Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM BERHIBUR SAMBIL BERAMAL, KENANGAN BERSAMA ARTIS LAGENDA ISI TABUNG KARYAWAN 15 OKT.


KOS
penganjuran bagi mengendalikan Malam Amal Nostalgia Lagenda pada 15 Oktober depan, bertempat di Kelab Golf DiRaja Perak memakan belanja lebih kurang RM100,000 bertujuan mengumpul dana bagi mengisi tabung Karyawan dalam usaha membantu golongan artis terkesan COVID-19 yang melanda negara selama dua tahun lalu.


“Jika hasil kutipan mampu mencecah RM200,000 pun ia sudah cukup memadai bagi kami meneruskan langkah mengisi tabung Karyawan di bawah jenama Nostalgia Lagenda,” ujar Dr. Raja Putra Shah (gambar bawah, tengah) selaku penasihat acara ketika ditemui pda majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Persatuan Karyawan Malaysia dan syarikat pengurusan acara, Nerv Global Sdn Bhd yang berlangsung di Hadramawt Jalan Ampang baru-baru ini.



Turut hadir Presiden Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez (kanan), Pengarah Eksekutif Nerv Global Sdn Bhd, Nazrin Khan (kiri) dan Nana Khan (gambar bawah, tiga dari kiri), Dato Fauzi Johan (gambar bawah, kanan)Setiausaha Kehormat  ‘Asean Retail -Chains & Franchise Federation’ serta tiga.daripada artis lagenda yang bakal mempersembahkan nyanyian masing-masing iaitu Zur Eda, Fredo Flybaits dan Shuib Freedom (dua dari kiri) serta Iqa Nasra (kiri)  finalis Mentor 5 bersama Datin Maylene Yong (dua dari kiri) ikon penggiat kerja-kerja amal.



Barisan artis terbabit akan bersama seorang lag artis legenda, Jay Jay selain kumpulan Migos, pemuzik graduan Aswara yang akan mengiringi persembahan hiburan pada malam berkenaan.


Mungkin ada yang akan tertanya-tanya kenapa memilih empat artis lagenda tersebut?


“Mereka merupakan artis seangkatan yang pernah popular dengan lagu hits masing-masing pada era 80’an. Kenangan Lalu nyanyian Fredo Flybaits, Mulanya Di Sini nyanyian Shuib Freedom, Rindu Bayangan nyanyian Jay Jay Carefree dan Pelitaku nyanyian Zur Eda sememangnya membawa kenangan nostalgia dan menggamit memori kepada ramai di kalangan kita, rakyat Malaysia tidak kira bangsa,” jawab Freddie Fernandez.



Menurut beliau, keempat-empat artis lagenda ini pernah dan sentiasa menjadi idola dan sumber inspirasi menerusi kehebatan suara, keasyikan melodi dan keindahan lirik yang membekas di dalam hati para pendengar sehingga kini. 


Bersetunu dengan pendapat Freddie. Dr Raja Putra Shah turut yakin keempat-empat artis yang menjadi pilihannya juga ittu  akan menggamit nostalgia terindah buat kira-kira 600 hadirin yang  akan hadir memeriahkan majlis makan malam amal di mana majoritinya merupakan para usahawan tempatan, syarikat GLC dan agensi penyokong industri keusahawan negara ini.


Untuk rekod, Dr. Raja Putra Shah sememangnya tidak asing lagi dalam pengendalian program muzikal kerjasama dengan RTM dan TV3 dan berpengalaman terlibat dalam 2,000 program termasuk beberapa program dengan artis antarabangsa. 


Beliau yakin gabungan bersama Karyawan menerusi kolaborasi strategik ini mampu menjayakan malam amal yang dijenamakan sebagai Nostalgia Lagenda,  bertujuan meraih dana untuk artis yang terkesan sekali gus menyaksikan penyampaian anugerah United Entrpreneurs Awards (UAE) kepada usahawan yang layak berdasarkan rekod kecemerlangan dalam menyokong ekosistem keusahawanan nasional. 



“Pemilihan penerima anugerah berprestij tinggi ini dilaksanakan oleh Panel Penasihat yang dianggotai oleh empat Presiden NGO Keusahawan dan dipengerusikan oleh seorang Profesor Kepimpinan, Perniagaan Keluarga, Inovasi dan Keusahawanan yang juga merupakan Pengarah Akademi Keusahawanan institusi pengajian tinggi tempatan yang tersohor,” sambung Fauzi Johan yang bertanggungjawab dalam menjayakan acara penganugerahan.


Daripada 10 kategori Anugerah yang disediakan, panel juri akan memilih mana yang layak untuk setiap kategori berdasarkan kepada kriteria tertentu bahkan tidak semestinya semua yang menghantar pencalonan akan berjaya.


“Permohonan terbuka kepada usahawan atau korporat yang menyumbangkan RM15,000 kepada Malam Amal di mana mereka akan diberikan sebuah meja untuk 8 orang bernilai RM5,000,” tambah Fauzi.


Berkongsi lanjut tentang harga meja, Nana Khan memberitahu, tempahan meja boleh dipilih mengikut harga antara RM2,000 hingga RM10,000 manakala tiket perseorangan berharga RM300 turut dijual. (Sila lihat carta di bawah ini):



“Kolaborasi majlis amal ini bukan sahaja bermula dan berakhir sulung di Kelab Golf DiRaja Perak tetapi akan diteruskan di bawah jenama Nostalgia Lagenda menerusi perjanjian kerjasama antara Persatuan Karyawan Malaysia dan syarikat pengurusan acara, Nerv Global Sdn Bhd,” sambung Nazrin Khan sambil memberitahu, beberapa lagi perancangan akan diatur dan diteruskan bagi mengisi Tabung Karyawan.



Beliau yakin peluang yang diberikan kepada artis lagenda membuat persembahan membuka ruang untuk mereka terus menghiburkan majlis-majlis korporat dan sosial anjuran organisasi dan rangkaian niaga lainnya.


Sehubungan itu juga Nazrin berharap langkah pertama ini akan mendapat sambutan sambil mengajak para usahawan, individu mahupun syarikat swasta, syarikat GLC dan agensi keusahawanan, bersama menjayakan Majlis Amal Nostalgia Legenda pada 15 Oktober 2022 ini, dengan menderma sambil berhibur. 


Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Hotline 3839 335 atau Sekretariat di talian 016 867 1277 bagi pengesahan kehadiran.



“Walaupun kami tiada kuasa menghapuskan cabaran kesan pasca pandemik, sekurang-kurangnya kita mampu membantu artis dan penggiat seni tempatan dengan penuh bermakna, “ tambah Nazrin dengan harapan Majlis amal Nostalgia Lagenda mampu memberi aspirasi kepada umum bersandarkan gagasan #kitajagakita dan #keluargamalaysia.



Pada malam tersebut kelak setiap artis akan memperdengarkan dua buah lagu setiap seorang manakala Iqa akan turut berduet sebuah lagu bersama Shuib Freedom di samping tiga buah lagu lain darinya.


Malam Amal Nostalgia Lagenda akan bermula jam 8 malam dan berakhir pukul 11 malam pada 15 Oktober 2022 di Kelab Golf DiRaja Perak.




Kak Fas: Jika dapat undangan kira balik kampung kelahiran teman  la sekejap.. Ipoh mali tatak sombong gitu ..

#MalamAmalNostalgiaLagenda  #KelabDiRajaIpoh #Karyawan #ArtisLagenda


Tiada ulasan:

Catat Ulasan