Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MR. D.I.Y. PLUS TAWARKAN 20,000 PRODUK MELIPUTI 5 KATEGORI UTAMA DI MIDVALLEY MEGAMALL


MR D.I.Y.  satu jenama yang bukan sahaja dikenali dewasa tetapi disebabkan ia mudah disebut, golongan kanak-kanak pun suka masuk ke kedai berkenaan yang lebih mudah mereka sebut DIY sahaja.


Kak Fas antara pelanggan yang sering ke DIY apatah lagi ia terletak di bawah kediaman kondominium yang Kak Fas tinggal sekarang ini. 


Bila barang kat rumah dah 'out of stock' mesti Kak Fas turun untuk membelinya apatah lagi kaum keluarga memang suka DIY disebabkan harganya yang mampu milik.


Sehubungan itu, apabila mendapat undangan ke pelancaran rasmi MR. D.I.Y PLUS, sudah tentu Kak Fas teruja untuk menghadirinya bagi mengetahui apa kah kelebihin MR. D.I.Y. PLUS itu, lebih-lebih lagi apabila lokasinya terletak di pusat membeli-belah Midvalley Megamall yang mudah dikunjungi.


Setibanya di sana... Wow! Itu lah perkataan pertama yang terbit daripada hati apabila menyaksikan keluasan MR D.I.Y. PLUS..


Iyalah... dengan keluasan 30,000 kaki persegi ia mampu mempamerkan kira-kira 20,000 jenis produk dalam lima kategori utama iaitu perkakasan, barangan kegunaan rumah dan perabot, elektrik, alat tulis, dan produk kelengkapan sukan dan lain-lain (termasuk permainan, aksesori kereta, barang kemas, kosmetik, produk makanan dan minuman, serta produk penjagaan diri & kesihatan. 


Bayangkan berapa lama pula masa yang seseorang akan mengambil untuk menikmati produk-produk jualan di situ...Jadi Kak Fas syorkan jangan bawa suami yang tak tahan tunggu lama...bising nanti 'mana isteri aku ni lambat sangat' haha.

Tidak hairanlah seperti kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong dalam tempoh sebulan sejak  hari pembukaan pertamanya pada 19 Mei 2022, bersamaan hari jadi Kak Fas pulak hihi...seramai 200,000 pelanggan berkunjung ke MR. D.I.Y PLUS.


ADRIAN (kiri) bersana Alex pada sidang media.

“Para pelanggan kini bijak dan berpengetahuan. Mereka mahukan nilai, kemudahan sebuah kedai sehenti, dan manfaat daripada pengalaman membeli-belah yang menarik serta menyeronokkan. MR D.I.Y. PLUS menawarkan semua ini dalam satu ruang yang menghiburkan," sambung Ketua Pemasaran Kumpulan MR.D.I.Y, Alex Goh yang turut hadir pada sidang media bersama Adrian selepas majlis pelancaran disempurnakan.


Mengulas lanjut, Goh memberitahu,  MR. D.I.Y. PLUS dibangunkan berdasarkan maklumat dan maklum balas pelanggan yang dikumpul oleh MR D.I.Y. sebagai sebahagian daripada proses penyelidikan pelanggan dan analisis data yang berterusan. 


“Kami bukan sekadar ingin membina sebuah kedai yang besar semata-mata, MR. D.I.Y. PLUS adalah sebuah ruang yang telah diatur dengan teliti untuk membawakan rangkaian barangan keperluan harian kami di sebuah lokasi yang menyenangkan. 



"Kajian kami menunjukkan pasca pandemik pelanggan mahukan lebih lagi jaminan barangan harga terendah dan dengan cara yang baru, menyeronokkan serta interaktif - mereka mahukan sesuatu yang menghiburkan. Ia menjanjikan para pelanggan bahawa mereka bukan sahaja dapat membeli barangan keperluan harian, tetapi juga boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan, selain memperoleh pengetahuan dan inspirasi sepanjang proses membeli-belah,” kata Goh.


Bersempena acara pembukaan rasminya,   MR. D.I.Y. PLUS  mengadakan satu siri aktiviti dan promosi dari 1 hingga 3 Julai 2022 di mana untuk tempoh yang terhad, para pelanggan yang mengunjungi MR. D.I.Y. PLUS boleh mencuba kotak-kotak pengalaman DIY, pengalaman yang unik di kedai itu, yang melambangkan pelanggan-pelanggan MR D.I.Y. dari pelbagai latar belakang. 



Kotak-kotak DIY itu merangkumi seorang bapa yang bekerja, suri rumah, remaja perempuan, penyokong inisiatif lestari, dan peminat barangan perkakasan dan aktiviti berkebun. 


Memang 'happening' lah apatah lagi pada acara pelancaran, tetamu khususnya media berpeluang menyertai peraduan memenangi baucer bernilai RM300 dengan cabutan bertuah ditentukan untuk mencari 20 pemenang.


Bagi yang tak bertuah boleh pula sertai acara 'treasure hunt' iaitu mencari barang melalui gambar yang diberikan untuk memenangi baucer bernilai RM50 dalam masa 10 minit.



Apa lagi ramai lah yang berlari 'anak kecil ' ke tingkat 2 untuk mencari produk pada gambar yang diberikan dalam envelop. Kak Fas pun 'join' dan dapatlah RM50... jadilah daripada tak dapat RM300 haha...


Untuk rekod, MR D.I.Y. PLUS adalah jenama terkini dari rangkaian jenama Kumpulan MR D.I.Y. yang turut merangkumi jenama asal MR. D.I.Y. yang dilancarkan pada 2005, diikuti oleh MR. TOY pada 2019, MR. DOLLAR pada 2020 dan MR. D.I.Y. Express pada 2021. 


Pembukaan MR D.I.Y. PLUS menjadikan jumlah keseluruhan kedai milik Kumpulan MR D.I.Y. melebihi 950.


Untuk maklumat lanjut mengenai MR. D.I.Y. PLUS, layari laman web MR D.I.Y., www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com.my, dan saluran media sosialnya di, Facebook dan Instagram.


Boleh juga klik sahaja di  SINI.



#MrDIYPLUS #MrDollar #MrDIYExpress #MrTOY #MrDIY #MidValleyMegamall

Tiada ulasan:

Catat Ulasan