Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'CANCHY' SASAR JUALAN RM50 JUTA DENGAN TAMBAHAN PERISA BAHARU 'TOM YAM SPICY'



CANCHY… satu jenama kudapan yang agak ‘catchy’ di mana apabila menyebutnya boleh tersalah dengar sebagai ‘Kimchi’ atau pun bahasa Inggeris, ‘Crunchy’.


Kak Fas baharu sahaja diperkenalkan kepada produk ini apabila mendapat jemputan daripada Newsfeed Media sebagai PR kepada syarikat Cancy Sdn Bhd untuk ke majlis ‘Grand Launching Canchy’ bersama dutanya, pelakon Ruhainies bertempat di Ampang Glasshouse baru-baru ini. 


Pada ketika itulah baharu menyedari adanya ‘Canchy’, jenama bagi rempeyek atau dalam bahasa sebutan lamanya  orang panggil ‘tempeyek’ al maklumlah Kak Fas ni jarang makan tempeyek, Tempoyak ada lah haha…


Okey, ketepikan kelakar itu ya… 



Apa pun tempeyek yang dimodenkan jadi rempeyek di kalangan generasi muda sekarang ini bukanlah satu snek baharu tetapi formulasi yang diperbuat oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkannya ada pelbagai.


Perbezaan ramuan dan acuannya membuatkan rempeyek menjadi antara snek yang kini banyak dijual di mana antaranya Canchy sudah berada di pasaran sejak dua tahun lalu.


“Walau pun baharu dua tahun beroperasi kami sudah memiliki hampir 3,000 ejen jualan di seluruh Malaysia dan masih membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk bersama kami mengembangkan perniagaan,” ujar pengasasnya, Hasif Hamzi, seorang anak muda gigih berusia 28 tahun ketika ditemui pada majlis pelancaran perisa baharu Canchys Tom Yam Spicy.



Majlis pelancaran disempurnakan  bersama duta Canchy, Ruhainies yang kini telah memasuki tahun keduanya sebagai ‘wajah’ mempromosikan Canchy malah malam penuh glam dan meriah turut meraikan ejen-ejen jualan Canchys yang mampu  mencapai jualan ratusan ribu sehingga RM6.5 juta dalam tempoh 8 bulan.



Dengan pengeluaran perisa terbaharu Royale Tom Yam Spicy Canchy, menjadikn tiga perisa kesemuanya di pasaran termasuk Royale Salted Egg Canchy dan Royale Salted Egg Canchy Spicy yang berharga RM15/ 100gm.


Kak Fas dah rasa memang terasa perisa pedas tom yamnya tapi sedap,,, rasa tak cukup lak bila dapat botol kecik aje haha…kunyah kunyah sekejapnya dah habis apatah lagi saiznya kecil. Sekai ngap dan lesap….


Sementara itu, pada sidang media yang diadakan selepas majlis, Hasif Hamzi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada syarikat jenama Krupkrapmy International Sdn Bhd  (KISB) atas kesilapan pihaknya menggunakan gambar rempeyek milik KISB pada bungkusan produk Royale Salted Egg Canchy.



Akibat permasalahan itu, pihak Canchy telah memadam semua hantaran di media sosial mahu pun menurunkan kesemua papan iklan  yang memaparkan gambar rempeyek tersebut sekali gus memberhentikan segala operasi pembungkusan. 


“Kerugian yang dialami mencecah lebih RM400,000 dari segi produksi dan kira-kira RM100,000 lagi pada kos pengiklanan, “ ujar Hasif yang turut ditemani Ruhainies di sisinya.


Mengulangi permohonan maafnya atas kesilapan dan salah faham  yang dilakukan oleh pihak ketiganya yang dilantik menghasilkan gambar produk Canchy tanpa mengetahui ia adalah gambar KISB sehingga menerima surat daripada mereka, Hasif berkata, pihaknya tidak langsung berniat jahat ke atas KISB dan akan memastikan agsr isu ini tidak berulang lagi.



Selesai ucapan permohonan maafnya, menjawab pertanyaan media, Hasif memberitahu, Canchy kini di pek dalam wajah baharu dan akan terus mempromosikan produknya melalui Ruhainies sebagai dutanya.


Masih membuka peluang kepada ejen-ejen baharu, Hasif bagaimana pun agak tegas dalam pemilihan ejennya.


“Mereka yang mahu menjadi ejen perlu menjalani beberapa tapisan sebelum diluluskan kerana kami mahukan yang benar-benar komited,” tambah Hasif sambil memberitahu setiap ejen perlu bermula dari bawah sebagai ‘drop ship’ dengan membayar hanya  RM130 untuk memperoleh 10 bungkusan Canchy.


Berkongsi rasanya, pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas yang membahasakan dirinya Anis memberitahu, perisa terbaharu ‘Tom Yam Spicy’ memang sedap dimakan oleh mereka yang suka pedas.



“Saya kurang makan pedas jadi lebih suka perisa Salted Egg namun Tom Yam Spicy tidak kurang sedapnya, sesuai pada yang lidahnya menggemari pedas,” ujar Anis sambil berkata, beliau turut bersama rakan lamanya Hasif ketika pembikinan Canchy masih dalam peringkat R&D.


“Inspirasinya timbul apabila saya mahu memberikan satu keuntikan pada snek tradisional agar nampak unik dan moden sesuai era generasi baharu sekarang ini,” sambung Hasif sambil mendapat anggukan tanda setuju daripada Ruhainies.


Hasif mensasarkan jualan mampu mencapai RM50 juta dalam tempoh setahun berbanding RM3 juta yang diperoleh sepanjang tahun pertama pengeluarannya. 



Sebelum majlis berakhir para tetamu dihiburkan penyanyi Lan Solo sementara pelakon Nazim Othman turut tampil menyerikan majlis sebagai tetamu undangan.


Untuk maklumat lanjut berkenaan Canchy boleh menghubungi ibu pejabat Canchy di talian wats app 017 7091723 atau layari Facebook: www.facebook.com/canchyhq dan Instagram: www.instagram.com/canchyhq.


Nak lagi mudah KLIK DI SINI,




#Canchy #WillMakeYouHappy #Rempeyek #TomYamSpicyCanchy #Ruhainies


Tiada ulasan:

Catat Ulasan