Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIS BELL HADIRKAN VIDEO PENGHARGAAN BUAT ARWAH AYAH


MEMBESAR
tanpa nikmat kasih sayang ibu bapa tidak pernah mematahkan semangat ahli perniagaan produk kecantikan jenama Beautyspells, Norsidayati Mustari dari Tawau, Sabah untuk terbang tinggi.

Wanita berusia 32 tahun yang lebih dikenali dengan panggilan Sis Bell ini kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Sufiah Habib Zain yang bekerja sebagai penjual sayur sejak usianya lima tahun.


Manakala bapanya, Allahyarham Mustari Subutanratu berasal dari Indonesia dan bekerja sebagai buruh kasar meninggal dunia saat dia berumur 19 tahun.


Dalam tempoh tanpa ibu dan bapa, wanita dengan tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini dijaga oleh makcik dan neneknya.


Malah atas inspirasi kisah pilu hidupnya itu, Sis Bell menzahirkan inspirasi dan suka duka dilalui menerusi tiga video drama pendek berjudul 'Kerinduan Seorang Anak' yang dipromosikan secara tiga bahagian di akaun Facebook rasminya, Bell Mustari sejak 29 Julai lalu, 1 dan 4 Ogos ini. 


Video itu katanya didedikasikan khas buat arwah bapanya dan boleh ditonton di https://www.facebook.com/100008266215569/posts/3349161475369360/?d=n atau KLIK SINI.



"Saya tahu untuk berkongsi kejayaan dikecapi ini dengan ibu bapa tersayang sangat mustahil. Mereka lebih dulu pergi meninggalkan saya. Hanya rasa rindu yang mencengkam kala mengenangkan mereka.


"Saya hanya mampu sedekahkan Al Fatihah untuk kedua ibu bapa. Walaupun saya dibesarkan tanpa mereka, saya mahu mereka yang senasib terus kebalkan hati dan semangat. Begitu juga yang masih ada ibu bapa, untuk hargai peluang dan cipta kenangan bersama. Kita takkan pernah tahu siapa dulu yang akan menyahut seruan Ilahi," kata Sis Bell yang berjaya menginspirasikan golongannya terutama wanita Borneo.


Menurut Sis Bell, selepas kematian ibunya, arwah bapanya terpaksa pulang ke tanah asal di Indonesia.


GAMBAR Kenangan Sis Bell bersama arwah bapa dan ibunya.

"Dari usia lima hingga 19 tahun saya tak sempat bersua muka dengannya. Makcik yang menjaga saya dan dipanggil sebagai mak ada bersua dengan bapa.


"Saya hanya mendengar khabar dan keadaannya daripada orang yang menyampaikan. Saya dapat tahu kekangan kewangan dan masalah dokumen perjalanan membataskan kembaranya ke Malaysia.


"Dalam tempoh itu, saya hanya sempat berhubungan dengannya menerusi telefon sebanyak dua kali. Masih segar ingatan saya terhadap pesanannya untuk menjadi anak berguna dan membanggakan orang tuanya," katanya.


Sis Bell turut menyifatkan kejayaannya membina empayar perniagaan berdaftar sejak 2014 di bawah syarikat Beautyspells Sdn Bhd berpangkalan di Sabah atas kekuatan diri sendiri.

Sis Bell bersama produk terbaharunya bersemangat memartabatkan golongan wanita termasuk di Borneo.

"Orang selalu cakap nak berjaya kena ada sokongan keluarga, ibu bapa dan orang tersayang. Tapi dalam kes saya,  ibu bapa sudah tiada untuk melihat kejayaan dikecapi.


"Saya hanya mampu berkongsi dan meminjam kasih sayang nenek dan makcik. Namun kekuatan sebenar yang saya belajar sedari dulu ialah diri sendiri yang menjadi penyokong terhebat.


"Walaupun belajar setakat SPM, saya tak pernah melihat itu sebagai halangan untuk menjadi insan berguna. Beautyspells menjadi bukti kepada susah payah dan pergelutan selama ini. Setiap yang terjadi ada hikmahnya untuk kita jadi lebih kuat," katanya.


Sis Bell berharap video dihasilkan bukan saja untuk kenangan dirinya tetapi boleh menjadi renungan bersama buat semua.


"Kita selalu fikir barangkali hidup ini panjang dan ada masa untuk memanfaatkan sesuatu termasuk dengan insan disayangi. Sedangkan mati itu pasti cuma kita tidak tahu bila maut akan datang menjemput.


"Lalu, walau apa jua cara dan pengakhiran hidup kita... hargailah masa serta momen dengan ibu bapa terutamanya. Ibu bapa tak mengharapkan wang ringgit pun daripada anaknya.


Sis Bell menziarahi pusara ibunya

"Cukup ruang masa bersama mereka serta perhatian. Ibu bapa ini dapat makan nasi dengan kicap pun sudah memadai. Ingat juga andai kita sudah menjadi yatim piatu pun, jangan berhenti beramal kepada ibu bapa dan banyak bersedekah," katanya yang pernah melakukan badal haji untuk arwah ibunya.


Tambah Sis Bell lagi, sejak awal berniaga hingga kini sudah 10 video dihasilkan. Malah skrip setiap video drama itu dihasilkannya bersama pasukan kerja.


"Memang selama ini, video dihasilkan kebanyakannya menampilkan saya sebagai pelakon. Satu sebab jimat kos dan cuba untuk belajar serta menimba pengalaman. Pelakon lain yang terbabit pun sama dengan tak ada pengalaman.


"Saya ini bukan pelakon hebat pun. Tapi tidaklah kaku sangat. 

Saya menonton drama atau filem pun selalu didorong sebab penceritaan atau plot. 


"Tapi sejujurnya, saya minatlah juga dengan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Nelydia Senrose, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.


"Dapat berlakon rasalah 'feeling' macam pelakon kesukaan saya itu. Cukuplah berlakon dalam video produksi sendiri," usiknya mengakhiri bicara.


Produk terbaru keluaran Beautyspells.


#SisBell #KerinduanSeorangAnak #BeautySpellsSdnBhd #Video #Produk #LipMatte

Tiada ulasan:

Catat Ulasan