Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BELANJA DI SUKA GO, GOKINGKONG HANTAR PERCUMA, PELUANG BAWA BALIK FERRARI!


ADAKAH
kereta impian anda sebuah Ferrari tetapi jika bukan seorang jutawan dan nak kumpul duit seperti kata orang 'biar papa asalkan bergaya' tentulah 'jauh panggang dari api' apatah lagi gaji pun cukup-cukup makan sahaja kan?


Tetapi bak kata pepatah, 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu' kecuali ALLAH SWT maha mengetahui namun impian itu tetap mampu dicapai jika ada rezeki.

Dan rezekinya di sini berbelanjalah di platform e-dagang, SUKE SHOP melalui SUKE GO yang berkonsepkan pembelian dari rumah di bawah naungan rangkaian hiburan tempatan SUKE TV.



Iya,  SUKE GO  baharu dilancarkan bersama sebuah perkhidmatan penghantaran premium - dengan kerjasama platform logistik dan e-dagang, GOKINGKONG. 

Menarik kan nama GOKINGKONG tu? 

GOKINGKONG ialah sebuah platform agregator yang menghubungkan pengguna secara terus kepada pengilang dan penyedia perkhidmatan.

Platform ini menyediakan produk di bawah pelbagai kategori yang secara amnya beroperasi di bawah empat teras utama: lebih baik, lebih pantas, lebih selamat dan lebih berpatutan


GOKINGKONG bertindak sebagai pengurus penyumberan peribadi yang menyalurkan tawaran terbaik dalam pasaran kepada pengguna mereka. 

Sejajar dengan nama haiwan gergasi fiksyen ini, GOKINGKONG menyediakan penghantaran percuma atas segala perbelanjaan anda di SUKE GO.

Majlis menandatangani perjanjiannya telah disempurnakan Pengerusi SUKE TV

Dato' AC Mizal bersama Pengasas dan Ketua Eksekutif GOKINGKONG, Desmond Ng di ibu pejabat SUKE TV di Kuala Lumpur, pada semalam, 5 September 2022.


Turut hadir Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, Datin Emylia Rosnaida serta beberaoa barisan artis termasuk penyanyi Ayu Damit yang menyerikan majlis dengan persembahan lagu.


FOTO kredit: Instagram @dacdatoac.


Dengan perjanjian itu SUKE SHOP SUKE SHOP kini menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma pada hari bekerja seterusnya dan ke bandar-bandar utama di seluruh negara untuk lebih 20,000 produk yang dijual di platform SUKE GO. 


Dengan kerjasama ini, pengguna SUKE SHOP akan dapat menikmati perkhidmatan penghantaran yang efisien, cepat dan senang terus ke halaman rumah mereka.


Tetapi berita menariknya, sambil berbelanja pelbagai produk tersedia antaranya seperti barangan elektronik dan isi rumah, barangan keperluan haiwan peliharaan, barangan runcit, barangan jenama sukan terkemuka seperti Puma, aksesori telefon bimbit dan banyak lagi, pembeli turut berpeluang memenangi hadiah lumayan antaranya sebuah kereta seperti yang Kak Fas maklumkan awal tadi.


Malah sebaik sahaja anda berdaftar sebagai ahli baru anda akan menerima baucer untuk memulakan 'shopping' di mana keseluruhanny bernilai RM10 juta.


"Setiap pembelian berpelung memenangi sebuah kereta Ferrari atau hadiah wang sejumlah RM1 juta dengan setiap pembelian minimum RM100 dalam satu resit melalui peraduan SUKE MENANG. 


Menarik kan? Sambil membeli dapat hadiah... suka sangat ya tak? 


"SUKE GO akan meningkatkan kefahaman pasukan kami mengenai pengguna, dan ini akan membantu menyesuaikan perkhidmatan kami mengikut keperluan dan minat mereka. 


"Dengan SUKE GO, kedua-dua pihak SUKE SHOP dan GOKINGKONG akan dapat memanfaatkan kekuatan, pengetahuan, sumber dan kepakaran masing-masing untuk memperkasakan lagi perkhidmatan kami. SUKE SHOP berharap kerjasama dengan GOKINGKONG ini dapat meluaskan lagi kehadiran kami dalam industri e-dagang tempatan," kata Dato' AC Mizal ketika ditemui.


Tambahnya, sektor e-dagang Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang mendadak sejak wabak COVID-19 melanda negara beberapa tahun lepas. 


"GOKINGKONG kini berada dalam fasa pembangunan yang menarik dan kami sangat teruja untuk menerokai peluang kerjasama bersama SUKE SHOP ini," ujar Desmond Ng.


Dengan kerjasama tersebut, tambah AC Mizal, SUKE SHOP berhasrat untuk menjadi peneraju pasaran dalam segmen e-dagang Malaysia dengan terus menjalin perkongsian bersama GOKINGKONG sekali gus  meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan mereka.


Beliau turut memberitahu, SUKE TV sentiasa membuka peluang pada mana-mana usahawan SME untuk memasarkan produk mereka pada kadar serendah RM2,000.


"Tujuan saya menubuhkan SUKE TV bukan untuk mengaut keuntungan semata tetapi membantu usahawan-usahawan  bumiputera yang tiada platform untuk memasarkan produk mereka mampu bersaing dengan jenama ternama dengan mengiklankannya melalui platform platform kami pada kadar rendah," akhiri AC Mizal.




#SukeTV #SukeGo #GoKingKong #EDagang #ACMizal #Ferrari #SukaShop #Beli



1 ulasan:

  1. Sekali dia bg 1 juta! Mmg syok laa SUKE MENANG niii 😮😮 pulak skrg ada SUKE GO!! ⚡⚡

    BalasPadam