ERMA RANCANG KEMBANGKAN BISNES KE LUAR NEGARA, MAHU PRODUK DIKENALI SEBAB KEBAIKANNYA
TIDAK salah dikatakan bahawa setiap anak pasti ada hasrat dan niat terpendam di dalam hati untuk membawa ibu bapa mereka menunaikan Rukun Islam ke Lima iaitu Haji atau Umrah.
Walau pun naluri ibu dan bapa tidak mengharapkan sebarang balasan daripada anak-anak namun jika anak mampu apa salahnya kan?
Itu lah yang disempurnakan oleh Erma Nor Suhaila, 35. sebaik sahaja mendapat sedikit keuntungsn hasil usaha kerasnya dalam perniagaan produk keluarannya, ‘Set Lengkap Kurus By Erma’ meliputi Losyen Sejuk Erma, Herba Erma dan Sb’Berry Erma.
“Alhamdullilah, saya dapat tunaikan hasrat menghantar kedua ibu bspa menunaikan umrah dan says sendiri berssms suami pun dapat menjejakksn kaki ke Mekah daripada hasil keuntungsn jualan produk.” ujar Erma dalam satu pertemuan eksklusif di pejabat ERACO di KL Traders Square baru-baru ini.
Kehadiran Erma ditemani suami. Nik Muhamad Adib Ashraf Nik Abdullah, 25, yang sekali pandang memang mirip penyanyi Sufian Suhaimi sehingga Kak Fas terus memanggilnya ‘baby pian’ haha…
“Memandangkan saya sering mengalami alahan, suamilah yang membantu membuat promosi di kaca televisyen malah dia juga menjadi ‘penghantar’ produk untuk dipos pada pelanggan,” cerita Erma sambil mendapst anggukan daripada suami tercinta yang merupakan seorang mekanik.
Memulakan bicara bagaimana tercetusnya idea untuk mengeluarkan produk, Erma memberitahu segalanya bermula untuk dirinya sendiri.
“Sebelum kahwin saya memang gemuk dengan berat badan mencapai 80 kg sehingga ada rakan sekerja musykil bagaimana saya terpilih untuk bertugas ke Lebanon sedangkan orang yang sepatutnya terpilih perlu fit, ” ujar Erma yang kini masih bertugas sebagai kerani dalam Kementerian Pertahanan Awam.
Tetapi itulah dinamakan rezeki. Dan ketika di Lebanon beliau bergaul dan mesra dengan perajurit-perajurit daripada berbagai negara antaranya tentera dari Amerika Syarikat.
Sehubungan itu Erma tidak melepaskan sifat ramah mesranya dengan bertanya askar-askar AS tentang apa yang membuatkan mereka kekal bertenaga malah bertanya apa formula yang membolehkan seseorang itu menurunkan berat badan, Al maklumlah waktu itu berat badannya 80kg.
Dari situlah timbulnya idea untuk mencari formula yang diperkatakan askar-askar Amerika berkenaan bagi menghasilkan produk sendiri.
Sifatnya yang tidak boros membolehkan Erma menyimpan duit gajinya selama dua tahun bertugas di perantauan sehinggalah bermodalkan RM5,000 terhasilnya produk Erma bermula dengsn losyen sejuk kurus dan herba berbentuk tablet.
..
Mencubanya sendiri terlebih dahulu, Erma terus yakin untuk meneruskan jualan setelah berjaya menurunkan berat badannya sehingga 52 kg.
“Apabila menjadikan diri sendiri sebagai testimoni baharulah ramai yang yakin akan keberkesanan produk ciptaan saya itu,” tambah Erma yang mula membuat jualan di kalangan rakan-rakan tenteranya.
Tanpa diduga hasil kerja keras mempromosikan sendiri produk melalui media sosial, jualannya meningkat sehingga mampu memperoleh keuntungan bersih dalam RM10,000 sebulan.
“Daripada hasil jualan terkumpul sebanyak RM100,000 pada awalna dapatlah saya menunaikan impian menghantar ibu bapa dan adik mengerjakan umrah sebelum saya dan suami pun menunaikannya kemudian,” kata Erma dalam nada rasa puas dapat berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga.
Ketika di Tanah Haram, Erma memberitahu ramai yang menegur dirinya hamil sedangkan ketika itu beliau tidak pun tahu dirinya mengandung apatah lagi ujian yang dilakukan sebelum berangkst menunjukkan tanda negatif.
Begitulah aturan Allah SWT.
Sebaik kembali ke Kuala Lumpur, Erma terus melakukan ujian dan ternyata benar tekaan ramai beliau hamil anak sulongnya dan dijangka melahirkan seorang putera pada November depan.
Pun begitu berita yang menggembirakan itu tidak disusuli dengan kebahagian sepanjang langkahnya untuk terus menjayakan perniagaan Ermaza Empire Beauty.
“Banyak perkara yang terpaksa saya tempuhi ketika hamil, “ kenang Erma sambil memberitahu pernah disaman gara-gara dituduh produknya mengandungi dadah.
Jelasnya, ketika berada di Mekah beliau menerima saman namun hanya mengetahuinya selepas kembali tetapi disebabkan tidak sempat bertindak awal untuk membuktikan kebenaran beliau terpaksa diheret ke mahkamah.
“Alhamdullilah, selepas saya membuktikan kandungan dalam produk tiada bahan terlarang baharulah terbukti saya tidak bersalah cuma masih dikenakan denda RM1,000 disebabkan ketiadaan saya untuk menjelaskan perkara sebenar ketika saman dikemukakan,” cerita Erma panjang lebar dalam tona yang lembut.
Melihat pada keperibadiannya dan tutur kata yang lembut, Erma bukanlah wanita yang boleh dipermainkan tetapi cukup tegas dalam tindakannya mengelak ditikam belakang oleh rakan sendiri yang bertindak sebagai ejen jualannya terdahulu.
Pengalaman mengajarnya agar berhati-hati dan jangan percaya dengan orang waima kawan baik sekali pun.
Bercerita lanjut kata Erma, daripada antara 30 ejen jualan yang disandarkan harapan untuk membantu jualan, ada yang masih memendam perasaan hasad dengki.
Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap produknya yang dikatakan 'sampah' oleh rakan ejennya sendiri.
“Ini gara-gara dia pun keluarkan produknya sendiri, jadi dia lemparkan kenyataan yang produk saya tidak bagus pada hal dia sendiri bermula dengan menggunakan produk Erma,” tambah Erma kesal.
Tidak sanggup bertahan dengan tindihan bertalu-talu dari rakannya itu yang sentiasa melemparkan tohmahan, Erma akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
“Sekarang ini kurang sikit lah dia nak mencemuh produk saya walau pun masih berdegil dan cuba menggangu bisnes saya,” tambah Erna sambil berharap tindakan yang diambil terhadap rakannya itu akan menamatkan ‘permusuhan’ antara mereka.
Menurutnya, persaingan itu biarlah dilakukan secara sihat dan tidak menikam orang dari belakang kerana masing-masing mempunyai perancangan tersendiri.
Menyentuh perancangan, Erma berharap dapat memasarkan produknya ke luar negara khususnya ke Indonesia, Singapura dan Brunei.
“Permintaan pelanggan daripada negara-negara terbabit amat merangsangksn apabila mereka membuat pembelian melalui platform e-dagang Shopee,” jelas Erma sambil memberitahu beliau sendiri melakukan juga promosi jualan secsra ‘live’ di media sosial seperti Tik Tok, Instagram dan Facebook.
Sambungnya, harapannya tentulah mahu mensasarkan jualan lipat kali ganda tetapi tidak mahu gelojoh dalam mencari duit.
“Saya selalu pesan pada ejen-ejen, jangan kejar duit tetapi biar produk sendiri yang menjawab akan manfaat dan kebaikannya. Saya tak nak disebabkan terlalu mengejar jualan mereka ketepikan soal kebaikan produk. Ia harus seiring,” tambah Erma yang menanam impian untuk membeli sebuah rumah agar menjadi kediaman untuk keluarganya dan ibu bapanya.
Objektifnya, segala usaha dan kerja kerasnya bertujuan untuk menyenangkan ibu bapa dan keluarga.
Anak ketiga dalam enam beradik ini Kak Fas perhatikan berkali-kali menyebut mahu mendahulukan ibu bapa walau pun akui pada awalnya menceburkan diri dalam perniagaan tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari mereka.
“Kini saya telah membuktikan kepada mereka yang saya mampu berjaya.” ujar Erma sekali gus menampakkan seri wajah seorang bakal ibu memancarkan aura kepuasan dalam dirinya.
Memberikan tempoh enam tahun lagi untuk bertugas sepenuh masa dalam ketenteraan, Erma menaruh keyakinan dapat bergelar usahawan berjaya dengan sokongan keluarga dan suami.
Bertuah rezeki anak kata orang kan?
Apa pun langkhnya membabitkan ibu dan bapa dalam perniagaannya sekali lagi memperlihatkan kesungguhan Erma menjalnkan tsnggungjawabnya sebagai anak solehah.
“Semua duit keuntungan saya serahkan kepada ibu dan bapa untuk menjaga akaun syarikat. Bila perlu untuk penambahan modal baharulah saya akan meminta mereka,” jelas Erma sambil berharap dapat mengembangkan empayarnya dalam bidang niaga lain sama ada membuka kedai dobi atau restoren.
“Mungkin juga saya berpeluang membuka sebuah bengkel kereta,” celah encik suami yang sentiasa di sisi sepanjang pertemuan sambil mendapat anggukan dan senyuman manja dari isteri tercinta.
Dalam pada itu, Erma tidak menolak perancangan untuk menjadikan artis sebagai duta produk.
"InsyaAllah, memang ada pelan untuk menawarkan artis sebagai duta malah sudsh ada seorqng artis baharu yang mengamalkan produk Erma," jelas Erma fengan harapan dapat melaksanakan kehendaknya itu dalam tempoh terdekat setelah perniagaan kukuh dan stabil.
'Apa pun insyaAllah selepas bersalin dan habis pantang," akhiri Erma.
#ErmazaEmpireBeauty #LosyenSejukErma #HerbaSlimErma #SBBerryErma #Erma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan