AEON HARGAI MOMEN KLASIK RAKYAT MALAYSIA, DITERAPKAN DALAM ASET DIGITAL 'NFT'
INI kali kedua, syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia, AEON CO. (M) BHD atau ringkasnya AEON melaksanakan program berkaitan aset digital, ‘non-fungible token’ atau NFT.
Kali pertama apabila AEON memperkenalkan NFT Kuih Raya pada bulan April lalu… (artikel berkaitan, baca kembali DI SINI).
Kini setelah lima bulan berlalu, AEON kembali dengan satu lagi program berkaitan NFT iaitu #ClassicMalaysianMoments atau #MomenKlasikMalaysia di mana lebih 500 penyertaan diterima sepanjang tempoh ia dianjurkan dari 15 Ogos hingga 29 Ogos lalu.
Penganjuran yang dilaksanakan sempena musim Kemerdekaan memperlihatkan penghargaan AEON terhadap semangat dan kebersamaan orang ramai.
“Dengan menganjurkan platform ‘crowdsourcing’ ia bertujuan mengalu-alukan rakyat tempatan tentang apa yang mereka anggap sebagai pengalaman atau memori klasik Malaysia sekali gus menjadikan mereka sebagai rakyat Malaysia unik,” ujar Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah peraduan #ClassicMalaysianMoments kepada pemenang.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MU atau Meta Universe Sdn Bhd., Khalid Gibran serta 5 pemenang utama yang berjaya membawa pulang baucer AEON bernilai RM1,500 bersama 5 pemenang sagu hati yang memperoleh baucer AEON RM500.
Kesemua gambar rekaan pemenang juga akan diubah menjadi NFT yang boleh ditebus oleh pelanggan AEON sebagai momento dalam dunia digital menerusi sistem ‘blockchain’.
Senarai lima pemenang utama seperti berikut:
Mengulas lanjut, Low Ngai Yuen melahirkan rasa terujanya atas sambutan pelanggan AEON yang sudi berkongsi pengalaman serta pandangan dan pemikiran mereka yang tidak ternilai melalui kempen NFT #MomenKlasikMalaysia.
“Sebagai balasan, kami berharap dapat berkongsi aset digital ini dengan lebih ramai lagi sebagai tanda terima kasih kepada semua orang,” tambah Low.
Terdahulu, melalui peraduan yang dianjurkan pada bulan Ogos lalu itu, orang ramai dialu-alukan untuk memuat naik visual asli (foto/seni digital/seni tradisional) di Facebook, Twitter, dan Instagram dengan hashtag #AEONxMerdeka65 #ClassicMalaysianMoments serta #IniKonfemMalaysia.
Setiap penyertaan digalakkan memaparkan mana-mana jenama Malaysia kegemaran mereka dan bagaimana jenama itu telah mempengaruhi cara hidup rakyat Malaysia sepanjang 65 tahun negara mencapai Kemerdekaan.
“Kini, apa yang kami peroleh, keputusannya sungguh menakjubkan! Kami amat teruja kerana dapat sama-sama berkongsi detik-detik yang dirakam oleh rakyat Malaysia, menunjukkan cara dan rutin harian rakyat Malaysia yang penuh kenangan." jelas Low.
Di samping AEON, jenama lain yang sering disebut dalam kebanyakan #ClassicMalaysianMoments meliputi produk seperti Milo, Hup Seng, 100 plus, Maggi, Nescafe, Gardenia, Kellogg’s, Munchy’s, F&N, Naturel dan Cap Kipas Udang.
AEON juga bekerjasama dengan Meta Universe (MU), pembekal penyelesaian perusahaan asli untuk semua perkara NFT dan metaverse, yang memberikan hala tuju dan sokongan yang lancar dalam destinasinya ke arah aliran digital semasa melalui peraduan #ClassicMalaysianMoments ini.
Untuk melihat semua penyerahan yang kreatif dan menarik, boleh layari https://www.aeonretail.com.my/merdeka2022 atau KLIK SINI.
#ClassicMalaysianMoments #AEON #IniKonfemMalaysia #AEONxMerdeka65 #NFT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan