Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'GADIS JOLOBU THE MOVIE' ANGKAT BUDAYA, DIALEK NEGERI SEMBILAN, DI PAWAGAM 4 OGOS

DARI kiri: Farid Ridzuan, Jared Lim, Hattan, Ahirine, Joey, Sara dan CL Hor.

JIKA
Mat Kilau’ mengisahkan kebangkitan pahlawan Melayu Pahang, filem terbaharu yang bakal menjengah ke pawagam pada 4 Ogos 2022 depan, ‘Gadis Jolobu The Movie’ mengangkat pula keunikan adat pepatih dan budaya Minangkabau sekali gus mengetenghkan dialek Negeri Sembilan.


Kelainannya ‘Gadis Jolobu The Movie’; (GJTM)  bergenre komedi romantik dan mendapat sentuhan pengsrah bukan Melayu, CL Hor yang terkenal dengan arahan beberapa filem di China, Hong Kong serta Korea Selatan.


Menariknya lagi ia terinspirasi daripada cerita-cerita  Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P, Ramlee yang terkenal dengan watak tiga karakter ditampilkan melalui filem ‘Bujang Lapok’.


Dan tiga watak yang ditampilkan dalam ‘GJTM’ diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman dan  Joey Daud.



Ia memaparkan kisah tiga bujang terlajak yang rapat sejak kecil dan berusaha mencari jodoh di kampung halaman.


Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain dalam fikiran menyebabkan mereka berusaha mencari jodoh walaupun menghadapi pelbagai dugaan.


“Saya mahukan sebuah filem yang mempunyai elemen muzikal dan banyak lagu, jadi sebab itu ketika bertemu dengan Hattan pada 2019, saya cadangkan filem sebegini susulan lagu duet Hattan bersams Waris, ‘Gadis Jolobu’ meraih tontonan hampir 10 juta menerusi laman YouTube,” ujar pengasas dan Pengarah Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi selaku penerbit bersama di bawah syarikat hiburan terkemuks Asia Pasifik, Tremendous Entertainment ketika ditemui pada majlis tayangan perdana ‘GJTM” di pawagam GSC The Starling baru-baru ini.


Turut bersama Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, Ahli Lembaga Pengarah Tremendous Entertainment dan Pengerusinya, Datuk Jared Lim serta barisan pelakon iaitu Hattan, Joey dan bintang baharu yang juga pengacsra, Ahirine Ahirudin serta pengarahnya CL Hor.


TUNKU Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar (tengsh) turut berangkat menonton filem GJTM.


Berkongsi lanjut Ssra berkata, ‘Sebagai legenda rock, Hattan tidak pernah memegang watak hero sepanjang berkecimpung dalam industri seni tanah air. Ini kali pertama beliau bersetuju digandingkan bersama Joey dan Khir Rahman.”


Mengulas penampilan Ahirine, kata Saraleana, sebagai penerbit beliau mempunyai  visi untuk mengetengahkan bakat baharu dalam industri seni.


“Pengarah, CL Hor sendiri memilih Ahirine menerusi proses uji bakat. Ahirine bukan sahaja memiliki kecantikan asli, malah, sanggup belajar dialek Negeri Sembilan walaupun dibesarkan di bandar.


“Saya berpuas hati dengan hasil lakonan Ahirine sebagai muka baru dalam industri seni,” tambah Sara (gambar kanan).


Beralih cabaran sebagai penerbit, Saraleana berkata, dia perlu menyelesaikan penggambaran filem 'Gadis Jolobu The Movie' dalam tempoh 14 hari ditetapkan.


“Penggambaran filem membabitkan lokasi sawah padi di Kampung Lonek, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada Mac lalu.


“Saya turun padang dalam keadaan cuaca panas untuk memastikan filem ini selesai penggambaran dalam tempoh ditetapkan.


“Saya bersyukur Golden Screen Cinemas (GSC) memberi sokongan pada pembikinan filem dan memilih tarikh tayangannya pada 4 Ogos ini,” katanya sambil memberitahu ia bakal ditayangksn di 70 buah pawagam seluruh negara.


Berapa agaknya sasaran kutipan?


“Kami  tidak mensasarkan kutipan pecah panggung di pawagam tempatan kecusli berharap filem ini mendapat sambutan terbaik,” jawab Sara.



Pun begitu, katanya, GJTM akan dibawa tayangannya ke Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailaand.


“Kami juga merancang untuk melakukan wayang pacak filem 'Gadis Jolobu The Movie' sekitar Negeri Sembilan pada September depan,” katanya.


Wow! Bagus idea tu, bolehlah lebih ramai orang kampung turun psdsng ssmbil mengembalikan nostalgia tengok wayang pacak seperti dahulu kala.


Sempat bertanyakan apa mesej utama yang ingin disampaikan melalui filem GJTM?


“Tiada mesej utama, selain mengetengshkan budaya Negeri Sembilan, kami mahu penonton terhibur dalam pawagam setelah lama dilanda pandemik COVID-19 dan tidak berpeluang menonton wayang selama dua tahun,” jawab Farid Ridzuan sewaktu ditemui.


Fillem ini sebuah filem santai dan berharap semua terhibur dengan lakonan ditampilkan Hattan, Joey dan Khir Rahman serta barisan pelakon lainnya, tambah Farid.


Daripada sudut pandangan Kak Fas memang ‘Gadis Jolobu The Movie’ sebuah filem yang ringan dan menghiburkan ala ala ‘Bujang Lapok’ karya P. Ramlee gitu.


Lakonan Hattan, Khir Rahman dan Joey tidak perlu dipertikaikan lagi, memang terbaik, terutamanya Joey yang sentiasa memberikan suntikan untuk penonton ketawa dengan gelagatnya.


Sinematografinya memang indah saujana mata memandang waima percubaan CL Hor sebagai pengsrah bukan Melayu mengadunkan sebuah cerita Melayu yang berbudayakan adat pepatih boleh dianggap berjaya walau pun ada ketikanya adegan ‘slapstick’ agak terlalu banyak dan klise.


Apa pun tepuk dada tanya selera, nak tahu lanjut nantikan tayangannya bermula 4 Ogos 2022 depan ya. Tak lama lagi tu, duaTunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar  hari je lagi….


Kak Fas: Dah lama tak jumpa Datuk Seri Farid Ridzuan namun seperti biasa beliau tetap mesra dan ceria malah masih mengenali Kak Fas walaupun memakai ‘mask’. Moga bertemu lagi dan tahniah atas penerbitan filem sulong Tremendous Entertainment dan Zebra Studio ini.



#GadisJolobuTheMovie #TremendousEntertainment #ZebraStudio #NegeriSembilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan