Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MERIBELLE-COSMAX KOREA TANDATANGANI PERJANJIAN BANGUNKAN PRODUK HALAL


RINGKAS, Santai & Padat
!


Begitulah kata akhir  yang dapat Kak Fas simpulkan pada majlis pelancaran produk kecantikan terbaharu, ‘Matte Lip Cream’ keluaran syarikat kosmetik tempatan, Meribelle diasaskan sepasang suami isteri, Muhammad Zulfadhil Ngatalin dan Siti Balqish Sajuri.


Mana tidaknya selain melancarkan produk yang disusun cantik dalam kotak putih berhias bunga mawar, pengisian kepada majlis pelancaran disusuli upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Meribelle dan pembekalnya, Cosmax Korea yang dihadiri Presiden Pengarah Cosmax Korea, Cheong Min Kyoung.


“Saya rasa teruja dengan kehadiran Presiden Pengarah Cosmax sendiri yang sudi hadir bersama pada majlis yang ringkas ini memandangkan bukannya mudah bagi orang atasan turun padang memberikan sokongan,” luah Siti Balqish ketika ditemui pada majlis berkenaan di Hotel Marriot, Putrajaya baru-baru ini.


Dan apabila berurusan dengan orang Korea tidak hairan jugalah majlis yang sepatutnya berlangsung selepas jam 8 malam dimulakan awal atas permintaan mereka.



DARI Kiri Cheong Min Kyoungm Zulfadhli dan Siti Balqis.


“Maaf, kami terpaksa mulakan majlis awal,” ujar Balqis ketika menghampiri Kak Fas yang terlepas majlis MoU yang ditandatangani bersama oleh Pengarah Meribelle, Zulfadhil dan  Balqis manakala Cosmax Korea diwakili Cheong Min Kyoung, Pengarah Pentadbir Cosmax Korea,  Sohn Beom Seok, Pembangunan Perniagaan & Pemasaran Cosmax Korea, Neni Nuraini dan Pembangunan Perniagaan & Pemasaran Malaysia untuk Cosmax Korea, Errina Tendean.


Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelidik dan membangunkan produk kecantikan yang memenuhi gaya hidup sibuk wanita Asia, terutamanya wanita bekerjaya yang perlu mempunyai penyelesaian yang cepat dan mudah untuk tampil rapi sambil mengekalkan gaya hidup sibuk mereka.


Pendek kata, ia menepati slogan ‘Your On-The-Go Makeup Routine’ yang membawa maksud semua produk Meribelle boleh digunakan terus pada bila-bila masa dan di mana jua dengan cepat dan mudah,


“Sejak ditubuhkan 3 tahun lalu dengan produk pertama, BB Cushion yang mencapai jualan 150,000 unit, Meribelle baharu sahaja aktif secara rasmi pada awak tahun ini selepas dua tahun terkesan akibat pandemik COVID-19 dan pelancaran ‘Matte Lip Cream’ merupakan inovasi terbaharu daripada produk tersedia,” jelas Balqish.


Menurutnys.  berikutan penjualan yang memberangsangkan  sebanyak 260,000 unit terdahulu, Meribelle mensasarkan mampu mencapai jualan lebih 300,000 unit pada tahun ini melalui keluaran ‘Matte Lip Cream’ terbaharunya, iaitu  kenaikan kira-kira 20 peratus.


Istimewanya, produk kali ini  jelas Balqish, dihasilkan dengan minyak ekstrak mawar sebagai bahan utama berserta ramuan vitamin E yang mampu merawat dan mengembalikan semula warna bibir kepada ‘pinkish’.



Dihasilkan dalam enam rona dengan nama yang trendy meliputi ‘Sorry Not Sorry’, ‘So Sassy’, ‘VVIP’, ‘Girl Power’, ‘I Will Succeed’ dan ‘I Love Myself’ pada harga RM23 sempena pelancaran berbanding harga asalnya RM39,  rangkaian ‘Matte Lip Cream’ berkenaan disasarkan kepada golongan wanita berkerjaya  bermula dari 20 tahun kepada 40 dan 50 tahun.


Kak Fas dah pun tengok warna-warna yang pasti mampu memikat citarasa semua waima Kak Fas sendiri menggemari rona ‘I Love Myself’ malah lebih mudah apabila saiznya memudahkan ia di bawa dalam tas tangan kecil sekali pun.


Memandangkan produk diformulasikan dari Korea pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah ia dijamin halal?



Menjawab kegusaran itu, Balqish memberitahu pemilihan untuk bekerjasama dengan Cosmax Korea disebabkan syarikat itu adalah yang pertama mempunyai sijil halal antarabangsa.


’Kolaborasi bersama syarikat pembuatan reka bentuk asli (ODM) yang terbesar di dunia itu merupakan langkah tepat dalam pemasaran produk kerana mengandungi bahan semula jadi, bebas gluten dan tentunya halal,” jelas Balqish sambil memberitahu Meribelle kini bersedia menambah bilangan ejen jualan daripada 1,000 reseller sedia ada kepada 3,000 orang,


“Kami sasarkan mempu melahirkan seramai 3,000 usahawan wanita dalam menjana pendapatan minimum sebanyak RM5,000 setiap bulan,” tegas Balqish yakin sambil mempelawa suri rumah menjadi ejen tanpa modal sambil menjana pendapatan sehingga 40% keuntungan.



Menurutnya, angka itu disarankan terbaik memandangkan Meribelle merancang menghasilkan lebih banyak produk berasaskan bahan semula jadi agar dapat mendidik pengguna agar percaya pada produk tempatan yng bukan produk ‘sampah’ atau produk tulen OEM (Original Equipment Manufacturer) semata-mata.


“Kami menghasilkan produk ODM (Original Design Manufacturer) yang kami sendiri reka selepas melakukan R&D mengikut keperluan,” cerita Balqish panjang lebar sambil menjelaskan produk-produk Meribelle dihasilkan dengan nilai 4 dalam 1 bagi memudahkan pengguna menggunakan satu produk sahaja tanpa perlu lagi menggunakan foundation atau sunscreen dan sebagainya,


Tambah Balqish, sebelum ini Meribelle menggunakan kaedah ‘end-user’ (pengguna) di mana mereka membuat pembelian secara dalam talian di laman web dan Facebook.


“Sebagai ejen yang sama level drop ship mereka berpeluang mengambil ahli lain di bawah mereka dan lebih menarik segala urusan pos dan pentadbiran diuruskan oleh Meribelle sendiri, jadi ejen-ejen hanya berusaha mendapatkan jualan sahaha,” sambung Balqish.



Merancang melebarkan sayap ke luar negara dengan perhatian diutamakan kepada pasaran Indonesia khususnya di kota Jakarta, Meribelle berharap dapat meletakkan jenamanya ke pasaran global.


Berkongsi mengenai jenama Meribelle, Balqish memberitahu ia tiada kaitan dengan namanya Balqish  tetapi dipetik daripada perkataan ‘Meri’ yang bermaksud ‘cantik’ dan ‘Belle’ bererti ‘kepercayaan’.


“Jadi kecantikan bukan datang dari luaran tetapi datang dengan kepercayaan,” ujar Balqish berhubung pilihan nama ‘Meribelle’.


Merancang menghasilkan produk ‘Eye Liner’ selepas ini, Balqish tidak menolak bajal melantik aetis sebagai wajah Meribelle.


“Saya tidak mahu founder attach dengan brand semata-mata jadi perlu ada wajah lain sebagai duta produk,” akhiri Balqish sambil memberitahu nama artis yang dikenal pasti sudah ada namun seperti kata Dato Sri Siti Nurhaliza ‘Biarlah Rahsia’.


Kita tunggu sahaja lah ya… yang pasti kata Balqish perancangannya akan teelaksana tabun ini juga, 


Korang agak-agak siapa ek?



#Meribelle #CosmaxKorea #MatteLipCream #BBCushion #Bisnes #SuriBisnes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan