Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PREBIU FASHION AEON 2022 KREATIF & LUAR BIASA, DARI MRT SURIAN KE AEON MRT TAMAN MALURI!




DUA
dalam satu… begitulah yang dapat Kak Fas simpulkan pada majlis  terbaharu, Pratonton Fesyen AEON (AFP) yang julung kali diadakan bagi tempoh Julai hingga Oktober 2022, anjuran peruncit terbesar, AEON CO (M) Bhd baru-baru ini.


Pertama, media dan bloggers dibawa menjelajah ke gim butik komuniti, TRIBE BOXING STUDIO yang terkenal dengan latihan ‘kickboxing’ serta ‘tinju’ sekali gus menyaksikan pelancaran kerjasama dengan jenama ‘Innercasual’ atau ringkasnya IC.


Jenama itu berhasrat untuk memperkenalkan produknya  di Malaysia dengan  3 gaya tersendiri meliputi ‘Active wear’. ‘PeaceFit’ dan ‘Kasual’ diinspirasi daripada citarasa aktivis ikonik British, Katherine Hamnett, seorang perintis dalam fesyen beretika.


Pemilihan pelancaran IC buatan Jepun yang berlaku di TRIBE BOXING STUDIO dimulakan mengikut hasrat AEON memperkenalkan 3 jenis pakaian fesyen yang berbeza iaitu Gaya FIt (Sukan), Percutian (Kasual) dan Perkahwinan ( Bridal).


Pendek kata, acara yang berlangsung meraikan lebih daripada 20 pakaian in-house yang telah bersama AEON selama hampir 4 dekad sekali gus menyaksikan pakar industri, peminat fesyen dan media berkumpul untuk mengalami pengembaraan baharu dalam gaya dan trend industri fesyen.


Tidak hairanlah sebaik diberikan sehelai baju t IC serta diberi latihan pendek cara bertinju, Kak Fas dan rakan-rakan masih rasa selesa dalam baju t yang dipakai walau pun berpeluh juga.



Rupanya produk IC dihasilkan untuk menyerap peluh diperbuat daripada bahan yng boleh diregangkan malah fabriknya ringan bagi menyokong pergerakan serta direka agar anti-bau, anti bakteria dengan perlindungan UV.


Memang rasa selesa apabila memakai baju t daripada bahan sutera lembut itu  yang mana ia bukan sahaja menyerap peluh bahkan berupaya kering dengan cepat jadi pemakai akan sentiasa rasa segar walau pun dah bersenam.


“Innercasual adalah mengenai keselesaan sambil memilih untuk menjadi serba boleh dan fleksibel dalam cara hidup kita,  jadi keputusan untuk memastikan jenama itu dibawa ke Malaysia pastinya satu keputusan yang baik. sesuai dengan strategi gaya hidup terkini.” ujar Timbalan Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada pada majlis pelancarannya.



Turut hadir Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON.


“Kami menemui rakan kongsi komuniti dalam TRIBE yang memperjuangkan nilai yang sama – secara aktif mengutamakan kecergasan sambil memperkasakan gaya sendiri. . Kami memanggilnya gaya cergas di AEON,” sambung Ngai Yuen.


Patutlah walau pun pihak media dan bloggers di bawa menaiki MRT dari  stesen Surian hingga ke MRT Taman Maluri untuk menyaksikan satu lagi inovatif dalam pertunjukan fesyen dalam tren, badan tidak terasa melekit malah masih selesa mamakai baju t IC.


Selama 45 minit di dalam tren, dipersembahkan pula pertunjukan fesyen kasual ala percutian yang menepati suasana perjalanan majlis.



Sepanjang bergelar wartawan inilah pertama kalinya Kak Fas menyaksikan sebuah pertunjukan fesyen di dalam tren… kreatif sungguh pihak AEON dalam memperkenalkan koleksi kasual ala percutian mereka itu.




Setibanya di AEON Taman Maluri, lagilah ‘happening’ apabila ramai lagi tetamu hadir untuk menyaksikan pula pertunjukan fesyen pengantin serta kasual termasuk fesyen Plus wear bagi mereka yang berbadan besar.


Boleh dikatakan pemilihan AEON untuk mempromosikan tiga gaya meliputi fesyen aktif sukan, kasual percutian dan pengantin tepat pada waktu selepas negara dilanda pandemik COVID-19 dan sekarang berada pada endamik pula.



Di sana sini sudah kelihatan rakyat kembali aktif bersukan beriadah dan menganjurkan majlis perkahwinan yang tertangguh lebih dua tahun, jadi dengan adanya promosi daripada AEON ini dan ditambah dengan harga yang berpatutan, eloklah ke AEON sahaja kerana segalanya berada di bawah satu bumbung.



Cari sahaja jenama apa pilihan hati, janji semua ‘happy’!




#AEONStyle #AeonFashionPreview2022 #Innercasual #TRIBEBoxingStudio #AEON

Tiada ulasan:

Catat Ulasan