Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KEDAI MESRA PETRONAS SEMARAKKAN KEMPEN 'LOVE LOCAL', BANTU USAHAWAN PMKS



LOVE LOCAL’ atau dalam erti kata Bahasa Melayunya ‘cintai produk tempatan  yang merupakan initiatif Petronas Dagangan Berhad  menyemarakkan lagi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)j secara aktif baru-baru ini.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid (gambar atas, tengah)  berkata, Petronas menyokong KBBM secara aktif sejak 2019 dan telah memberi peluang kepada usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Serdehana (PMKS) tempatan untuk memasarkan produk mereka di lebih 700 Kedai Mesra Petronas seluruh negara.


“Terima kasih kepada Petronas kerana agresif menyokong usaha kementerian merancakkan lagi KBBM dan menjadi perintis menggerakkan inisiatif murni lain seperti Segar@Mesra,” kata Rosol pada majlis pelancaran program ‘Love Local’ yang berlangsung  di Stesen Petronas Kota Damansara 1 baru-baru ini.


FOTO kredit: Suaramerdeka.


Turut hadir Naib Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan  Petronas Dagangan Berhad, Azrul Osman Rani (kiri);  Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri KPDNHEP; Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam; Ketua Pegawai Eksekutif Mesra Retail & Cafe Sdn Bhd, Ian Malcolm Cruddas dan Liza Muhamad Zaki selaku rakan niaga untuk Petronas Kota Damansara 1.


Pada majlis tersebut sebanyak lebih kurang 30 usahawan PMKS menyemarakkan suasana majlis program ‘Love Local’ dengan memperkenalkan produk keluaran masing-masing.



Berkongsi lanjut, Rosol memberitahu, nilai jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) tahun ini dijangka meningkat sebanyak 2.5 peratus berbanding 2021.


Sehubungan itu, beliau meramalkan nilai jualan barangan buatan Malaysia mampu mencecah RM4.4 bilion pada tahun ini berbanding RM3.2 bilion pada tahun sebelumnya.


“Saya berbangga melihat produk PMKS tempatan kini mampu berdiri sama tinggi dengan jenama terkenal antarabangsa dengan kualiti yang standing hebatnya, malah ada yang lebih baik lagi,” tambah Rosol sambil menyeru pemain industri lain untuk turut sama membantu kementerian mempromosikan produk-produk tempatan sekali gus membantu pengusaha PMKS dalam negara.



Beliau menjangka dalam masa tiga bulan lagi, nilai jualan boleh mencecah RM80 juta apatah lagi selepas pandemik rakyat dilihat sudah mula berbelanja malah mutu produk tempatan sudah setanding produk luar negara seperti contohnya produk makanan dan kosmetik.


Rosol memberitahu,  menerusi program “Love Local’ yang dianjurkan,  lebih 1,800 usahawan atau pengeluar diberi peluang memasarkan pelbagai produk masing-masing di rangkaian Kedai Mesra Petronas.



“Ayuh Keluarga Malaysia, teruslah sokong dan beli produk keluaran tempatan. Bantulah usahawan tempatan untuk terus berkembang ke pasaran global dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi domestik sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak tempatan,” seru Rosol sambil berkata, ‘kalau bukan kita. yang menyokong, siapa lagi.”



#LoveLocal #KempenBeliBaranganMalaysia #KPDNHEP  #KedaiMesraPetronas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan