Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BELANJA RM300 DI ALAMANDA PUTRAJAYA, SURIRUMAH BERTUAH MENANG KERETA PROTON X50!


SAMBIL
seronok membeli-belah dapat pula hadiah mewah apatah lagi sebuah kereta jenama Proton X50 bernilai RM103,300 (tidak termasuk insuran), siapa tak nak kan?



Itulah hadiah lumayan yang ditawarkan  Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya untuk kempen cabutan bertuah ‘The Big Win’ yang tamat pada 26 Jun 2022 lalu.


Dan pemenang bertuahnya milik seorang suri rumah berusia 30 tahun, Rabiatul Afiqah Mohd Rahim yang menetap di Seremban.


““Saya sangat terkejut dan tidak percaya saya menang cabutan bertuah ini semasa menerima panggilan dari pihak Alamanda. Agak kerap juga saya menyertai pertandingan cabutan bertuah sebelum ini tetapi “tuah” saya belum kunjung tiba sehingga saat ini,” ujar  Rabiatul Afiqah yang menerima hadiah kereta ‘Proton X50 Flagship’ daripada Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn. Bhd, bertempat di Pusat Beli-Belah Alamanda pada semalam, 29 Julai 2022. 



Turut hadir menyaksikan penyerahan hadiah berkenaan, Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong juga Ketua Pegawai Eksekutif The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd, Vincent Phang



Bagaikan pepatah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu”, begitulah andaiannya yang dapat disimpulkan kepada tuah yang menyebelahi Rabiatul Afiqah.


Kemenangan yang tidak diduganya itu ibarat bulan jatuh ke riba waima ini pertama kali beliau merasai memiliki sebuah kereta miliknya sendiri apatah lagi beliau hanya seorang surirumah yang tidak bekerja.


Menurut Rabiatul beliau seringkali mengunjungi Alamanda memandangkan ibu dan abangnya  tinggal berdekatan.


“Lokasi Alamanda yang sangat strategik ini amat memudahkan perjalanan dan pengalaman membeli-belah saya dan keluarga yang mana kami boleh mendapatkan hampir apa sahaja yang kami cari, pastinya ada di Alamanda,” ujar Rabiatul yang hadir bersama keluarganya.


Untuk rekod, kempen membeli-belah “The Big Win”  membolehkan setiap pembelian bernilai RM300 dimana-mana kedai terpilih berserta maksimum dua resit pembelian, layak menerima sekeping baucar beli-belah bernilai RM30 dan satu penamaan untuk menyertai pertandingan cabutan bertuah. 


Setiap pembeli yang layak dibenarkan membuat tiga penamaan maksimum untuk satu hari. 


Hadiah utama Proton X50 yang ditawarkan adalah varian “Flagship” yang dilengkapi dengan kepelbagaian ciri dan spesifikasi premium malah ia adalah satu-satunya varian yang dilengkapi dengan bumbung panoramik, 1.5L TGDi Enjin 3-Silinder turbo suntikan terus dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0. 


Kejayaan kempen melibatkan  hasil usaha kolaborasi bersama pihak Alamanda dan pengedar sah Proton Malaysia, The Apple Auto Services & Tyres Sdn Bhd yang berlokasi di Bandar Baru Bangi. 


Pusat perkhidmatan servis ini adalah antara pusat servis ternama Proton 4S yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan servis kereta, penjualan alat ganti dan pengedaran kereta proton sah malah perkhidmatan cat kereta juga turut disertakan bagi memudahkan para pelanggan mendapatkan kepelbagaian perkhidmatan dibawah satu bumbung. 



Sementara itu, keriangan di Alamanda diteruskan dengan pelancaran kempen ganjaran harian yang bermula 29 Julai sehingga 21 Ogos 2022,  mengundang para pengunjung untuk memenangi cabutan bertuah segera apabila pembelian minimum yang bernilai RM300 melalui dua bukti resit daripada mana-mana kedai terpilih di Alamanda layak menyertai cabutan bertuah segera ini. 


101 kotak mini yang mengandungi baucar beli-belah Alamanda akan dibuka setiap hari, yang mana salah satu daripadanya mengandungi sekeping “Golden Ticket” bernilai RM1,000 dan sekeping baucar “White Ticket” yang bernilai RM50 bagi 100 kotak yang lain. 


Ini bagi  memastikan tiada pembeli yang akan pulang tanpa sebarang habuan! 



Bagi meningkatkan tahap keterujaan, setiap lebihan hadiah akan digabungkan dengan 101 hadiah untuk hari berikutnya. 


Para pembeli dikehendaki untuk membawa bukti resit ke kaunter pertanyaan pada hari pembelian. Had penyertaan adalah satu hadiah untuk setiap pembeli untuk setiap hari selagi stok masih ada. 


Apa lagi... apa kata cuba nasib anda, mana tahu tuah anda menjadi kali ini.


Kak Fas: Dah cuba tapi belum ‘bertuah’ nak dapatkan ‘golden ticket’ bernilai RM1,000.  Tak apa kita cuba lagi ya. Yang penting jangan putus asa, rezeki tetap ada! Terima kasih daun keladi!



#AlamandaPutrajaya #TheBigWin #ProtonX50 #HadiahBertuah #GoldenTicket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan