VIRTUALFLEX & IOUPAY TAWAR KAD PRABAYAR KA$HPLUS, TANGANI PENIPUAN URUSAN PERBANKAN
DARI Kiri: Yeap Yong Wei,. Wayne Wang, Ken Phua, Heng Wa Seng dan Lau Teck Huat melancarkan kad pra bayar Ka$hplus baru-baru ini. |
SEJAK pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia lebih dua tahun lalu, banyak perubahan yang terpaksa dilalui rakyat sebagai langkah menuju ke fasa kehidupan lebih moden dan sihat termasuk cara transaksi perbelanjaan kewangan.
Kaedah pembayaran secara e-dompet kini bukan lagi luar biasa malah pengguna sudah arif menggunakan peranti mudah alih mereka untuk menjalankan transaksi pembelian dan perbankan tanpa tunai dan tanpa sentuh, lebih-lebih lagi untuk mencegah penyebaran coronavirus.
Pendek kata, penggunaan meluas sistem e-dompet kini sudah tidak dapat dielakkan apatah lagi ia mampu mengurangkan risiko terdedah kepada potensi penipuan.
Malah, dengan peningkatan jumlah kes penipuan berkaitan perbankan yang direkodkan di Malaysia di mana berbilang akaun telah dihapuskan daripada simpanan mereka, Virtualflex Sdn Bhd (“Virtualflex”) tampil memperkenalkan platform e-dompet dan kad prabayarnya - KA$Hplus, sebagai usaha untuk memodenkan kaedah pembayaran di Malaysia sekali gus menangani kemungkinan butiran akaun perbankan pengguna terdedah semasa membuat pembayaran. .
.
KA$Hplus turut mencegah dari maklumat kad kredit dan kad debit dari dicuri, di mana maklumat-maklumat tidak dipaparkan secara penuh di aplikasi e-dompet.
Selain itu, kad prabayar perkhidmatan e-wallet KA$Hplus juga tidak memaparkan nombor kad dan Nilai Pengesahan Kad (CVV), lantas mengurangkan risiko yang diambil para pengguna semasa menggunakan platform mereka.
Dengan pelancaran KA$Hplus, Virtualflex berharap dapat mendidik para pengguna tentang kaedah-kaedah membendung aktiviti penipuan melalui sistem e-dompet dengan menganjurkan kempen-kempen kesedaran di Lembah Klang pada bulan-bulan yang akan datang.
HENG Wa Seng |
“Kami komited di dalam menyumbang dan menambah baik kesejahteraan komuniti dengan solusi fintech yang menawarkan keselamatan maksimum, ketelusan, kemudahan, dan kebolehgunaan.
“Sama ada kita suka atau tidak, dunia menuju ke arah kaedah pembayaran digital dan tanpa tunai. Dengan pelancaran KA$Hplus dan myIOU KA$Hplus Card, kami berharap untuk memberi impak yang besar di Malaysia dengan melindungi pengguna dari aktiviti penipuan, pada masa yang sama, memajukan negara sebagai sebuah contoh di dalam menerapkan kemudahan fintech,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Virtualflex Sdn. Bhd., Heng Wa Seng pada majlis pelancaran kad KA$Hplus sempena Pameran MIRF 2022 (Malaysia International Retail and Franchise Exhibition) bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
Turut hadir bersama, beberapa tetamu kehormat, termasuk Dato’ Sri Steven Eng, Penasihat Malaysia Digital Chamber of Commerce; Datuk Hj Mohd Kamal bin Shukor, Pengurus Kanan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM); Ken Phua, Timbalan Presiden Malaysia Retail Chain Association (MRCA); Carol Fung, Pengurus Kanan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC); Kenneth Kuan, Ketua Pegawai Kewangan IOUpay; Wayne Wong, Ketua Pegawai Kawalan Kredit IOUpay; Lau Teck Huat, Ketua Pegawai Teknikal IOUpay; Yeap Yong Wei, Pegawai Komersial Serantau IOUpay; serta Pemimpin Pendapat Utama (KOL) – Beatrice Chong, Putera Ameer, dan Chuojashni Subramaniam.
Berkongsi lanjut, Heng Wa Seng mengumumkan perjanjian eksklusif selama tiga tahun di antara Virtualflex dengan IOUpay untuk melancarkan myIOU KA$Hplus Card secara dua peringkat.
Peringkat pertama melibatkan pengagihan Kad myIOU KA$Hplus kepada pelanggan sedia ada perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL) myIOU, dan peringkat kedua melibatkan integrasi perkhidmatan BNPL di dalam aplikasi.
Kerjasama ini disasarkan untuk memberi kelonggaran dan pilihan kepada pengguna di dalam hal pembayaran melalui integrasi kad prabayar ini.
Menurut Heng Wa Seng, kesemua kad KA$Hplus, termasuk myIOU KA$Hplus Card, merupakan kad debit prabayar yang boleh ditambah nilai.
Ia turut mempunyai fungsi pembayaran Visa yang membolehkan pengguna untuk bertransaksi di serata dunia, di mana sahaja kad Visa diterima.
Sementara itu, Ketua Pemasaran IOUpay, Gwen Khor berkata, “Kerjasama dengan Virtualflex untuk melancarkan myIOU KA$Hplus Card menyediakan produk fintech yang inovatif dan mengukuhkan matlamat kedua-dua syarikat dalam menyediakan solusi pembayaran digital.”.
Di samping itu, Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) turut menjalinkan kerjasama dengan KA$Hplus untuk memacu Malaysia ke arah negara berpaksikan teknologi dengan menggalakkan para peniaga memilih kaedah pembayaran tanpa tunai sebagai kaedah utama dalam transaksi harian.
Mohd Kamal Shukor, Senior menandatangani MoU bersana Hebg Wa Seng sambil disaksikan Ken Phua, |
Tambahan pula, beberapa usaha untuk menerapkan persekitaran tanpa tunai menyeluruh di dalam komuniti bermula dengan sekolah, kolej dan universiti melalui “KA$Hplus Cashless Campus Program 2022”, menawarkan akses kemudahan kad prabayar Visa dan portal pengurusan akaun aplikasi mikro kepada 100 buah institusi pada kadar yang rendah.
KA$Hplus mensasarkan untuk mengintegrasikan pembayaran tanpa tunai di dalam kehidupan seharian supaya generasi akan datang bersedia untuk mengadaptasi kemajuan teknologi yang bakal menyusul kelak.
Dan bersempena dengan penyertaan Virtualflex dalam MIRF 2022, KA$Hplus telah menawarkan kredit percuma RM30 kepada 100 pemohon terawal setiap hari dari 14 hingga 16 Julai 2022.
Aplikasi KA$Hplus kini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi kashplus DI SINI.
#VirtualFlex #Ka$hPlus #MyIOU #KadPraBayar #MIRF2022 #BNPL #TanpaTunai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan