RASAI KERIANGAN BERSAMA DINOSAUR DI TAMAN JURASSIC PAVILION BUKIT JALIL
APA?
Ada Jurassic Dinosaur Adventure Park di Malaysia?
Wow! Kanak-kanak atau pun dewasa yang minat dengan cerita pengembaraan dan cereka sains dari Amerika Syarikat sejak diperkenalkan pada tahun 1993, 'Jurassic Park' arahan Steven Spielberg ini tentu suka nak tengok kan?
Bertempat di aras 5, Pavilion Bukit Jalil, taman ini dipenuh pelbagai spesis dinosaur dari zaman pra sejarah,merupakan makhluk yang mempersonakan dan hanya boleh dijumpai di dalam buku dan filem.
Walau pun bentuknya dan ngaumannya menakutkan tetapi dinosaur amat popular di kalangan kanak-kanak dan menjadi produk permainan popular.
Boleh dikatakan setiap kanak-kanak pasti mempunyai seekor dua dinosaur di rumah kan? Rumah Kak Fas pun penuh dengan species itu dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.
Jika kanak-kanak menjadikannya mainan, yang dewssa pula membelinya untuk simpanan dan pameran kerana hobi. Begitulah penangan makhluk bernama DINOSAUR itu.
Dan pada yang ingin mendekati secara dekat bentuk dan rupa dinosaur berkenaan bolehlah berkunjung ke taman yang Kak Fas ceritakan tadi.
Jangan lepaskan peluang kerana penganjurnya, KKday, sebuah peneraju platform pengalaman pelancongan Asia membawa Jurassic Dinosaur Adventure Park ke Malaysia untuk membawa para pengunjung ke era Jurassic mulai sekarang sehingga 31 Ogos 2022 ini.
Taman tema ini menampilkan pelbagai jenis dinosaur animatronik dengan saiz yang sebenar, menggambarkan kehidupan di habitat mereka dan mampu bergerak serta menghasilkan bunyi yang menggerunkan.
Dibuka sehingga 31 Ogos 2022, Jurassic Dinosaur Adventure Park bertempat di Pavilion Bukit Jalil menjemput semua orang dari pelbagai peringkat umur untuk mengalami keriangan taman tema tersebut.
Sudah tentu objektif utama taman tema ini adalah untuk menyediakan platform yang mencetus minat kanak-kanak untuk mempelajari lebih tentang makhluk pra sejarah ini sambil bermain dengan pelbagai aktiviti dan sukan yang menyeronokkan.
Malah lebih penting berpeluang mengambil gambar bersama dinosaur-dinosaur tersebut.
Direka untuk memberi pengalaman yang luar biasa dengan merangsangkan emosi, perhatian dan konsentrasi para pengunjung, ia turut dilengkapi dengan lebih kurang 10 zon tarikan mainan yang boleh dipilih atau terokai kesemuanya.
Ia meliputi alat trampolin, permainan, alat tunggangan, pameran dinosaur dan sebagainya yang akan membuatkan kanak-kanak teruja dengan pengalaman tersebut.
Berikut beberapa tarikan yang pasti menghiburkan anda dan anak-anak.
1. Hutan Pra-sejarah :
Melangkah masuk sahaja ke taman, anda akan berhadspan dengan ruang yang mempamerkan pelbagai jenis dinosaur seakan-akan hidup dan menyambut anda dengan ngauman mereka!
Anda dibenarkan untuk berswafoto tetapi waspada, jangan sampai digigit atau terkejut ya bila kepala dan ekor dinosaur menepis badan anda apabila terlalu dekat dengannya.
Dan bila berinteraksi dengan Dinosaur yang seolah-olah bernyawa dan hidup ini, pastikan abadikan kenangan dengan mengambil gambarnya tau sebelum lari gara gara terkejut dengan ngaumannya.
2. Tunggang dinosaur kegemaran anda:
Selepas melalui tulang-tulang dinosaur yang menjadi lorong perhubungan ke bahagan permainan anda boleh memulakan kehangatan dengan menunggang kereta dinosur kegemaran masing-masing.
Naik, pandu dan pegang erat-erat ya!
3. Keretapi Express Dino:
Bagi kanak-kanak yang suka naik tren boleh lah mencuba naik keretapi Express Dino ini. Choo Choo tren ini pasti menyeronokkan. Jangan terperanjat jika ternampak yang dewasa pun cuba nak naik tau. Tak muat pinggul mereka duk je atasnya haha..
4. Lava Trampoline Gunung Berap:
Di sini imaginssi anda perlu menguasai.
Bayangkan lahar memenuhi lantai jadi kebijaksanaan anda diperlukan untuk memastikan kaki tidk terpijak. Jadi perlulah melompat atas trampolin sebaik-baiknya. Permainan imaginasi zaman kanak-kanak menjadi realiti di sini.
Lihat setinggi mana anak anda (atau anda) boleh melompat mengelak lantai lahar.
5. Gelongsor Gunung Berapi:
Keadaan hangat di gunung berapi mewujudkan gelongsor setinggi 3 meter untuk lari dari lahar yang mendidih!
Lekas! Masa tidak banyak untuk lari!
6. Permainan Menembak Dino Hunting:
Di hadapannya terletak rung menembak untuk kana-kanak atau ibu bapa yang ingin mencuba jadi 'sharp shooter' gitu.
Sedia, bidik, tembak!
Uji bidikan anda dengan permainan menembak. Kak Fas tentulah cuba menembak haha… ada yang kena tepat ada peluru yang ‘miss’ hihi…
7. Ruang Permainan Menggali Tulang Dinosaur:
Ini antara ruang kegemaran kanak-kanak iaitu mengambil penyodok dan gali untuk mencari tulang-tulang dinosaur yang ada di dalamnya. Adakah anda mampu mencari semuanya? Ya amat lah kecil tulang-tulang tu tau tapi Kak Fas tengok banyak juga berhasil di korek kanak-kanak.
8. Istana Belon Udara Dino Jungle:
Menjelajah ke taman lantun Dino Jungle dan alami keriangan! Istana belon udara ini menyerupai muka bumi zaman pra sejarah! Anak-anak boleh menggelungsur turun daripada ‘tunnel’ tertutupnya.
9. Ball Pit Interaktif:
Siapa tidak suka ball pit yang menarik! Keistimewaan ball pit ini ialah ia datang bersama skrin interaktif yang menggalakkan anda melontar bola ke arah gol di skrin. Selain itu kanak-kanak boleh berendam dan terjun ke dalam kolam yang dipenuh bebola kecil warna warni.
10. Gaung Teka Teki Binaan:
Alamak, anda terjatuh ke gaung! Kami perlukan bantuan anda menyelesaikan teka teki binaan untuk keluar!
11. Interactive Fun Slide:
Gelongsor Keriangan Interaktif ini akan membuatkan anak-anak turun naik dan tidak berhenti bermain. Kira satu senaman ringan jugalah kan?
Pendek kata, selama 100 minit masa yang diberikan untuk ‘bermain’ di sini akan membawa anda dan anak-anak le satu pengalaman yang pasti menjadi kenangan indah.
Yang dewasa boleh kembali ke zaman kanak-kanak waima anak-anak pul;a berpeluang berhibur santai bersama ibu bapa dan mengenali mahkhluk dinosaur yang belum pernah mereka lihat selama ini.
Tidak hairanlah sebaik sahaja seekor maskot ‘dinosaur’ di bawa kelilingi taman, kanak-kanak dan dewasa berebut untuk menyentuh kulitnya sambil berswsfoto. Sesi ini ysng psling menyeronokkan haha…
Maklumat Acara & Tiket:
Tiket masuk boleh dibeli melalui https://kkday.me/dinogcma atau KLIK SINI.
Tiket Hari Minggu dan Hujung Minggu boleh di didapati dengan diskaun 50% pada 8 dan 9 Ogos 2022 dengan menggunakan kod promosi DINO8.
Pengunjung juga boleh menikmati diskaun 50% untuk Pas 1-Hari pada Hari Minggu dengan pembelian minimum sebanyak 4 tiket menggunakan kod promosi DINO50.
Sah dari hari ini sehingga 31 Ogos 2022.
Tiket boleh digunakan serta merta atau pada tarikh yang berlainan, sila pastikan anda manfaatkan promosi ini dengan menempah tiket anda dengan awal supaya dapat menikmati pengalaman jurassic yang luar biasa.
*Tiket sah sehingga 31 Ogos 2022.
#Dinosaur #JurassicAdventurePark #PavilionBukitJalil #KKDay #DinoJungle #Train
Tiada ulasan:
Catat Ulasan