GIANT, TLFP SASAR SUMBANG 500,000 HIDANGAN MAKANAN BANTU RINGAN BEBAN RAKYAT
SUDAH makan?
‘Alhamdullilah sudah’ begitu jawapan yang pastinya diluahkan pada persoalan ‘sudah makan?’ jika diajukan kepada golongan beragama Islam.
Dan itulah juga frasa yang sering digunakan di Asia bagi menggambarkan kebimbangan dan keprihatinan, adalah salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat GCH Retail untuk mengurangkan bebanan rakyat yang memerlukan dan meningkatkan sumbangan kepada sekuriti makanan di Malaysia.
Dengan kerjasama The Lost Food Project atau TLFP, program mensasarkan lebih kurang 500,000 sumbangan makanan dapat disalurkan.
Angka itu dijangka dapat dicapai di mana peratusan daripada semua produk beras jenama Meadows yang dibeli, akan disalurkan untuk membeli beras bagi golongan terbabit.
“Bagi setiap 1 kg beras Meadows yang dijual, 10 sen akan disumbangkan kepada pembelian beras Meadows, pada harga kos,” ujar Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan) pada majlis pelancaran program CSR ‘Sudah Makan? di Pasaraya Giant Setapak baru-baru ini.
Pelancaran turut disaksikan oleh Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Haji Abdul Wahap Long, wakil dari The Lost Food Project.
Menurut Lee, Giant sedang berusaha untuk memberikan nilai dan kualiti terbaik untuk membantu pelanggannya meningkatkan nilai mata wang mereka pada masa yang mencabar ini.
“Kami sedar bahawa semakin ramai dalam komuniti setempat yang mungkin tidak mampu untuk mendapatkan makanan walaupun sehari sekali, apatah lagi tiga kali sehari bagi menampung kehidupan seharian mereka.
“Oleh itu, selari dengan misi kami untuk menyediakan pelanggan apa yang mereka perlukan, kami juga perlu berusaha untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini,” jelas Lee sambil memberitahu sumbangan beras Meadows dianggarkan dapat memenuhi sebahagian besar daripada sasaran 500,000 hidangan makanan kepada penerima bantuan selaras dengan matlamat Giant dengan kerjasama TLFP.
Kempen “Sudah Makan?” ini akan menyaksikan Giant turut bertumpu dan berusaha lebih gigih menderma makanan, terutamanya beras, bagi memenuhi permintaan yang paling banyak ketika pemberian sumbangan, kerana ia merupakan makanan ruji yang penting.
Komitmen ini meliputi seluruh produk beras Meadows yang boleh dibeli di Giant, serta semua pasaraya di bawah GCH Retail.
Untuk rekod Giant telah mula merintis dan bekerjasama dalam program Selamatkan Makanan dengan TLFP pada 2018, dengan hanya 12 cawangan yang mengambil bahagian.
Kini dengan kerjasama yang lebih kukuh bersama TLFP, Giant bakal menambah bilangan pasaraya yang mengambil bahagian kepada 12 buah pasaraya Giant yang akan turut memberi sumbangan bagi kategori makanan 'Segar & Kering'.
“Matlamat kami adalah untuk sentiasa menambahbaik serta mengembangkan program ini ke seluruh negara, walau bagaimanapun dua tahun kebelakangan ini sememangnya mencabar. Kami amat bersyukur kerana kini kami dapat meneruskan niat murni kami untuk mengembangkannya ke seluruh negara, dengan tujuan untuk memberikan bantuan kepada masyarakat di kawasan lain yang mempunyai operasi pasaraya Giant,” sambung Lee.
'FLAG OFF lori menghantar sumbangan makanan...Foto Bella. |
Majlis pelancaran program turut mengumumkan kerjasama baharu dengan TLFP melalui pemberian lori penghantaran Giant, bersama dengan 4,000 kg makanan keperluan atau anggaran bersamaan dengan 11,430 hidangan makanan, kepada 200 buah keluarga yang terdiri daripada PPR Seri Semarak dan PPR Sg Bonus.
INI antara barangan sumbangannya....Kak Fas bergambar je... |
Diantara barangan makanan yang sempat disumbangkan oleh Giant, terdiri daripada barangan keperluan seharian seperti Beras Meadows, Minyak Masak, Tepung, Gula, Kit Ujian Kendiri C-19 dan beberapa barangan runcit.
Baucar tambahan bernilai RM100 turut disumbangkan kepada setiap keluarga, bagi membolehkan mereka membeli apa yang mereka perlukan.
“Program kolaborasi seumpama ini amat baik bagi membantu masyarakat yang mengalami krisis kekurangan makanan. Jalinan kerjasama antara Giant bersama The Lost Food Project sewajarnya dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat korporat yang lain bagi membantu golongan yang daif dan memerlukan supaya tiada siapa yang terpinggir selari dengan janji utama dan transformatif bagi Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” ulas Quek Kia Ann ketika menyaksikan penyerahan lori penghantaran Giant kepada TLFP serta majlis penyerahan sumbangan makanan kepada wakil keluarga jemputan yang turut hadir.
Sememangnya perubahan iklim merupakan salah satu cabaran terbesar pada generasi kini. Kesan buruknya semakin ketara daripada gelombang haba Eropah kepada banjir dan musim kemarau yang berulang di Malaysia.
SUMBANGAN CSR Giant Malaysia yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Wahap Long (Wakil pihak TLFP) kepada golongan B40.
Kesannya terhadap tanaman, perikanan dan ternakan hanya dapat dibayangkan, yang mana ia mungkin dengan secara tidak langsung, boleh mengakibatkan peningkatan kelaparan.
Gas rumah hijau (GHG) daripada industri makanan sahaja, menyumbang 34% daripada jumlah pelepasan yang telah mengakibatkan krisis iklim hari ini.
“Kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Giant memberikan sebahagian daripada penyelesaian bagi pengurangan perubahan iklim.
"Tindakan untuk meminimumkan lebihan makanan di mana perlu dan mengelakkannya daripada berakhir di tapak pelupusan sampah, sebaliknya menjadikan ia sebagai pemberi harapan kepada keluarga yang kurang berkemampuan, dengan membantu memenuhi meja makan mereka dengan makanan,” jelas Haji Abdul Wahap Long, wakil dari The Lost Food Project.
Dermaan makanan sahaja adalah tidak memadai, kerana terdapat juga keperluan untuk mengagihkannya dengan cepat, terutamanya barangan segar.
Oleh itu, Giant mengambil satu lagi langkah untuk membantu menyelesaikan perkara ini dengan menderma sebuah lori penghantaran Giant yang dihiasi dengan penjenamaan kempen dengan terang.
Lori ini bertujuan untuk mengumpul dan mengagih lebihan makanan, di kawasan sekitar pasaraya Giant di Lembah Klang.
Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menimbulkan kesedaran tentang inisiatif ini, Giant juga telah mengubah penampilan semua kenderaan penghantarannya untuk memaparkan mesej kempen tersebut, sebagai jemputan dan galakkan kepada pelanggannya untuk turut serta dalam membantu memberi makanan kepada mereka yang kelaparan.
Mengakhiri majlis, Lee mengajak pelanggan Giant dan orang ramai untuk menyertai mereka dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan, serta menangani masalah kelaparan di Malaysia.
Walaupun dengan hanya membeli sekilo beras, anda sudah boleh membuat satu perubahan. Lagipun, kami benar-benar percaya bahawa “It’s The Little Things That Will Make a Giant Difference!, pesan Lee.
WARGA Giant yang menjayakan program CSR “Sudah Makan?
#GIANT #TLFP #Meadows #Sumbangan #GHRetail #SudahMakan? #LoriGiant
Tiada ulasan:
Catat Ulasan