM25 juta untuk menjalankan pelbagai program pembangunan ekosistem perniagaan berkaitan halal supaya ia lebih berdaya maju.


‘Dengan tema 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' ia selari dengan visi HDC iaitu untuk menjadikan halal sebagai pilihan utama, sambung Hairol.


Selesai taklimat secara ringkas berkenaan hala tuju HDC kepada PMKS, para bloggers di bawa turun ke pasaraya Lulu bagi mengenali lebih kurang 4,ooo produk halal di usahakan oleh 17 sektor PMKS yang mengambil bahagian.


Mengetuai tinjauan, Pegawai Bahagian Pembelian Lulu, Fakaruddin Harun (gambar bawah) menjelaskan, ada di antara produk produk yang mengambil bahagian sudah mencapai jualan jutaan ringgit dan terkenal di peringkat antarabangsa.



“Lulu sentiasa membuka ruang untuk PKS Halal Tempatan yang berdaya saing sebagai pembekal dan seterusnya menembusi pasaran antarabangsa,” ujar Fakaruddin sambil menambahkata, antara produk yang diusahakan golongan PMKS sudah ada yang mengatasi jenama popular lain.


Tanpa menyebut jenama berkenaan, Kak Fas akui kenyataan itu apa tah lagi sering membeli produk makanan beku yang dimaksudkannya itu.



Daripada segi harga walau pun ada juga yang agak sedikit mahal daripada produk saingan namun disebabkan kualiti dan rasanya tidak kurang sedap tentulah produk PMKS menjadi pilihan Kak Fas sekali gus membantu laungan ‘Jadikan Halal Pilihan Utama’.


Selain Lulu, kempen seumpama turut dilebarkan ke pasaraya Lotus manakala yang lebih suka membeli-belah dalam talian boleh menggunakan khidmat foodpanda yang merupakan rakan strategik bagi program penjenamaan digital produk halal PMKS.



Pilih sahaja nak apa, segalanya di hujung jari dan pembelian akan dihantar terus di depan pintu rumah anda.


Mudah kan?


Untuk rekod, di Malaysia, sebanyak 200,000 PMKS  terbabit dalam perniagaan berkaitan halal dan dari jumlah terbabit hanya 8,000 yang mempunyai sijil halal. 


Dan dari jumlah itu pula, kurang dari 2,000 PMKS yang mempunyai keupayaan buat eksport ataupun jadi pembekal kepada syarikat besar atau multinasional.



Dan di sinilah peranan HDC membantu golongan terbabit, iaitu memudah cara penyertaan industri ke dalam ekonomi halal untuk mendapat tiga perkara iaitu pertama meningkatkan eksport halal negara, kedua menarik lebih banyak pelaburan langsung ke dalam industri halal dan ketiga mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Malaysia melalui industri halal.

”Sehubungan  itu, menerusi inisiatif Belanjawan 2022 ini, HDC menyusun khas untuk menjadi pemangkin kepada visi, misi dan juga peranan HDC yang kami jangka boleh  memberi impak kepada ekonomi halal negara secara keseluruhan dari sudut ekonomi makro dan mikro," akhiri Hairol. 


#LuluHypermarketDepartmentalStore #JadikanHalalPilihanUtama #PMKS #HDC


Tiada ulasan:

Catat Ulasan